.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, November 26, 2014

الصلاة....

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi diri kepadaKu

Surah az Zariyat : 56

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku

Surah Taha: 14

Imam al Ghazali r.a. berkata,

"Wajib bagimu mengenali dahulu siapa yang harus disembah setelah itu baru engkau menyembahNya" 

Kitab Minhajul Abidin, 24.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata,

"Manusia tidak akan beribadah secara sempurna kepadaNya tanpa makrifat yang sesungguhnya"

Kitab Sirrur Asrar, 17.

Jumhur ulama khalaf dan salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan, 

“Awaluddin Makrifatullah” iaitu awal agama mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala"

Kitab Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 39.

Asas dalam Islam ialah 'Awalud Din Ma'rifat Allah' yakni seawal-awal agama adalah mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui ajaran Islam (ciptaan Allah) yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memberi keselamatan dan kebahagiaan kepada umat manusia di dunia sehingga ke akhirat dengan hukum dan amalan yang meliputi segala aspek kehidupan, dari perkara yang sebesar-besarnya sehingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu bergantung kepada satu asas yang penting iaitu mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengakui keEsaanNya. Kepentingan hal ini adalah seperti mana kita mahu membina sebuah bangunan yang tinggi, hebat dan gah (kerana besar peranan kita sebagai Khalifah untuk bumi ini, rujuk Surah al Baqara ayat 30), tetapi pada permulaannya wajiblah kita membina asas (tapak) yang perlu teguh, kukuh dan stabil, maka demikianlah pula halnya 'Ma'rifat Allah', setiap orang wajib memahaminya supaya meresap dengan sebati dalam jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan, gerak langkah dan seterusnya memikul tanggungjawab menjalankan  hukum dan amalan Islam.

Sekiranya Ma'rifat ini tidak kukuh, hanya sekadar mengetahui tetapi tanpa mahu difahami dan dihayati sepenuh hati (menundukkan nafsu hati dan akal rasional) hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata (Tuhan ada, tapi ada yang macam mana tidak dipastikan?), maka disinilah pencetus seseorang itu merasa tidak bertanggungjawab dalam menjalankan hukum dan amalan Islam dalam kehidupan seharian dan akhirnya membawa kepada perkara yang bertentangan dengan apa yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sepertimana kata perpatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta". Walau pun tidak semua orang diberikan kemampuan semula jadi untuk mencapai Makrifat Allah seperti diperoleh melalui ilmu laduni (terpilih oleh Allah), tetapi kita tidak boleh berdiam diri kerana melalui jalan kesedaran (usaha diri kita untuk memahami akan hakikat sesuatu yang wujud dan diwujudkan seperti dari hasil membaca, menulis, mendengar, meneliti, berfikir dan lain sebagainya) kita mampu Makrifat Allah tetapi kaedahnya haruslah kita berguru, atau dengan lebih mudah iaitu 'yang dicari' dan 'yang mencari'. Ilmu Laduni adalah ilmu yang berasal dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Para malaikatNya pun berkata:

قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami."

Surah Al-Baqara: 32

Allah Subhanahu Wa Ta'ala turut berfirman,

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ

Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

Surah al Baqara: 269

Demikian begitu jugalah dengan hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang terpilih seperti Nabi Yusuf a.s. dan juga Nabi Khidir a.s., Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ

"Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu.."

Surah Yusuf: 6

فَوَجَدَا عَبْداً مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً

Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

Surah al Kahf: 65

Bagi jalan kesedaran (usaha) pula, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. ketika mana Baginda a.s. memikirkan (mencari jawapan) tentang ketuhanan setelah memerhati akan perjalanan sistem kehidupan setiap makhluk yang begitu teratur, sistematik, dan sempurna;

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا 

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaa kepadaNya. 

Surah Ash Sham:8

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis selaput biji kurma.

Surah Faatir: 13

وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ 

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan dibumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ

Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". 

فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". 

فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). 

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". 

Surah Al An'am: 75-79

Setiap manusia (roh dan jasad) apabila ia dilahirkan ke alam wujud ini (dunia) akan menerima berbagai-bagai nikmat antaranya ialah tubuh badan yang lengkap dan sempurna dengan sifatnya disertakan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga, akal dan lain-lain yang mana tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia itu sendiri mahu pun makhluk-makhluk yang lain. Maka tidak patut lah bagi orang yang menerima nikmat itu kalau dia tidak mahu mengenal siapakah pemberi dan tidak mahu merasa syukur akan nikmat pemberian yang sangat-sangat bernilai ini. Sikap ini tak sepatutnya disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang berakal siuman lagi waras yang menggunakan akalnya dengan jujur menilai setiap kejadian pada dirinya. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan nikmat pada bukan tempatnya dan dia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu kepadanya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, Dia yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk dan isi bumi, Dia telah mengingatkan manusia supaya mengenalNya dan mengakui keEsaanNya, dalam firmanNya,

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

Surah Muhammad: 19

Seruan firman diatas adalah memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha mencari jalan mengenalNya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya, dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini. Maka, jelaslah bahawa Ma'rifat Allah (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman lagi waras. Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-nikmat pemberianNya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan 'Fitrah insaniah' (keaslian perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)