Riwayat Imam Ahmad dan At_Tabrani yang maksudnya “Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik”
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka."
Rasulullah s a.w :
رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ
(رواية الأمام السيوطي)
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya)
Dalam hadis baginda Rasulullah s.a.w ada dinyatakan :
لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ
ابن حجر في تحرير المقال
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah)
Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah :
مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها
رواه أبو داود والطبراني في الكبير
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang)
Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.
Maka itu adalah tanda kasih sayang.