.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, January 11, 2015

Khalifah Usman Bin Affan

USMAN BIN AFFAN (644-656 M)

1. JASA-JASA USMAN AFFAN.
1. Menumpaskan gerakan pemberontakan wilayah-wilayah yang telah ditakluki di zaman Umar AI-Khattab,
seperti Khurasan, Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijan.
2. Meneruskan gerakan penaklukan dan perkembangan Islam. Di zamannya tertakluklah daerah-daerah Jurjan, Talkan dan Balkh, alah sampai dapat melampaui Sungai Jihun (Amu Dada). Demikian juga pulau-pulau Cyprus dan Rhodes.
3. Menyalin semula Al-Quran menurut dialek yang betul.

2. PEMBERONTAKAN DI ZAMAN USMAN
Zaman pemerintahan Usman dapat dibahagikan kepada dua peringkat: sepanjang enam tahun yang pertama suasananya aman tenteram, tetapi sepanjang enam tahun yang terakhir timbul huru-hara dan pemberontakan terhadap pemerintahannya. Mengkaji faktor-faktor yang mencetuskan pemberontakan itu kita tidaklah dapat menyalahkan Usman sahaja, malah penting juga disebutkan peranan-peranan yang dimainkan oleh pembantunya Marwan Al-Hakam, Abdullah bin Saba’ dan Muawiyah bin Abu Sufyan sendiri pada saat-saat akhimya.

Tentang faktor Usman sendiri, sikapnya yang terlalu penyantun dan pemaaf itulah yang banyak memuncakan merebaknya perlakuan jenayah. Para opportunis tidak lagi gentar kepadanya lantaran segeranya Usman mengampunkan kesalahannya, malah ada yang terus terlepas dari penjara. Sikap ini mungkin sesuai bagi seorang pendidik, tetapi tidak selayaknya menjadi pakaian setiap masa bagi seorang pemimpin. Kelemahan-kelemahan seperti ini diperburukkan lagi oleh keengganannya untuk mendengar teguran-teguran yang dihadapkan kepadanya tentang polisi-polisi pentadbirannya. Pernah suatu ketika Ali bin Abu Talib mengirim puteranya Hassan untuk tujuan tersebut, tetapi lantaran sering sangat mendatanginya, Usman lalu menempelak: “Bapamu berpendapat bahawa orang tak tahu apa yang dia tahu. Kami lebih tahu tentang apa yang kami lakukan dan tinggalkanlah kami ini”.

Sehubungan dengan sikapnya juga ialah dasarnya yang tidak sejalan dengan Umar yang dulunya melarang para sahabat meninggalkan Madinah, demi mengelakkan perpecahan umat. Hikmat larangannya ialah agar mereka tidak mempengaruhi penduduk-penduduk tempatan dengan pengalaman-pengalaman peribadi mereka bersama Rasulullah, yang dengan cara ini pengaruhnya dapat ditanam. Tetapi Usman mengubah polisi ini, maka mulailah wujud susun lapis masyarakat kepada yang berada dan yang kurang berada. Tidak cukup setakat itu sahaja, wang BaitulMal telah dihamburkan semau-maunya saja di samping memberi kebebasan kepada gabenor-gabenor mengatur masalah kewangannya sendiri. Pernah Usman memberi hadiah 400,000 dirham kepada Abdullah bin Khalid, seorang Bani Umayyah. Demikian juga diberinya 100, 000 dirham kepada Al-Hakam Abul-Ass, seorang keturunan Umayyah yang pemah diusir oleh Rasulullah. Sikapnya yang boros ini sering dikaitkan dengan sifat dermawannya, tetapi masalahnya kedermawanan ini melibatkan wang negara. Tidak hairanlah jika kerananya timbul kegelisahan rakyat terhadap cara pentadbirannya.

Kegelisahan tersebut mungkin tidak serancak mana tanpa penglibatan Marwan AI-Hakam, sepupunya yang dilantik sebagai pembantunya atau penasihatnya. Maka atas ‘nasihat’nyalah dilantik tokoh-tokoh dari keluarga Bani Umayyah saja sambil melucutkan tokoh-tokoh lantikan Umar dulu. Dengan itu terlucutlah Abu Musa Al-Shaari yang warak itu sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah bin Amir, anak sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah bin Amir, anak saudara Usman yang baru berusia 25 tahun. Gabenor Mesir Amru ibnul-Ass digantikan oleh Abdullah bin Sarah, saudara sesusu Usman. Sedangkan Gabenor Sham yang seketurunan dengannya iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan dikekalkan jawatannya, malah bidang kuasanya diluaskan sehingga meliputi kawasan Hems dan Palestine. Dan banyaklah lagi berlaku pemecatan-pemecatan yang kemudiannya diserahkan kepada suku-sakatnya; suatu amalan nepotisme yang membawa keruntuhannya sendiri. Kiranya amalan seperti inilah yang akhirnya menimbulkan gerakan-gerakan penentangan dari wilayah-wilayah yang jauh.

