.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, January 10, 2015

Bani Umayyah

  1. Nama Umayyah diambil sempena nama datuk Muawiyah iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams.
  2. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa Muawiyah bukanlah pemerintah Bani Umayyah yang pertama. Sebaliknya mereka
    mengatakan Uthman bin Affan adalah pemerintah Bani Umayyah yang pertama. Walau bagaimanapun, kerana Uthman tidak menamakan pewaris takhta selepas kewafatannya, maka dia tidak dianggap sebagai pengasas dinasti ini.
  3. Bani Umayyah memerintah dari 661 M sehingga 750 M.
  4. Merupakan kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
  5. Beberapa imam mazhab dilahirkan pada era pemerintahan Bani Umayyah. Ini termasuk 2 imam besar Ahlus Sunnah iaitu Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Kerajaan Bani Umayyah
  • 661 M/ 40 H: Muawiyah bin Abu Sufyan menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pusat pemerintahan khalifah dipindahkan ke Damascus, Syria.
  • 670 M/ 50 H: Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul (ibu negara dan bandar terbesar di Afghanistan).


  • 677 M/ 57 H: Penawanan Samarkand (Uzbekistan) dan Tirmiz/Termez (selatan Uzbekistan berhampiran perbatasan dengan Afghanistan). Serangan ke atas Constantinople.
  • 680 M/ 60 H: Kematian Muawiyah. Yazid I ibn Muawiyah menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  • 683 M/ 63 H: Muawiyah II ibn Yazid diangkat menjadi khalifah.
  • 684 M/ 64 H: Marwan I ibn Hakam diangkat menjadi khalifah.
  • 685 M/ 65 H: Abdul Malik bin Marwan diangkat menjadi khalifah. Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 694 M/ 75 H: Al-Hajjaj ibn Yusuf (661M-714M) menjadi Gabenor Iraq.
  • 695 M/ 76 H: Zayd ibn Ali (Pengasas mazhab Zaidiyyah) dilahirkan di Madinah. Beliau meninggal pada 740M/122H.
  • 699 M/ 80 H: Abu Hanifah (Pengasas mazhab Hanafi) dilahirkan di Kufah, Iraq. Beliau meninggal pada 767M/150H.
  • 700 M/ 81 H: Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 705 M/ 86 H: al-Walid I ibn Abdul Malik diangkat menjadi khalifah.
  • 707 M/ 88 H: Abd al-Rahman al-Awza'i (Pengasas mazhab Awza'i) dilahirkan di Damascus. Beliau meninggal pada 774M/157H.
  • 711 M/ 92 H: Penaklukan Sepanyol, Sindh (Pakistan), dan Transoxiana.


  • 711 M/ 93 H: Malik bin Anas (Pengasas mazhab Maliki) dilahirkan di Madinah. Beliau meninggal pada 795M/179H.
  • 712 M/ 93 H: Tentera Umaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713 M/ 94 H: Penaklukan Multan Pakistan. Al-Layth ibn Sa'd (Pengasas mazhab Laythi) dilahirkan di Qarqashandah, Mesir. Beliau meninggal pada 791M/174H.
  • 715 M/ 96 H: Sulaiman ibn Abdul Malik diangkat menjadi khalifah.
  • 716 M/ 97 H: Serangan ke atas Constantinople. Sufyan ath-Thawri ibn Said (Pengasas mazhab Thawri) dilahirkan di Kufah, Iraq. Beliau meninggal pada 778M/161H.
  • 717 M/ 98 H: Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah.
  • 720 M/ 101 H: Yazid II ibn Abdul Malik diangkat menjadi khalifah.
  • 724 M/ 105 H: Hisham ibn Abdul Malik diangkat menjadi khalifah.
  • 725 M/ 106 H: Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 743 M/ 125 H: al-Walid II ibn Yazid II diangkat menjadi khalifah.
  • 744 M/ 126 H: Yazid III ibn al-Walid diangkat menjadi khalifah.
  • 744 M/ 126 H: Ibrahim ibn al-Walid diangkat menjadi khalifah.
  • 744 M/ 126 H: Marwan II ibn Muhammad diangkat menjadi khalifah.
  • 749 M/ 131 H: Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  • 750 M/ 132 H: Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah, Abdur Rahman I juga disebut sebagai Abdur Rahman Ad-Dakhil (Yang masuk), telah mengembara ke Sepanyol dan telah memaklumkan tentang keadaan pergolakan & pertukaran tampuk pemerintahan di benua Arab. Dengan itu, kerajaan Islam di Sepanyol mengisytiharkan pemisahan dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah dan melantik Abdur Rahman I sebagai Amir bagi kerajaan Islam Sepanyol. Kerajaan Bani Umayyah berkuasa semula di Cordoba dari 756 M/ 138 H sehinggalah 1031 M/ 422 H.


Masjid Agung Damsyik, juga dikenali sebagaiMasjid Umayyad adalah salah satu masjid yang terbesar dan tertua di dunia. Masjid ini dikatakan mempunyai makam kepala Nabi Yahya a.s. yang dipancung orang Yahudi. Idea projek masjid ini datangnya dari Khalifah al-Walid I ibn Abdul Malik pada 706 M. Masjid ini siap dibina pada 715 M semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman ibn Abdul Malik. Menurut seorang ahli sejarah Parsi, Ibn al-Faqih, kos yang dianggarkan bagi pembinaan masjid ini adalah di antara 600,000 - 1,000,000 dinar dan tenaga kerja dianggarkan sebanyak 12,000 orang yang terdiri dari orang Parsi, India, Koptik, Greek dan Maghribi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)