.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, January 4, 2015

Umayyah ibn Khalaf.

Umayyah bin Khalaf bin Safwan merupakan seorang yang berbangsa Arab jahiliyah dan merupakan ketua kaum Bani Jumah. Beliau paling diingati kerana kekejamannya menyeksa Bilal bin Rabah,
salah seorang daripada hamba sahayanya. Ini kerana Bilal telah memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamamd S.A.W.

Beliau diriwayatkan mengadakan hubungan sulit dengan Layla binti Harmalah.
Anak lelakinya, Safwan bin Umayah, memeluk agama Islam selepas penaklukan Mekah oleh orang-orang Islam.

Sebelum datangnya Islam, dia merupakan seorang kawan kepada Sa'ad ibn Mua'dh. Dengan kedatangan Islam, dia mula menindas nabi Muhammad dan para Muslimin yang lain, misalnya Bilal, yang diseksa oleh Umayyah dengan penuh seksaan.

Pada suatu masa, sebelum berlakunya Perang Badar, Sa'ad ibn Mua'dh, ketua Bani Aus melawat Mekah untuk menunaikan umrah bersama dengan Umayah ibn Khalaf, rakan lamanya yang tidak memeluk Islam tidak seperti Sa'ad. Pada satu hari, Sa'ad dan Umayah kedua-duanya berada dalam perjalanan ke Kaabah untuk menunaikan tawaf, apabila mereka bertembung dengan Abu Jahal.

Sebelum di lantik sebagai utusan Allah azza wa jalla, Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sudah dikenal sebagai orang yang jujur ​​dan amanah. Sehingga orang-orang Quraisy menggelar beliau shalallahu 'alaihi wasallam dengan al-amin (orang yang amanah). Akan tetapi kerana dakwah beliau shalallahu 'alaihi wasallam tidak sesuai dengan hawa nafsu orang-orang Quraisy, maka mereka pun mendustakan beliau dan kitab yang beliau bawa.

Sesungguhnya hati orang-orang Quraisy tetap menyakini kebenaran perkataan-perkataan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, walaupun secara zahir mereka melakukan pelbagai penentangan yang luar biasa. Diantara bukti nyata keyakinan orang-orang Quraisy adalah sebuah peristiwa di bawah ini, yang sekaligus menunjukkan kebenaran kenabian Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam. Peristiwa itu adalah:

Dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu' anhu, yang bercerita tentang Sa'ad bin Muadz radhiyallahu .anhu. Sa'ad adalah kawan Umayyah bin Khalaf. Jika Umayyah melewati kota Madinah, dia biasa singgah ke rumah Sa'ad. Dan jika Sa'ad melewati kota Mekah, dia singgah di rumah Umayyah. Ketika Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam datang di bandar Madinah, Sa'ad berangkat (dari Madinah menuju Mekah) melakukan umrah. Lalu dia singgah di rumah Umayyah di bandar Mekah. Dia berkata kepada Umayyah: "Adakan untukku waktu yang senggang agar aku boleh thawaf di Baitullah." Maka Sa'ad bersama Umayyah keluar sekitar tengah hari. Kemudian Abu Jahal menemui keduanya. Abu Jahal berkata (kepada Sa'ad): "Apakah aku akan melihatmu melakukan thawaf di Mekah dengan aman, padahal engkau telah melindungi orang-orang murtad (maksudnya Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam dan para Sahaba, -red), dan kamu menyangka bahawa kamu akan menolong dan membantu mereka? Demi Allah azza wa jalla, jika engkau tidak bersama Abu Shafwan, engkau tidak akan kembali kepada keluarga dengan selamat! "Maka Sa'ad berkata kepadanya dengan suara keras:" Demi Allah azza wa jalla, jika engkau menghalangiku untuk thawaf, aku benar-benar akan menghalangimu dengan perkata yang lebih menyusahkanmu darinya, iaitu jalanmu melewati kota Madinah. "

Maka Umayyah berkata kepada Sa'ad: "Hai Sa'ad, janganlah engkau melantangkan terhadap Abu Hakam (panggilan Abu Jahal, red), kerana dia adalah pemimpin lembah ini (yakni kota Mekah, red)!". Maka Sa'ad berkata: "Biarkan kami, wahai Umayyah! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkata, bahawa mereka (umat islam-red) akan membunuhmu! ". Umayyah berkata: "Di kota Mekah?" Sa'ad berkata: "Aku tidak tahu". Maka Umayyah sangat ketakutan kerana hal tersebut.

Ketika Umayyah pulang menemui isterinya, dia berkata: "Wahai ummu Shafwan, tahukah engkau apa yang telah dikatakan oleh Sa'ad?" Isterinya menjawab: "Apa yang dia katakan?" Umayyah berkata: "Dia mengatakan bahawa Muhammad memberitahu mereka, bahawa mereka akan membunuhku. Aku bertanya: "Di kota Mekah?". Sa'ad menjawab: "Aku tidak tahu" Demi Allah azza wa jalla, aku tidak akan keluar dari kota Mekah? "

Ketika akan terjadi perang Badar, Abu Jahal menggerakkan orang-orang dengan berkata: "Selamatkan kafilah dagang kalian!" Namun Umayyah enggan keluar. Maka Abu Jahal mendatangi Umayyah dan berkata kepadanya: "Wahai Abu Shafwan, jika orang-orang melihatmu tidak berangkat, sedangkan engkau adalah tokoh penduduk lembah ini (yakni kota Mekah), maka mereka juga tidak akan berangkat." Abu Jahal selalu mendesaknya sehingga dia berkata : "Karena engkau memaksa aku, Demi Allah azza wa jalla aku benar-benar akan membeli seekor unta yang paling bagus di Mekah." Kemudian Umayyah berkata: "Wahai Ummu Shafwan, siapkanlah (perbekalan) untukku!" Isteri Umayyah berkata kepadanya: "Wahai Abu Shafwan, apakah engkau telah melupakan apa yang telah dikatakan oleh saudara kamu sendiri di bandar Yatsrib? "Umayyah berkata:" Tidak, aku tidak berniat keluar bersama mereka kecuali sebentar. "Ketika Umayyah telah berangkat, tidaklah dia singgah di suatu tempat kecuali dia mengikat untanya. Dia selalu begitu sampai Allah azza wa jalla membunuhnya (melalui tangan Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam) di Badar. "[HR.Bukhari no.3950]

Al Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: "Di dalam hadis ini terdapat mukjizat yang nyata bagi Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Demikian juga menunjukkan kekuatan jiwa dan keyakinan yang dimiliki oleh Sa'ad bin Muadz ra. Hadis ini juga menunjukkan bahawa umrah merupakan (ibadah) yang sudah ada semenjak dahulu, dan bahawa para Sahabat diidzinkan melakukan umrah sebelum Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam melakukan umrah. Ini berbeza dengan haji, Wallahu a'lam ". [Fathul Bari penjelasan hadits no.3950]

Mu'jizat nyata yang ada di dalam hadis ini adalah tentang berita Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, bahawa beliau akan membunuh Umayyah bin Khalaf, benar-benar berlaku. Walaupun Umayyah sudah bertekad tidak akan keluar dari kota Mekah kerana takut terhadap sabda Nabi tersebut. Selain itu keyakinan Umayyah dan isterinya, ini juga sebagai bukti nyata kebenaran beliau sebagai orang jujur, sekaligus sebagai utusan Allah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)