Api kemarahan yang sedia menyala akan terus menggila jika dicurahkan minyak ke atasnya. Demikianlah peranan yang dimainkan oieh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang pura-pura memeluk Islam. Berkat kelicinannyalah yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi suasana sehingga bibit kemarahan yang baru bertunas itu terus menanjak naik bagai tak dapat ditahan-tahan lagi. Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ telah memberi sumbangan yang tersangat besar dari segi:

1. Membentuk kesatuan yang padu dalam kalangan penentang-penentang Usman, yang mana sebelumnya mereka adalah bercerai-berai dan terpancar-pancar.
2. Menabur fikiran-fikiran yang sesat serta hadis-hadis palsu dalam menguatkan ide ‘Ahlul-bait’ (keluarga Rasulullah) yang mana menjadi asas kepada pemikiran Syiah.
Peranan Abdullah bin Saba’ itu kemudiannya membawa kejayaan yang besar disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Kegagalan Usman sendiri berbanding dengan khalifah-khalifah sebelumnya.
2. Naluri masyarakat yang sekian lama menyokong ‘Ahlul bait’ (keluarga Rasulullah) serta mengangkat mereka sebagai pemimpin.
3. Keistimewaan Ali yang sudah, terkenal, baik sebagai pahlawan perang, mahupun sebagai ahli ilmu.
4. Perasaan umum bahawa Ali telah disingkirkan dari haknya sebagai khalifah.
5. Sokongan dari orang-orang Parsi yang telah memeluk Islam atau pura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk menghancurkannya dari dalam. Di Parsi terdapat teori ‘Hak Suci Raja-Raja’ (Divine Right) yang menganggap bahawa keluarga raja adalah suci dan mereka saja yang berhak memerintah. Wujudnya pemikiran seperti ini cukup membantu dalam menjayakan teori ‘Wisayah’ Abdullah bin Saba’; bahawa Rasulullah telah pun mewasiatkan kepada Ali sebagai penggantinya.

Hasil dari peranannya itu Abdullah berjaya mengumpulkan pendukung-pendukungnya seperti Ammar bin Yasir, Abu Zar Al-Ghifary dan Abdullah bin Masud. Dan untuk menghangatkan lagi api tersebut, ditulisnya surat-surat palsu atas nama tokoh-tokoh sahabat. Misalnya melalui seorang lelaki kulit hitam ditulisnya surat kepada Gabenor Mesir Abdullah bin Sarah atas nama Khalifah Usman agar membunuh pemberontak dari Mesir itu termasuk pemimpinnya Muhammad bin Abu Bakar. Kepada para pemberontak dihasutnya melalui siaran suratnya atas nama Ali agar bangun menentang Usman. Malah Abdullah juga menggunakan nama Aishah r.a. sehingga Marwan sendiri menganggap yang Aishah turut terlibat dalam mengeruhkan suasana.
Demikianlah peranan Abdullah bin Saba’ sehingga akibatnya pemberontak-pemberontak yang sedia mendidih semangatnya itu tidak kuasa lagi menahan perasaannya lalu terus mengepung rumah Usman. Dalam suasana yang kritikal ini, beberapa orang sahabat termasuk Ali cuba menjadi orang tengah atau pengawal pintu rumah Usman. Jemaah-jemaah Haji yang tidak begitu ramai itu juga turut menahan permberontakan ini. Sepatutnya dalam saat-saat seperti ini Bani Umayyah serta Muawiyah khususnya datang segera membantunya, tetapi malangnya mereka lebih senang bersikap berkecuali dalam hal ini. Sikap seperti inilah yang rupanya mempercepatkan pemberontakan tersebut mencapai matlamatnya. Demikianlah yang terjadi, setelah 22 hari dikepung, akhirnya Usman telah dibunuh oleh mereka ketika sedang membaca Al-Quran, iaitu dalam usia 82 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)