Riwayat daripada seorang sahabat bernama Abu Juray al-Hujaymi RA (nama
sebenarnya Jabir bin Sulaim) yang berkata aku mendatangi Rasulullah s.a.w lalu bertanya kepada baginda;
يا رسول الله ؟ إنا قوم من أهل البادية فعلمنا شيئاً ينفعنا الله تبارك وتعالى به
‘Ya rasulullah, kami ialah kaum daripada padang pasir, maka ajarkanlah kami sesuatu yang dapat memanfaatkan kami di sisi Allah tabaraka wata'ala.
Lalu baginda pun bersabda :
لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تفرغ من دلوك في إناء المستقي، ولو أن تكلم أخاك ووجهك إليه منبسطاً
‘Janganlah kamu memandang rendah perbuatan baik sekalipun sekadar mengosongkan baldimu ke dalam bekas minuman orang yang ingin minum dan sekalipun sekadar berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang ceria.’ [Riwayat Ahmad]
Diriwayatkan dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Ada seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam syurga kerana sewaktu di dunia dahulu pernah mengalihkan sebatang dahan pokok yang menganggu kaum muslimin di jalanan.’ [Riwayat Muslim]