- 570-571 M: Tahun Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
- 610-611 M: Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul.
- 622 M: Penghijrahan ke Madinah. Kerajaan Islam pertama
- 632 M/ 10 H: Kewafatan Nabi Muhammad SAW dan bermulalah pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin oleh Abu Bakar as-Siddiq. Al-Quran mula dikumpulkan pada 633 M/ 11H.
- 634 M/ 12 H: Kewafatan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab diangkat sebagai Khalifah. Penaklukan Damsyik (ibu kota Syria) dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi.
- 635 M/ 14 H: Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid. Sempadan Empayar Parsi Sassanid ini meliputi kawasan Iran, Iraq, Armenia, Afghanistan, Turki Timur, sebahagian dari Syria, Pakistan, Caucasia, Asia Tengah, dan tanah Arab.
- 636 M/ 15 H: Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin. Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Terletak di antara sungai Tigris dan sungai Furat (Euphrates)
- 637 M/ 16 H: Penaklukan Mesir.
- 638 M/ 17 H: Penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Islam.
- 640 M/ 19 H: Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644 M/ 23 H: Umar wafat. Uthman bin Affan diangkat menjadi khalifah.
- 645 M/ 24 H: Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646 M/ 25 H: Kempen menentang Byzantine. Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur atau Empayar Greek) merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki.
- 647 M/ 26 H: Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
- 648 M/ 27 H: Pemberontakan menentang pemerintahan Uthman.
- 656 M/ 35 H: Uthman wafat akibat dibunuh. Ali bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal (Perang Unta) yang mengambil masa tidak sampai sehari di Basrah, Iraq. Perang ini di antara tentera Thalhah, Zubair dan Aisyah menentang tentera Ali.
- 657 M/ 36 H: Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah, Baghdad. Perang Siffin meletus. Pertempuran ini berlaku di antara Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat yang kini terletak di Syria (Syam).
- 661 M/ 40 H: Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin. Hasan (Cucu Rasulullah SAW) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 umat Islam menggantikan Ali.
- 661 M/ 40 H: Setelah sekitar 6 bulan Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam Iaitu Pasukan Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah bersiap untuk memulai peperangan. Akan tetapi berlaku perdamaian dan Hasan memberikan tampuk pemerintahannya kepada Muawiyah bin Abu Sufyan.
.
Saturday, January 10, 2015
Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin
.
Rasulullah s.a.w bersabda :
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)