1.
عن المغيرة قال قال سعد بن عبادة لو رأيت رجلا مع امرأتي لضربته بالسيف غير مصفح فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فقال أتعجبون من غيرة سعد لأنا أغير منه والله أغير مني
Dari Mughirah r.a., Sa'd bin 'Ubadah berhata: "Kalau saya lihat seorang lelaki dengan isteri saya, tentu saya pukul dia dengan pedang tanpa maaf lagi." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Jangan hairan dengan perasaan cemburu Sa'd, kerana aku sendiri lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripadaku."
(Riwayat Bukhari)
2.
من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة .
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya."
(Riwayat Muslim)
3.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.”
(Riwayat At-Tirmizi)
4.
إن المرأة إذا أقبلت أقبلت ومعها شيطان ، وإذا أدبرت أدبرت ومعها شيطان
"Jika perempuan itu menghadap, dia menghadap bersama-sama dengan syaitan. Jika dia menghadap ke belakang, maka syaitan pun sentiasa bersamanya."
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Muslim dengan lafaz yang hampir sama.)
5.
Dari Abu Hurairah r.a.:
ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
Kemudian baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"
(Riwayat Muslim)