.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, January 13, 2015

Tiga Kecintaan

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersmama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. bermula ditanyakan kepada Sayidina Abu Bakar:
"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Sayidina Abu Bakar ra
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.Duduk bersama Rasulullah saw.
2.Melihat wajah mu ya Rasulullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulullah saw "

Lalu Rasulullah saw bertanya dengan sayidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

Jawab Sayidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3. Berkata yang benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
Berkata Sayidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan
2. Memberi salam
3. Solat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?" Tanya Baginda Rasulullah saw;
"aku juga cintakan 3 perkara:

1. Memuliakan tetamu
2. Berpuasa di musim panas
3. Memukul musuh dengan pedang"
kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. Lapar
2. Sakit
3. Mati"
kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata sayidina Abu Dzar ra,
"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku"
kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.  Wangian
2.  Wanita yang solehah
3.  Sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw dan para sahabat.
kemudian Malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

1.  Menyampaikan risalah
2.  Menunaikan amanah
3.  Cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi lalu berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.  Lidah yang sentiasa berzikir
2.  Hati yang sentiasa khusyuk
3.  Jasad yang sabar menanggung ujian"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)