.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, May 24, 2015

Terjemah Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari (4)

61: Akhirat tempat pembalasan bagi hamba-hamba yang mukmin:
Sesungguhnya dijadikan negeri akhirat sebagai tempat pembalasan bagi hamba-hamba Nya yang beriman kerana negeri ini (dunia) tidak cukup luas (bagi menampung) apa yang Allah s.w.t hendak berikan kepada mereka.
Bahawasanya digandakan segala kadar (pembalasan) mereka, jauh dari pembalasan terhadap mereka yang di dalam negeri yang tidak kekal ini.



62: Tanda diterima amal:
Barangsiapa yang dapat merasa buah dari amalnya sekarang (di dunia) ia menjadi bukti diterima amalnya kelak (di akhirat)


63: Kedudukan hamba di sisi Allah s.w.t:
Jika kamu mahu mengetahui kedudukan kamu di sisi Allah s.w.t, lihatlah di mana kamu didudukkan.


64: Nikmat lahir dan batin:
Apabila dikurniakan kepada kamu rezeki berupa rasa puas dengan taat (kepada Allah s.w.t) dan rasa cukup (dengan Nya), maka ketahuilah telah disempurnakan atas kamu nikmat-nikmat yang lahir dan yang batin.


65: Sebaik-baik permintaan:
Sebaik-baik permintaan adalah apa yang Allah s.w.t tuntut daripada kamu.


66: Tipu daya terhadap orang yang tidak taat:
Kesedihan lantaran tidak berbuat taat tetapi tidak bergerak untuk berbuat demikian adalah tanda diperdaya (oleh syaitan).


67: Orang Yang Mengenal Allah s.w.t:
Bukanlah orang arif orang yang memperolehi isyarat lalu merasakan Allah s.w.t lebih dekat dari isyaratnya. Orang arif adalah orang yang tidak menyedari isyarat kerana fana dalam wujud Allah s.w.t dan diliputi oleh Syuhud (penyaksian) kepada Allah s.w.t.


68: Harapan Dan Angan-angan:
Harapan adalah yang disertai amal. Jika tidak ia adalah angan-angan.



69: Tujuan Orang Arifbillah:
Maksud dan tujuan orang arifbillah adalah benar dalam ubudiyah (kehambaan) dan melaksanakan hak-hak rububiah (ketuhanan).


70:  Qabadh Dan Basath:
Dilapangkan kamu (diberi kegembiraan) supaya kamu tidak ditinggalkan dalam ketakutan. Diberikan rasa takut dan gerun supaya kamu tidak ditinggalkan dalam kesukaan. Dibebaskan kamu dari kedua-duanya supaya kamu tidak ditarik oleh sesuatu selain dia (Allah s.w.t). Orang arif, apabila diberikan nikmat kelapangan atau kegembiraan akan lebih merasa takut daripada apabila diberi nikmat yang merupakan kesempitan dan ketakutan, kerana tidak dapat tegak di atas batas-batas kesopanan dalam keadaan kesenangan kecuali sedikit. Kelapangan dan ria hati mempunyai ruang untuk nafsu mengambil kesempatan daripada kegembiraan itu dan pada takut dan gerun tidak ada kesempatan untuk nafsu mencelah.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)