.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, November 18, 2014

MULUT DAN HATI

Firman Allah dalam surah Al-Muthoffifin ayat 14 :

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ 
"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan."

Dari ayat di ayat di atas, menjelaskan  tentang orang-orang yang melakukan dosa dan sukar untuk menerima ayat-ayat Allah.

Kadangkala ketika mana mulut sudah berbicara perkara-perkara dosa, maka banyak perkara negatif akan muncul seperti dendam, permusuhan, pertelingkahan dan sebagainya.


Lalu apakah penyebabnya?

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)”.

Hati yang kotor ialah hati yang terdedah kepada dosa dan maksiat. Ibarat makanan yang tidak dipelihara atau dijaga dengan baik, sudah tentu makanan tersebut akan menjadi basi dan tidak elok.
Begitu jugalah hati. Jika ia tidak dipelihara dengan baik, maka banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.

Sucikan Hati Dengan Ayat-Ayat Al-Quran

Kita digalakkan untuk memabca Al-Quran dalam seharian hidup kita bagi tujuan untuk melembutkan hati
yang keras, membersihkan hati yang kotor.
Bukankah diturunkan ayat al-quran itu untuk sekalian manusia? Apakah kita ingin memilih untuk menolak al-quran sedangkan hakikatnya ia adalah kalam Allah s.w.t?

Firman Allah :
وَآمِنُوا بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah:41)

Dan firman Allah lagi :

وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ ۖ وَمَا يَكْفُرُ بِهَا إِلَّا الْفَاسِقُونَ  
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Surah al-Baqarah:99)
Maka jelas dari ayat ini bahawa al-quran itu diturunkan untuk memebri keterangan kepada manusia dan sesiapa yang mengingkarinya maka dia adalah orang yang fasik. 

Hati cepat kotor apabila kita melakukan dosa. Maka pagarkanlah ia dnegan segera mengingati Allah s.w.t. Takutlah pada balasan dan azab Allah s.w.t. Apakah azab Allah itu? Kita boleh lihat banyak azab yang disebutkan di dalam Al-Quran. Sepertiman firman-firman Allah :
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah al-Baqarah:48)
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ 

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (Surah al-Baqarah:123)

Maka


  • Janganlah kita biarkan mulut kita berbau dosa kerana ia sudah pasti akan mendatangkan perkara negatif pada diri kita sendiri.
  • Mulut yang tidak dijaga dengan baik boleh menjadi punca timbulnya api permusuhan.
  • Bersihkanlah hati dengan sentiasa membaca ayat-ayat Allah iaitu al-quran.
  • Pagarkanlah hati kita dari gangguan syaitan dengan memperbanyakkan mengingati Allah dan mohonlah perlindungan dariNya.
  • Mulut yang berbau dosa di dunia pasti akan mendapat azab dan balasan di akhirat kelak.


  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    .

    Rasulullah s.a.w bersabda :

    ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)