.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, May 24, 2015

Terjemah Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari (5)

71: Hikmat Pada Pemberian Dan Penolakan:
Adakalanya kamu menerima pemberian yang pada hakikatnya adalah penolakan dan ada kalanya kamu ditolak tetapi pada hakikatnya kamu diberi. Jika dibuka kepada kamu pintu kefahaman tentang penolakan nescaya berubah penolakan menjadi pemberian.


72: Alam Pada Zahirnya Dan Batinnya:
Alam ini pada zahirnya adalah tipuan dan batinnya adalah peringatan. Nafsu memandang kepada zahirnya yang menipu daya, sementara hati pula
memandang kepada batinnya yang memberi peringatan.


73: Kemuliaan Yang kekal Abadi:
Jika engkau berkehendakkan kemuliaan yang abadi janganlah engkau mencari kemuliaan yang sementara.


74: Perjalanan Yang Hakiki:
Kepantasan yang hakiki adalah engkau lipatkan jarak dunia dari kamu sehingga engkau melihat akhirat lebih dekat kepada kamu dari diri kamu sendiri.


75: Penolakan Allah s.w.t Lebih Baik Daripada Pemberian Makhluk:
Pemberian dari makhluk adalah kerugian dan penolakan dari Allah adalah Kebaikan.


76: Amal, Taat Dan Balasan Allah s.w.t:
Maha Tinggi Tuhan kami dari amal hamba yang disegerakan tetapi balasannya ditunda. Cukuplah balasan Allah s.w.t kepada kamu dengan ketaatan kamu kepada Nya, Jika dia redha kamu menjadi ahli taat. Cukuplah bagi orang-orang yang beramal dibalas dengan terbukanya hati mereka untuk mentaati Allah s.w.t. dan, cukuplah bagi mereka dengan balasan di mana hati mereka menjadi jinak dengan Allah s.w.t.


77: Allah s.w.t Ditaati Kerana Sifat-sifat Ketuhanan Nya:
Barangsiapa beribadat kepada Allah s.w.t karena mengharapkan sesuatu atau supaya ketaatannya dapat menolak kedatangan seksaan dari Allah s.w.t, maka orang itu tidak mendirikan kewajiban terhadap hak sifat-sifatnl Nya.


78: Pemberian dan Penolakan memperkenalkan Allah s.w.t:
Apabila dikurniakan kepada kamu bermakna diperlihatkan kepada kamu Kemurahan Nya. Apabila ditahan pemberian bermakna diperlihatkan kepada kamu kekuasaan Nya. Maka dia pada segala perkara memperkenalkan dirinya kepada kamu dan menghadapkan kepada wujud (kelembutan) Nya. Sesungguhnya terasa pedih penolakan Allah s.w.t adalah kerana kamu tidak mengerti tentang Allah s.w.t dalam penolakan tersebut.


79: Jalan Kepada Allah s.w.t:
Kadangkala dibukakan kepada kamu pintu taat tetapi tidak dibukakan pintu Makbul permintaan. Kadangkala kamu terdorong ke dalam dosa tetapi dosa Itu menjadi sebab menyampaikan kamu (kepada Allah s.w.t). Maksiat yang melahirkan rasa hina diri (kepada Allah s.w.t) dan rasa berhajat kepada Nya lebih baik daripada taat yang melahirkan rasa megah dan takbur.


80: Nikmat Penciptaan Dan Nikmat Susulan:
Dua nikmat yang tidak terpisah makhluk dari kedua-duanya dan tidak dapat tidak bagi setiap makhluk maujud dari kedua-duanya, itulah nikmat diciptakan dan nikmat yang menyusul (setelah diciptakan). Allah s.w.t memberi nikmat kepada kamu kali pertamanya dengan menciptakan kamu dan kali ke duanya dengan melengkapi keperluan kamu.


81: Hamba Berhajat Kepada Tuhan:
Berhajat kepada Allah s.w.t adalah sifat sebenar zat diri kamu, sementara Sebab musabab (yang mengenai kamu) adalah peringatan kepada sesuatu yang tersembunyi daripada diri kamu tentangnya (sifat keaslian kamu) dan Keadaan kamu yang berhajat (kepada Allah s.w.t) itu tidak dapat diangkat oleh sesuatu yang sifatnya mendatang. Sebaik-baik waktu kamu adalah di mana kamu melihat dalamnya ada hajat (kepada Allah s.w.t) dan kamu kembali kepada kehinaan kamu (mengakui pergantungan kamu kepada Allah s.w.t).


82: Uns (Jinak Hati Dengan Allah s.w.t):
Apabila kamu merasa hilang minat kamu kepada makhluk, maka ketahuilah Bahawa akan dibukakan kepada kamu pintu berjinak-jinak dengan Allah s.w.t.


