.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, May 13, 2015

IKHLAS : SUATU HIKMAH ULAMA DAN SAHABAT

Kata Abdullah bin Hanif Al-Inthoki:
"Pada hari kiamat bila seseorang mengharap amalnya kepada Allah, maka dijawab:  Tidakkah kamu telah membayar tunai pahalamu, tidakkah kamu telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis, tidakkah engkau telah terangkat sebagai pemimpin atau ketua, tidakkah telah kami mudahkan bagimu jual beli dan seterusnya."

Seorang Hakim pula berkata:
"Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan perbuatan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya."

Pada kata lain (pendapat lain):
"Puncak ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang."

Dzinnun Al-Mishri ketika mana ditanya:
"Bilakah orang diketahui bahawa ia termasuk pilihan Allah?." Dia menjawab:  "Jika telah menanggalkan istirahat, dan dapat memberikan apa yang ada, dan tidak menginginkan kedudukan, dan tidak mengharapkan pujian atau cacian orang (iaitulah dipuji tidak berasa besar dan dicela tidak berasa kecil)."

Sayidina Ali bin Abi Thalib berkata:
"Tanda orang yang riya' itu ada empat:
1. Malas jika bersendirian
2. Tangkas jika di hadapan orang
3. Menambah amalnya jika dipuji
4. Memgurangi jika dicela.

Seorang Hakim ada berkata:
"Seharusnya orang yang beramal itu belajar adab dari pengembala kambing. Ketika dia ditanya bagaimana, dia menjawab pengembala itu jika solat di tengah-tengah kambingnya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, maka demikianlah seseorang yang beramal seharusnya tidak menghiraukan apakah dilihat orang lain atau tidak."

Kata Syaqiq bin Ibrahim:
"Benteng amal itu ada tiga:
1. Harus berasa bahawa itu adalah hidayah dan taufiq dari Allah untuk mematahkan rasa 'ujub (sombong diri).
2. Harus mengharap keredhaan Allah untuk mematahkan hawa nafsu, mengharap pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya'.
3. Amal tersebut ikhlas hanya kepada Allah, iaitu mengharap redha Allah agar amal tersebut diredhai Nya dan tidak beramal disebabkan oleh hawa nafsu, sehingga tidak terpengaruh akan pujian atau celaan orang."

Seorang Hukama ada berkata :
“ Untuk keselamatan suatu amal berhajat kepada empat perkara :
1. ILMU PENGETAHUAN, kerana ilmu tanpa amal lebih banyak salahnya daripada benarnya
2. NIAT, kerana setiap amal bergantung kepada niat sebagaimana sabda Rasulullah saw “Sesungguhnya semua amal bergantung kepada niat, dan yang dianggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan.
3. SABAR, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik, sempurna, thuma’ninah dan tidak terburu-buru.
4. IKHLAS, kerana amal tidak akan diterima tanpa ikhlas.”

Dan Syaqiq bin Ibrahim pernah ditanya :
“ Bagaimana dapat mengetahui bahawa aku seorang yang soleh?, sebab orang mengatakan aku adalah ornag yang soleh. Lalu Syaqiq bin Ibrahim menjawab : Pertama,  Tunjukkan rahsiamu kepada orang-orang solihin. Apabila mereka redha kepada itu bererti engkau seorang yang soleh. Kedua, Tawarkan dunia ini pada hatimu, maka apabila ia menolak itu menandakan engkau seorang yang soleh. Ketiga, Tawarkan mau kepada hatimu, jika ia berani dan mengharap itu tandanya engkau seorang yang soleh. Dan apabila ada ketiga-tiganya padamu, maka sentiasalah memohon kepada Allah jangan sampai memasukkan riya’ dalam semua amalmu supaya tidak rosak”

Hamid bin Allaf pula berkata :
“ Jika Allah membinasakan seseorang, ia akan dihukum dengan tiga cara iaitu:
1. Diberikan Nya ilmu tanpa amal.
2. Diberikan Nya bersahabat dengan orang-orang soleh, tetapi ia tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradab terhadap mereka.
3. Diberikan Nya jalan untuk berbuat taat tetapi ia tidak ikhlas.”

