.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 25, 2015

Himpunan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w (2)


41 Jauhi Sifat Takbur

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.”



42 Kelebihan Solat Jenazah

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu menyembahyangkan jenazah, maka hendaklah kamu ikhlaskan niat kamu semasa berdoa kepada jenazah tersebut”.



43 Kelebihan Azan

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua mendengar laungan azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh tukang azan”.



44 3 Perkara

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.



45 Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).



46 Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Daripada Huzaifah RA katanya, “Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami memakai pakaian daripada sutera kasar (untuk lelaki sahaja) dan minum di dalam bekas yang dibuat daripada emas dan perak (lelaki dan perempuan). Baginda bersabda lagi, “Semua barang tersebut adalah untuk orang kafir di dunia tetapi barang-barang tersebut akan kamu perolehi di akhirat kelak.”


47 Memberi Pertolongan Kepada Sahabat

Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.


48 Memuliakan Tetamu

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”


49 Kelebihan Membaca al-Qur’an

Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”



50 Tepati Janji

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.



51 Malu itu Sebahagian daripada Iman

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”



52 Menziarah Orang Sakit

Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW telah pergi ke perkampungan orang arab Badwi untuk menziarahi orang sakit. Apabila Baginda masuk ke tempat orang sakit maka Baginda pun bersabda, “Tidak ada apa-apa, sakit tuan ini hanya sebagai penebus dosa sahaja, jika di kehendaki oleh Allah”.



53 Sabar Menghadapi Kematian Orang Yang Di Sayangi

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, hambaku yang mukmin yang bersabar di atas kematian orang yang dikasihinya akan mendapat balasan Syurga”. Tidak ada balasan bagi hambaku yang beriman apabila aku mengambil kekasihnya orang pilihannya daripada ahli dunia kemudian dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan Syurga.



54 Galakan Bersifat Tawadhu’

Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”


55 Sopan-santun Amalan Mulia

Daripada Jarir bin Abdullah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda katanya, “Sesiapa yang tidak dikurniakan kesantunan bererti ia tidak dikurniakan apa-apa kebaikan.”


56 Memelihara Hubungan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.


57 Dituntut Menyegerakan Membayar Hutang

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”.


58 Berusaha, Berdoa dan Bertawakal Kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.


59 Ringan disebut, berat ditimbang

Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.


60 Orang Yang Paling Baik Akhlak

Daripada Anas RA katanya Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak.

61 Kekuatan Yang Sebenar

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”


62 Kelebihan Makan Beramai-ramai

Daripada Jabir RA katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang.”


63 "Bersedekah Walaupun Sedikit"

Daripada ‘Adi bin Hatim RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,”Takutlah kamu semua kepada Neraka sekalipun dengan bersedekah dengan sebelah buah tamar. Sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik.”



64 Sunat Berjabat Tangan

Daripada Anas RA katanya, orang-orang Yaman datang menemui Baginda lalu Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang Yaman datang kepada kamu semua dan mereka adalah orang pertama melakukan berjabat tangan ketika bertemu.”


65 Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda : Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."


66 Sifat Pemalu Rasulullah SAW

Dari Abu Said al-Khudri RA katanya : Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah Baginda.


67 Budi Bahasa Budaya Kita

Dari Abdullah bin Amru bin Ash RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar. Para sahabat bertanya : Adakah orang yang mencaci ibu bapanya? Jawab Rasulullah SAW : Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.


68 Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.


69 Kelebihan Sujud dalam Solat

Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."


70 Dua Nikmat Kurniaan Allah SWT

Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”


71 Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam

Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.



72 Majlis Zikir

Sabda Rasulullah SAW : Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Para sahabat bertanya : Apakah itu taman syurga? Jawab Baginda : Majlis Zikir.


73 Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.


74 Amanah Dituntut Dalam Islam

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” 

Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”



75 Sujud Syukur

Dari Abu Bakar RA bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.


76 Kasih Kepada Rasulullah SAW

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.


77 Kepentingan Berakhlak Mulia

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As RA, katanya, Bukanlah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji dan Baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.


78 Kelebihan Menuntut Ilmu

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.



79 Menjaga Hati

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.


80 Balasan Kesabaran

Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”

81 Kemuliaan Tidak Diukur Pada Zahir Sahaja

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang yang gemuk lagi besar, tetapi tidak bernilai disisi Allah walaupun seberat sayap nyamuk”. 


82 Jumaat Penghulu Segala Hari

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda : Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


83 Memiliki Kemampuan Bersyukur

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.


84 Dua Nikmat Kurniaan Allah

Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”


85 Allah Maha Pemurah

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.”


86 Menjaga Keutuhan Ummah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.


87 Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”



88 Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”. 


89 Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 


90 Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 


91 Haram Mengkhianati Sesama Islam
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” 


92 Sebaik-baik Sahabat dan Jiran

Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.



93 Manusia yang Sebenar-benar Bijak

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”



94 Berbelanja di Jalan Allah

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”. 



95 Amalan Membawa ke Syurga

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. 


96 Adab Bertamu

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah."


97 Kelebihan Memberi Makan (Berbuka) kepada Orang yang Berpuasa

Daripada Zaid bin Khalid RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun”.



98 Puasa Bulan SyawalDari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.

99 Hiasilah Hari Raya Dengan Takbir
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.


100 Amalan Di Malam Hari Raya
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)