.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, January 15, 2015

Berpesan-pesan

Abu Thufail Amir bin Watsilah r.a:

“Suatu saat aku pernah berada di sisi Ali bin Abi Thalib ra, maka datanglah seorang laki-laki seraya berkata: “Apa yang pernah
dirahsiakan oleh Nabi s.a.w kepadamu?” Maka Ali pun marah lalu mengatakan: “Nabi s.a.w belum pernah merahasiakan sesuatu kepadaku yang tidak disampaikan kepada manusia ! Hanya saja beliau pernah memberitahukan kepadaku tentang empat perkara."


Abu Thufail r.a berkata: “Apa empat perkara itu wahai Amirul Mukminin ?” Beliau menjawab: “Rasulullah s.a.w bersabda: “ Allah melaknat seorang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat seorang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah melaknat seorang yang melindungi pelaku kejahatan, dan Allah melaknat seorang yang mengubah tanda batas tanah.” (At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyyah, hal. 7-8)




Ibnu Arabi berkata:
 “Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat?” (Fushulul Hikam hal. 90).



Ibnu Taimiyyah 
"Tidak diragukan lagi oleh ahlul ilmi dan iman bahawasanya perkataan tersebut termasuk sebesar-besar kekafiran dan yang paling berat. Ia lebih jahat dari perkataan Yahudi dan Nashrani, kerana Yahudi dan Nashrani beriman dengan sebahagian dari isi Al-Kitab dan kafir dengan sebahagiannya, sedangkan mereka adalah orang-orang kafir yang sesungguhnya” (Majmu’ Fatawa, juz 11 hal. 401).



ibn Taimiyyah  : 
“ Tidaklah aku menghimpunkan dalam kitabku melainkan aqidah salaf soleh dan bukanlah juga hanya dari Aqidah Imam Ahmad sahaja dan bahkan Imam Ahmad itu sendiri pun hanya menyampaikan ilmu yang datang dari nabi s.a.w dan andai sekiranya apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad itu ialah dari dirinya sendiri maka nescayalah kami tidak akan menerimanya” (lihat Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah, Majmuk Fatawa m/s 159 Jilid 3).



Abu Sufyan Ats-Tsauri ia berkata :"Berbuat baiklah terhadap ahlus-sunnah kerana mereka itu ghuraba" (Diriwayatkan oleh Al-Lalika'i dalam "Syarhus-Sunnah" )


Imam Syafie : 
"Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadith seperti mana perlunya dia menguasai Al-Qur’an, mahir bahasa arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan" (lihat Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 45 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis)



Imam Ibnul Jauzi mengatakan : "..... Tidak diragukan bahawa Ahli Naqli (dalil) dan Atsar pengikut atsar Rasulullah s.a.w dan atsar para shahabatnya, mereka itu Ahlus Sunnah". (Talbisul Iblis oleh Ibnul Jauzi hal.16 dan lihat Al-Fashlu oleh Ibnu Hazm 2:107)





Gabenor Madinah Abu Bakr bin Muhamad ibn Amr ibn Hazm (wafat 117 Hijrah) memerintahkannya supaya menuliskan hadith dari seorang tabien wanita yang bernama Amrah Binti Abd Rahman ra dengan katanya :

“Tuliskan kepada aku hadith baginda Rasulullah s.a.w yang ada padamu dan dari hadith riwayat oleh Amrah binti Abd rahman sebab aku takut akan hilang dan hancurnya ilmu” (riwayat Ad-Darimy).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)