.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, December 15, 2015

Suatu hukum

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

"Bahawa Rasulullah saw pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinyaramai yang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara merekadalam membaca al-quran. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Quran."
( Riwayat Ahmad dalam Musnad)

Tidak menghormati orang lain yang sedang solat dengan membuat bising di sebelah orang yang sedang bersolat.
Solat fardhu lima kami sehari merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam yang mukallaf. Sesiapa sahaja yang dengan sengaja meninggalkan solat fardhu ini tanpa alasan yang dibenarkan syarak maka mereka ini mendapat dosa besar menurut pendapat kesepakatan para ulama. Oleh itu, orang Islam lain yang tidak mengerjakan solat mestilah menghormati orang Islam lain yang sedang mengerjakan solat fardhu ini. Di sebabkan itulah kita mempunyai adab-adab tertentu contohnya ketika kita berada di dalam masjid iaitu tidak dibenarkan membuat bising atau bercakap sesuatu yang tiada faedahnya dll. Tambah-tambah lagi jika ada orang yang sedang mengerjakan solat pada ketika itu. Oleh itu, amatlah tidak wajar sama sekali menggangu dan tidak menghormati orang lain yang sedang solat jikalau mereka itu dengan sengaja berbuat demikian. Namun jika tidak disengajakan seperti tidak mengetahui adanya orang sedang bersolat maka perkara ini bukanlah diluar pengetahuan mereka dan kita perlu menasihati mereka itu dengan baik.

Dalam riwayat Abu Daud ada disebutkan:

Rasulullah saw memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Quran atau ketika kamu sedang solat."

Ibn 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Anak-anak perlu diberitahu ibu bapa bahawa membuat bising ketika solat adalah berdosa kerana mengganggu orang sedang solat. Ajarkan adab-adab ketika berada di masjid seperti perluberadab sopan, jangan membuat bising dan perlu solat bersama dengan orang dewasa."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH