.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, December 9, 2015

Derita seorang kekasih

Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Aisyah r.aha menangis…
Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…
“Rasululullah s.a.w tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad s.a.w makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”


Dalam riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut-turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah s.a.w telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah s.a.w"


Pernah Nabi s.a.w men ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, Rasulullah s.a.w memberi sa;am sebanuak tiga kali, namun salamnya tidak berjawab. Namun ketika baginda memberikan salam yang terakhir Fatimah menjawab dengan nada yang perlahan dan lemah. Fatimah  r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda s.a.w datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut..
Seorang cium di leher..
.

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..(kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.)
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar ayahandanya menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Namun ayahandanya menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar. Betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada kita semua.


Keadaan Lapar Rasulullah s.a.w.

Imam Muslim dan Imam Tarmizi telah meriwayatkan dari An-Nu’man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad s.a.w hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu’man bin Basyir ra. katanya, bahawa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah 
s.a.w seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Dalam suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah 
s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? beliau menjawab: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawapan beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis,kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Imam Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sup) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi
Nabi s.a.w memakannya – ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini kerana tidak punya lampu. Dalam riwayat Imam Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya’la  pula menceritakan dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah 
s.a.w tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma’uz Zawatid 10:325)

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami sentiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah 
s.a.w tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai makcikku, jadi apakah makanan kamu? Jawab Aisyah: Kurma dan air saja, melainkan jika ada jiran-jiran Rasulullah s.a.w dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Kurma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:3)

Imam Tarmizi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah 
s.a.w telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:14)


Dalam riwayat lain  oleh Imam Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah s.a.w tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mahu kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah s.a.w selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau wafat. 

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah s.a.w makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau wafat. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Imam Tarmizi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah s.a.w sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur kerana kelaparan, kerana tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti  yang kasar. 

Imam Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah s.a.w mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah s.a.w wafat, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fatimah binti Rasulullah s.a.w datang kepada Nabi s.a.w membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fatimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan  iaitu: Maka Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Fatimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fatimah?! Fatimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma’uz Zawa’id 10:312)

Imam Ibnu Majah dan Imam Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah s.a.w maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa’ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah s.a.w melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah sehingga beliau wafat. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi s.a.w ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah s.a.w tidak pernah melihat ayakan tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Imam Tarmizi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah s.a.w lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah s.a.w pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi s.a.w Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi s.a.w merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya
pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.’

Imam Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi s.a.w ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).


Abu Hurairah r.a. bercerita, “ Seandainya kalian memperhatikan keadaan kami waktu dulu, kalian akan menjumpai sebahagian dari kami tidak dapat berdiri akibat kelaparan selama beberapa hari akibat tidak makan sedikitpun. Kerana sangat lapar, tekadang saya berbaring sambil menekan perut saya ke tanah, bahkan terkadang saya mengikatkan batu ke perut saya.”

Suatu ketika, saya sengaja duduk-duduk di pinggir jalan. Saya berharap kalau-kalau ada orang yang saya kenal lalu di hadapan saya. Ternyata benar, tidak lama kemudian datanglah Abu bakar r.a., sayapun berbincang-bincang dengannya. Saya berharap dia mengajak saya ke rumahnya. Seperti kebiasaannya yang mulia, dia akan menyajikan makanan kepada tetamunya. Tetapi malam itu Abu Bakar tidak mengajak saya ke rumahnya. Dia tidak berbicara banyak dengan saya, sehingga harapan saya itu tidak terlaksana. Mungkin, tidak terfikir olehnya untuk mengajak saya ke rumahnya, atau mungkin di rumahnya sedang tidak ada makanan.
Tidak lama kemudian, Umar Al-Faruq berjalan lalu di hadapan saya. Namun pada kali ini harapan sayapun tidak terjadi. Pada akhirnya datanglah Nabi s.a.w., beliau tersenyum lebar ketika melihat keadaan saya, kerana Nabi telah menangkap dengan cepat keinginan saya yang tersembunyi. Katanya, “ Mari, ikutlah dengan saya, wahai Abu Hurairah.” Saya segera mengikutinya ke rumah beliau. Ketika kami masuk ke rumahnya, semangkuk susu telah dihidangkan kepada Nabi 
s.a.w  lalu beliau bertanya, “Siapa yang telah memberi susu ini?” Jawabnya, bahawa susu itu adalah hadiah dari seorang hamba Allah. Kemudian beliau berkata, “Abu Hurairah, panggillah para akhli shuffah agar datang ke sini.” Akhli shuffah adalah fakir miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak memiliki pekerjaan. Tidak tersedia makanan tetap bagi mereka, dan biasanya mereka menjadi tamu kaum Muslimin. Beliau sendiri akan menerima dua orang akhli shuffah sebagai tetamu. Jumlah akhli shuffah ini tidak menentu, terkadang banyak, terkadang sedikit. Dan pada hari itu mereka ada tujuh orang.

Telah menjadi kebiasaan Nabi s.a.w  beliau akan mengundang dua-dua atau empat-empat orang shuffah untuk datang ke rumah-rumah sahabat agar diberi makan. Kebiasaan beliau yang lain, jika diberi makanan oleh seseorang, misalnya dari sedekah, beliau akan memberikan makanan itu kepada mereka, dan beliau sendiri tidak ikut makan bersama mereka. Jika makanan itu berasal dari hadiah seseorang, maka beliau akan mengundang para sahabat dan makan bersama mereka.

Ketika itu, Rasulullah 
s.a.w  meminta saya untuk menyuruh mereka minum bersama. Melihat jumlah susu yang sedikit, saya merasa ragu, apakah susu itu akan mencukupi semua orang? Setelah saya memanggil para akhli shuffah, Rasulullah s.a.w  memerintahkan saya agar membahagikan susu itu kepada mereka. Saya berfikir, mungkin saya akan mendapat giliran terakhir, atau tidak mendapatkan susu sama sekali. Tapi saya harus menaati perintah Nabi s.a.w  Setelah akhli shuffah berkumpul, Nabi s.a.w  berkata kepada saya, “Hidangkan susu itu dan bahagikanlah.” Saya segera berkeliling sambil memegang mangkuk itu dan menyajikan susu kepada setiap orang yang hadir. Setelah mereka puas, mangkuk itu dikembalikan kepada saya.
Sambil tersenyum, Rasulullah s.a.w bersabda kepada saya, “Sekarang tinggal kita berdua.”
“Benar, ya Rasulullah.” Jawab saya.
Beliau bersabda, “Sekarang minumlah.” Segera saya meminumnya.
Setelah berhenti, beliau bersabda, “Minumlah lagi.”
Kata saya, “Sudah, ya Rasulullah.”
Beliau bersabda, “Minumlah lagi.”

Saya terus meminumnya sampai berkata, “ Ya Rasulullah, rasanya sekarang perut saya sudah terisi penuh.” Akhirnya, beliau meminum susu yang masih tersisa di mangkuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)