83: Keizinan Meminta Tanda Akan Mendapat Kurnia:
Apabila diizinkan lidah kamu membuat permintaan maka ketahuilah bahawa engkau akan memperolehi kurnia Nya.


84: Orang Arif Berhajat Kepada Allah s.w.t:
Orang arif tidak luput dari rasa berhajat kepada Allah s.w.t dan tidak merasa senang untuk bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t.


85: Nur Sifat Allah s.w.t Menerangi Rahsia hati:
Diterangi-nya yang zahir dengan cahaya athar dan diterangi Nya rahsia Hlhati dengan Nur sifat Nya. Oleh sebab itu terbenam cahaya terang yang Zlzahir tetapi tidak terbenam cahaya kalbu dan sir (hati dan rahsia hati). Berkata orang bijak pandai : “ matahari siang terbenam pada waktu malam Tltetapi matahari hati tidak terbenam.”


86: Takdir Adalah Ujian Allah s.w.t:
Seharusnya tidak menekan (jiwa kamu) oleh bala yang menimpa kamu kerana Kamu mengetahui bahawa Tuhan menguji kamu dan dia yang menimpakan kamu dengan takdir Nya adalah Tuhan yang biasa memberikan kepada kamu yang baik-baik yang dipilih untuk kamu. Siapa yang menyangka tiada kehalusan hikmat pada takdir yang menimpanya, itu adalah kerana singkat pandangan (mata hatinya).


87: Hawa Nafsu Dan Kesamaran jalan:
Tidak dikhuatirkan atas kamu samarnya jalan yang kamu tempuhi, tetapi yang dikhuatirkan adalah kemenangan hawa nafsu atas kamu.


88: Sifat Kewalian Ditutup Daripada Pandangan Umum:
Maha Suci Allah yang menutupi rahsia keistimewaan (para wali) dengan diperlihatkan sifat kemanusiaan biasa kepada orang banyak dan ternyata Kebesaran ketuhanan Allah s.w.t dalam memperlihatkan sifat kehambaan (pada para wali Nya).


89: Perhatikan Kewajipan Bukan Permintaan:
Jangan mengadakan tuntutan terhadap Tuhan kamu lantaran kelewatan tercapainya hajat kamu, tetapi tuntutlah diri kamu agar tidak melewatkan kewajiban (terhadap Allah s.w.t).


90: Zahir Bersyariat Dan Batin Beriman:
Apabila kamu pada zahirnya dihiaskan dengan taat kepada perintah Nya dan dikurniakan pada batin kamu menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t, yang demikian itu adalah sebesar-besar nikmat buat kamu.


91: Kekeramatan Bukan Jaminan Kesempurnaan:
Tidak semua yang terzahir kekeramatannya itu sempurna pangkat kewaliannya.


92: Pelihara Wirid Selama Ada hayat:
Tidak mengabaikan wirid kecuali orang bodoh. Warid (kurniaan Allah s.w.t) Berterusan hingga ke akhirat dan wirid berakhir dengan berakhirnya dunia. Dan yang paling baik diperhatikan ialah yang tidak lenyap. Wirid itu sebagai tuntutan Allah s.w.t kepada kamu sementara warid itu adalah hajat kamu kepada Allah s.w.t. maka di manakah bandingan antara tuntutan Allah Kepada kamu dengan pengharapan kamu kepada Tuhan kamu.


93: Warid Dan Nur Ilahi:
Kurniaan Allah s.w.t bersesuaian dengan persiapan untuk menerimanya tetapi pancaran Nur Ilahi bersesuaian dengan sifat rahsia hati (sir).


94: Sikap Orang Lalai Dan Orang Berakal:
Orang lalai (dari pegangan tauhid), tatkala datang waktu pagi dia memikirkan apa yang harus dikerjakannya. Orang yang berakal (bertauhid) menerima pekerjaan yang ditakdirkan Allah s.w.t untuknya.


95: Abid Dan Zahid Yang Belum Mencapai Keteguhan Hati:
Sesungguhnya yang membolak-balikkan hati ahli ibadat dan ahli zuhud Ketika menghadapi sesuatu itu adalah kerana mereka masih tidak tetap melihat Allah s.w.t pada apa yang mereka lihat, maka hati mereka dibolak-balikkan oleh sesuatu itu.


96: Kerinduan Untuk Melihat Allah s.w.t:
Kamu dianjurkan ketika hidup kini supaya memperhatikan ciptaan Nya dan akan diperlihatkan kepada kamu di akhirat kelak akan kesempurnaan zatnya. Allah s.w.t mengetahui akan keadaan kamu yang tidak sabar merindui untuk melihat Nya, maka diperlihatkan kepada kamu keaslian ciptaan Nya.



MUAT TURUN SYARAH AL-HIKAM....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)