.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, May 9, 2015

Renungan

1. Mentauhidkan Allah.

Al-hafiz Ahmad  Hukmi:
" Kewajipan pertama seorang hamba Allah adalah:
Mengenali Tuhan Yang Maha Pengasih dengan  ketauhidan. Kerana ia lebih mulia daripada semua perintah bagi siapa yang memahaminya ia terbahagi kepada dua."
(Iaitulah Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' Sifat dan Af'al.)

"Dengan tujuh syarat yang telah terikat,
Dan kebenaran yang terdapat di dalam nas-nas,
Sesungguhnya orang yang mengucapkannya tidak mendapat manfaat,
Dengan ucapan melainkan dia menyempurnakannya,
Ilmu, keimanan, keyakinan, pasrah, penyerahan diri dan ketaatan aku mampu mengerjakannya,
Kejujuran, keikhlasan, kecintaan,
Allah bersesuaian dengan apa yang Dia suka."
(Imam Al-Allamah Al-Hafiz Hukmi)

2. Jiran

Abu Syuraih Al-Khuza'i r.a menceritakan bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
" Demi Allah, tidaklah beriman, tidaklah beriman, tidaklah beriman! ". Lalu ada yang bertanya, " Siapa wahai Rasulullah?"
Baginda saw menjawab, " Seseorang yang jiran nya tidak merasa aman daripada gangguannya."
(Riwayat Imam Bukhari)

Menjaga hubungan dengan jiran merupakan sebahagian daripada kesempurnaan iman.
(Syeikh Abu Muhammad bin Abu Jamrah)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, janganlah kamu menyakiti jiranmu."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
"Wahai kaum mulimah! , jangan sekali-kali seorang wanita memandang remeh kepada pemberian jiran wanitanya, walaupun ia hanya tulang yang memiliki sedikit daging."
(Riwayat Imam Bukhari)

3. Bersabar di atas Takdir

Dalam sebuah syair arab:
Sabarlah daripada musibah zaman,
Meskipun hati yang luka enggan,
Sesungguhnya semua perkara memiliki batas akhir,
Apakah akhir yang baik atau buruk.

Sabarlah dan berpegang teguhlah kepada Allah,
Jangan terburu-buru kerana sesungguhnya ketidakmampuan berlaku kerana terburu-buru,
Kesabaran seperti halnya namanya setiap musibah,
Akan membawa kesudahan yang lebih manis dari madu.

4. Birrul Walidain

"Engkau mesti berbuat baik kepada kedua orang tuamu,
Demikianlah pula para Dzawil Qurba daripada keluarga yang dekat,
Dan janganlah engkau berteman,
Melainkan dengan seorang yang bertaqwa dan beradab,
Seorang yang menjaga diri, cerdas dan menepati janji-janjinya,
Dan sertailah mereka jika engkau telah menyertai seorang yang merdeka dan beradab,
Berasal dari para pemuda Bani Al-Ahrar Zainul Mursyid,
Janganlah menyakiti, jagalah lidah dan takutlah,
Maka sesungguhnya dendammu berada dalam kecintaanmu,
Terhadap teman yang membantu,
Berlumba-lumbalah dalam mengeluarkan harta untuk mencapai kemuliaan,
Dengan akhlak yang mulia untuk menggapai kemuliaan,
Dan yakinlah kepada Allah dalam setiap kejadian,
Sesungguhnya Allah akan menjagamu daripada kejahatan orang yang dengki selama hari-harimu,
Berpegang teguhlah hanya kepada Allah dan jangan meminta kepada selain Nya,
Dan janganlah engkau kufur terhadap nikmat yang engkau dapat,
Jagalah dirimu daripada musibah serta jauhilah kejahatan terhadap jiran tetangga,
Serta berpeganglah dengan akhlak yang terpuji."
(Syair Arab)

Ibnu Umar r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya perbuatan melaknat orang tua sendiri termasuk dalam dosa-dosa besar."
Ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang melaknat orang tuanya?'. Baginda saw menjawab dan bersabda:  "Seseorang yang mencaci ayah orang lain sehingga orang tersebut mencaci ayah dan ibunya pula."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Imam Al-Manawi dalam kitabnya Faidhul Qadir menyebut:
"Siapa yang melaknat orang tua seseorang, sesungguhnya dia telah melaknat orang tuanya sendiri. Seolah-olah dia sendiri memulakan perbuatan melaknat kedua orang tuanya."

"Jika engkau diberikan amanah kepada kenikmatan maka ringankanlah,
Dan tutuplah aib saudaramu ketika ia terbuka,
Taatilah ayahmu pada setiap wasiat yang diberikannya,
Kerana sesungguhnya orang yang mentaati ayahnya tidak akan terhina."
(Syair Arab)

" Tidak ramai yang memberikan penumpuan khusus terhadap hakikat perbuatan derhaka yang diharamkan oleh syara'."
(Imam An-Nawawi)

"Derhaka yang diharamkan ialah setiap perbuatan yang menyakiti orang tua. Walaupun kita tidak wajib mentaati kedua orang tua dalam semua perkara, perbuatan menyakiti mereka tidak boleh dipandang remeh."
(Fatwa Imam Abu Amru bin Solah)

"Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil"

5.  Jangan melakukan kerosakkan.

Sayidina Ali bin Abi Talib r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat orang yang membiarkan dirinya melakukan kerosakkan, atau melindungi orang yang membuat kerosakkan."
(Riwayat Imam Muslim)




قل انمآ أدعوا ربي ولآ أشرك به ے َ أحدا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun". ً
(Al-Jinn : 20)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)