Hadis yang bersumber daripada Ummul
Mukminin Saidatina Aisyah r.a , isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w
katanya;Rasulullah s.a.w menghantarku,Zubir dan Miqdad. Baginda s.a.w bersabda:
”Pergilah kamu ke Raudah Khah.Disana
terdapat seorang perempuan yang menunggang Unta.Bersamanya ada sepucuk surat
dan kamu hendaklah mengambil surat itu darinya.
Kami berangkat dengan kuda dan ketika kami bertemu dengan perempuan itu,kami berkata: Berikan surat kepada kami”.
Kami berangkat dengan kuda dan ketika kami bertemu dengan perempuan itu,kami berkata: Berikan surat kepada kami”.
Perempuan itu berkata: Aku tidak membawa
surat. Kami berkata: Keluarkan surat atau kami periksa pakaianmu. Setelah
itu,beliau mengeluarkan surat dari sanggul rambuatnya dan surat itu kami
serahkan kepada baginda s.a.w. Isi kandungan surat berbunyi:
Dari Hatib bin Abu Balta'ah kepada
musyrikin Makkah.Beliau memberitahu kepada orang-orang musyrikin sebahagian
dari urusan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Hatib!!! apakah
ini???
Beliau berkata: Wahai Rasulullah!!! jangan
menuduhku walaupun aku ada hubungan baik dengan orang-orang Quraisy. Abu Sufian
berkata: Beliau sememangnya berkawan baik dengan mereka,tetapi bukan dari
keturunan mereka.Aku tahu bahawa orang-orang muhajirin yang tinggal bersamamu
mempunyai keluarga yang berada dibawah pengawasan mereka iaitu Quraisy.
Sesungguhnya aku lakukan itu supaya mereka
melindungi keluargaku dan aku lakukan itu bukanlah kerana aku kafir atau murtad
dari agamaku.Aku juga tidak reda dengan kekufuran setelah aku memeluk Islam.
Nabi s.a.w bersabda: Beliau benar. Umar berkata: Wahai Rasulullah!!! Biarkanlah
aku membunuh orang munafik ini. Nabi s.a.w bersabda: Tidakkah kamu ketahui
bahawa beliau dari tentera Badar???
Mudah-mudahan Allah Ta'ala memberi
Keistimewaan kepada tentera Badar. Baginda s.a.w bersabda: Buatlah apa yang
kamu suka,sesungguhnya aku telah memberi kemaafan kepadamu. Oleh sebab itulah
Allah Ta'ala menurunkan ayat yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!!!
janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman rapat.
(Riwayat Muslim)