Lalu Abu Laits as-Samarqandi mengatakan :
“ Itu semua kerana buruk niatnya dan busuk hatinya, kerana sekiranya niatnya baik nescaya diberi manafaat dalam ilmunya dan ikhlas dalam amalannya serta menghargai dan menghormati kedudukan orang-orang yang soleh.”

Manakala Auf bin Abdullah berkata “
“ Orang-orang ahli KHAIR satu sama lain berpesan kepada tiga kalimah :
1. Siapa beramal untuk akhirat, Maka Allah akan mencukupkan urusan dunianya
2. Siapa yang mmemperbaiki hubungannya dengan allah, maka Allah akan memperbaiki hubungan Nya dengan sesama manusia.
3. Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki zahirnya.”

Abu Bakar AlWasithi pula berkata :
“ Menjaga kebaikan taat itu lebih berat darpada mengerjakannya, kerana ia umpama kaca yang mudah pecah dan tidak dapat ditampalkan atau dilekatkan, maka tiap-tiap amal yang dihingapi riya’ akan rosak, tiap amal yang dihinggapi ujub (bangga) juga akan rosak. Maka apabila seseorang dapat menghilangkan rasa riya’ dalam amalannya haruslah ia berbuat demikian, akan tetapi jika ia tidak dapat melakukan sedemikian jangan pula sampai tidak beramal kerana tidak dapat mnghapuskan riya’nya. Akan tetapi sebaiknya ia harus terus beramal dan kemudian beristigfar dari sifat riya’nya, kemudian di lain hari Allah memberinya taufiq untuk ikhlas dalam amalannya yang lain.”

Manakala sahabat Rasulullah saw, Salman Al-Farisi berkata :
“ Allah telah menambah kekuatan orang-orang mukminin dengan bantuan orang-orang munafiqin dan menolong orang-orang munafiqin dengan doa orang-orang mukmin.”

Abu Laits mengatakan, bahawa : Aku telah diberitahu orang yang dipercayai bahawa dalam sebuah hadis yang sanadnya daripada Jaballah Alyahshubi, katanya :
Ketika kami bersama dengan Abdul Malik bin Marwan dalam satu peperangan, tiba-tiba kami bertemu dengan seorang yang sering bangun malam, bahkan dia tidak tidur melainkan sekejap, selama ini kami tidak mengenalinya kemudian kami dapat mengetahui bahawa dia adalah sahabat Rasulullah saw, lalu Baginda saw menceritakan kepada kami, bahawa seseorang telah bertanya :
“ Wahai Rasulullah, dengan cara apakah untuk mencapai kejayaan kelak?, Rasulullah saw menjawab : Jangan tipu Allah. Orang itu bertanya : Bagaimana menipu Allah?. Lalu Baginda menjawab : Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tidak kerana Allah. Dan berhati-hatilah kamu dengan riya’, kerana ianya syirik terhadap Allah. Orang yang berbuat riya’ pada hari kiamat akan dipanggil di hadapan umum dengan empat nama : HAI KAFIR!, HAI SI JAHAT!, HAI SI PENIPU!, HAI ORANG YANG RUGI!, hilang segala amalanmu dan batal pahalamu, maka tidak ada bahagian bagimu sekarang, dan mintalah pahalamu dari orang yang engkau telah perbuat untuk mereka Wahai Penipu. Saya bertanya kepadanya : Demi Allah tiada Tuhan selain Dia, apakah benar engkau mendengar sendiri hadis ini daripada Rasulullah saw?. Dia menjawab : Demi Allah tiada Tuhan selain Dia, sungguh aku telah mendengar sendiri dari Rasulullah saw kecuali jika aku keliru sedikit yang aku sengajakan, kemudia dia membacakan :
Firman Allah :
“ Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah, padahal Allah telah membalas tipu daya mereka.” (An-Nisa’ : 142)””

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)