.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, December 6, 2015

Kubur dan Kematian : Ingatan Rasulullah s.a.w

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w datang ke masjid untuk solat. Lalu baginda melihat sekumpulan Sahabat sedang tertawa-tawa sehingga gigi mereka terlihat jelas. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila kalian banyak mengingat maut, kalian tidak akan seperti yang kulihat ketika ini. Perbanyakkanlah mengingati maut. Di kubur tiada seharipun terlewat kecuali kubur akan berkata, 'aku rumah yang tidak mengenal persahabatan, aku rumah persendirian, aku rumah penuh dengan tanah, aku rumah ulat-ulat.' Apabila seorang mukmin diletakan
di dalam kubur, kubur akan berkata, 'Selamat datang. Bagus engkau datang, di antara orang yang tinggal di atas bumi ini, Engkaulah yang paling kusukai. Sekarang telah tiba, maka aku akan berbuat yang terbaik untukmu.' Lalu kubur akan melebar seluas pandangan mayat, dan akan dibukakan baginya salah satu pintu syurga, sehingga berhembus angin syurga kepadanya, dan akan tercium harumnya syurga.

Dan jika seseorang yang berakhlak buruk dimasukkan ke kubur, kubur berkata, 'Tiada ucapan selamat datang bagimu. Sangat buruk kedatanganmu ini. Dari semua orang yang berada di atas bumi ini, kamulah yang paling kubenci. Sekarang kamu datang kepadaku. Maka lihatlah bagaimana aku memperlakukan ke atas dirimu.' Kemudian kubur akan merapat dan terus menghimpitnya, sehingga tulang rusuk saling menikam. Lalu datanglah tujuh puluh ekor ular untuk menyeksanya. Jika satu saja dari bias ular itu menitik ke bumi, tidak sehelai rumputpun yang dapat tumbuh di atasnya. Ular-ular itu terus mematuknya sampai hari kiamat."



Rasulullah s.a.w bersabda: "Kubur adalah taman dari taman-taman syurga, atau jurang dari jurang-jurang neraka."



Suatu ketika, Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya, ”Tahukah kalian bagaimana perumpamaan kalian dengan sanak saudara kalian, harta kalian, dan amal perbuatan kalian?” Atas keinginan para sahabat, Rasulullah s.a.w  Bersabda, ”Perumpamaannya bagaikan seseorang yang memiliki tiga saudara.
Menjelang kematiannya, ia memanggil saudara-saudaranya dan berkata, ”Saudara-saudaraku, kalian telah mengetahui bagaimana keadaanku ini, maka bantuan apakah yang dapat kalian berikan kepadaku?” Saudaranya yang pertama menjawab, ”Aku akan menyayangimu, aku akan mengubatimu, dan aku akan melayani segala keperluanmu.
Jika kamu meninggal dunia, aku akan memandikanmu, mengkafanimu, dan menguburkanmu. Lalu aku akan sentiasa mengingat kebaikanmu.” Rasulullah s.a.w bersabda  saudara yang seperti ini adalah sanak saudara dan keluarganya.”
Kemudian pertanyaan yang sama diajukan kepada saudara yang kedua. Lalu dijawab, ”Aku akan bersamamu selama engkau masih hidup. Jika kamu meninggal dunia, aku akan pergi kepada yang lain.” Saudaranya ini adalah hartanya. Kemudian ia memanggil saudaranya yang ketiga dan bertanyakan perkara yang sama.
Maka dijawab, ”Walaupun di dalam kubur, aku akan bersamamu. Akan kutenangkan hatimu jika akan dihisab,dan aku akan beratkan amal baikmu.” Saudaranya yang ketiga ini adalah amal solihnya.” Sabda Rasulullah s.a.w:  ”sekarang sebutlah, manakah yang menjadi pilihanmu?” Para sahabat menjawab, ” Ya Rasulullah, jelas saudara yang terakhir itulah yang kami pilih, yang pertama dan kedua kurang bermanfaat.” (Muntakhab,Kanzul-Ummal).


Kumail r.a. bercerita,” Pada suatu hari, aku berjalan bersama Ali r.a. hingga tiba di sebuah hutan. Lalu Ali r.a. mendekati sebuah kubu sambil berkata.
”Wahai penghuni kubur, wahai penghuni tempat sunyi, wahai yang berbau busuk, wahai yang penuh ketakutan. Bagaimanakah khabarmu?” Kemudian ia berkata, ”Adapun khabar kami di sini, hartamu telah dibahagi-bahagikan, anak-anakmu telah menjadi yatim, dan isteri-isterimu telahpun bernikah lagi. Inilah berita kami, ceritakanlah sedikit tentang kamu.”
Seraya menoleh kepadaku, ia berkata, ”Wahai Kumail, seandainya mereka boleh dan dapat berbicara, mereka akan berkata bahawa sebaik-baik bekal ialah taqwa.” setelah berkata demikian, ia menangis. ”Wahai Kumail, kubur adalah tempat menyimpan amal, dan kita akan menyedarinya setelah maut menjemput kita.”
(Muntakhab, Kanzul-Ummal)



Pengajaran :

Takwa kepada Allah SWT. adalah bekal yang terpenting. Sehingga Nabi Saw. selalu memikirkan dan merenungkannya. Selain itu mengingati maut sangat bermanfaat, sehingga Rasulullah s.a.w. Ketika menerangkan keadaan kubur, beliau bersabda bahawa mengingat kubur itu sangat penting dan bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH