.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, May 8, 2015

Nikmat ISLAM

Telah mengkhabarkan kepada kami Ishaq bin Ibrahim, dia berkata; telah menceritakan kepada kami An Nadhr bin Syumail, dia berkata; telah memberitakan kepada kami Kahmas bin Al Hasan, dia berkata; telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya'mar bahawa Abdullah bin Umar berkata; telah menceritakan kepadaku Umar bin Al Khathab, dia berkata; "Pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah saw tiba-tiba muncul di hadapan kami orang yang sangat putih pakaiannya, hitam rambutnya, tidak terlihat padanya bekas bermusafir, dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya, hingga ia duduk di hadapan Rasulullah saw dan menyandarkan lututnya kepada lutut beliau dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua paha beliau kemudian berkata; "Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku mengenai Islam". Beliau bersabda: "Engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan dan melakukan haji ke Ka'bah apabila mampu pergi ke sana." Orang tersebut berkata; "Tuan benar". Maka kami pun hairan kepadanya, dia bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Kemudian dia berkata; "Beritahukan kepadaku mengenai iman!" Beliau bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, para Malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para rasul Nya dan Hari Akhir serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk." Dia berkata; "Tuan benar". Dia berkata; "Beritahukan kepadaku mengenai ihsan!" Beliau bersabda: "Ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Nya dan apabila engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu." Dia berkata; "Beritahukan kepadaku mengenai Hari Kiamat!" Beliau bersabda: "Orang yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya." Dia berkata; "Beritahukan kepadaku mengenai tanda-tandanya!" Beliau bersabda: "Jika ada  wanita yang melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan serta mengembalakan kambing saling berlumba meninggikan bangunan." Tiga hari kemudian beliau bertanya kepadaku: "Wahai Umar, apakah engkau mengetahui siapakah yang bertanya?" saya menjawab; "Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui." Beliau bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Jibril Alaihissalam, datang kepada kalian hendak mengajarkan kepada kalian tentang agama kalian."
(Sunan Imam Nasa'i)


Telah menceritakan kepadaku Abu Khaitsamah Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Waki' dari Kahmas dari Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya'mar. (dalam riwayat lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Mu'adz al-'Anbari dan ini hadisnya, telah menceritakan kepada kami Bapaku telah menceritakan kepada kami Kahmas dari Ibnu Buraidah dari Yahya bin Ya'mar dia berkata, "Orang yang pertama kali membahas takdir di Basrah adalah Ma'bad al-Juhani, maka aku dan Humaid bin Abdurrahman al-Himyari bertolak untuk menunaikan haji dan umrah, maka kami berkata, 'Seandainya kami bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah saw, maka kami akan bertanya kepadanya tentang sesuatu yang mereka katakan berkaitan dengan takdir.' Maka Abdullah bin Umar diberikan taufik (oleh Allah) untuk kami, sedangkan dia masuk masjid. Lalu aku dan temanku menghadangnya. Salah seorang dari kami di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya. Lalu aku mengira bahawa temanku akan mewakilkan pembicaraan kepadaku, maka aku berkata, 'Wahai Abu Abdurrahman, sesungguhnya nampak di hadapan kami suatu kaum membaca al-Quran dan mencari ilmu lalu mengatakan bahawa tidak ada takdir, dan perkaranya adalah baru (tidak didahului oleh takdir dan ilmu Allah).' Maka Abdullah bin Umar menjawab, 'Apabila kamu bertemu orang-orang tersebut, maka khabarkanlah kepada mereka bahawa saya berlepas diri dari mereka, dan bahwa mereka berlepas diri dariku. Dan demi Zat yang mana hamba Allah bersumpah dengan-Nya, kalau seandainya salah seorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, nescaya sedekahnya tidak akan diterima hingga dia beriman kepada takdir baik dan buruk.' Dia berkata, 'Kemudian dia mulai menceritakan hadis seraya berkata, 'Umar bin al-Khaththab berkata, 'Dahulu kami pernah berada di sisi Rasulullah saw, lalu datanglah seorang laki-laki yang bajunya sangat putih, rambutnya sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan. Tidak seorang pun dari kami mengenalnya, hingga dia mendatangi Nabi saw lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi saw, kemudian ia berkata, 'Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam? ' Rasulullah saw menjawab: "Kesaksian bahawa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa Ramadlan, serta haji ke Baitullah jika kamu mampu berpergian kepadanya.' Dia berkata, 'Kamu benar.' Umar berkata, 'Maka kami terkejut terhadapnya kerana dia menanyakannya dan membenarkannya.' Dia bertanya lagi, 'Khabarkanlah kepadaku tentang iman itu? ' Beliau menjawab: "Kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para Rasul Nya, hari akhir, dan takdir baik dan buruk." Dia berkata, 'Kamu benar.' Dia bertanya, 'Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan itu? ' Beliau menjawab: "Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat Nya, maka jika kamu tidak melihat Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Dia bertanya lagi, 'Bilakah hari akhir itu? ' Beliau menjawab: "Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya." Dia bertanya, 'Lalu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya? ' Beliau menjawab: "Apabila seorang perempuan melahirkan (anak) tuannya, dan kamu melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang, miskin, penggembala kambing, namun bermegah-megahan dalam membangun bangunan." Kemudian dia bertolak pergi. Maka aku tetap saja hairan kemudian beliau berkata; "Wahai Umar, apakah kamu tahu siapa penanya tersebut?" Aku menjawab, 'Allah dan Rasul Nya lebih tahu.' Beliau bersabda: "Itulah jibril, dia mendatangi kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang pengetahuan agama kalian'." Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ubaid al-Ghubari dan Abu Kamil al-Jahdari serta Ahmad bin Abdah mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Yazid dari Mathar al Warraq dari Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya'mar dia berkata, 'Ketika Ma'bad berkata dengan sesuatu yang dia bicarakan tentang masalah takdir, maka kami mengingkari hal tersebut.' Dia berkata lagi, 'Lalu aku melakukan haji bersama Humaid bin Abdurrahman al-Himyari.' Lalu mereka menyebutkan hadis dengan makna hadis Kahmas. Di dalamnya terdapat sebahagian tambahan dan kekurangan huruf." Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hatim telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id al Qaththan telah menceritakan kepada kami Utsman bin Ghiyats telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya'mar dan Humaid bin Abdurrahman keduanya berkata, "Kami bertemu Abdullah bin Umar, lalu kami menyebutkan tentang takdir dan pendapat mereka tentangnya, lalu dia mengisahkan hadis tersebut sebagaimana hadis mereka dari Umar ra dari Nabi saw, dan di dalamnya terdapat suatu tambahan dan pengurangan." Dan telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin asy-Sya'ir telah menceritakan kepada kami Yunus bin Muhammad telah menceritakan kepada kami al-Mu'tamir dari Bapanya dari Yahya bin Ya'mar dari Ibnu Umar dari Umar dari Nabi saw dengan semisal hadis mereka."
(Sahih Imam Muslim)



Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal berkata, telah menceritakan kepadaku Yahya bin Sa'id dari Syu'bah berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Hamzah ia berkata; Aku mendengar Ibnu Abbas ia berkata, "Ketika utusan Abdu Qais datang kepada Rasulullah saw, beliau memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah. Beliau bertanya: "Tahukah kalian yang dimaksud dengan iman kepada Allah?" para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul Nya lebih tahu." Beliau bersabda: "Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, melaksanakan solat, menunaikan zakat, puasa ramadhan dan engkau keluarkan seperlima ghanimah."
(Sunan Imam Abu Daud)


Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Musa dia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Hanzhalah bin Abu Sufyan dari 'Ikrimah bin Khalid dari Ibnu Umar berkata: Rasulullah saw bersabda: "Islam dibangun di atas lima (landasan); persaksian tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan".
(Sahih Iman Bukhari)



Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ash Shabah telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Abu Tsaur dari Simak dari 'Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata, seorang baduwi datang menemui Nabi saw sambil berkata, sesungguhnya saya telah melihat hilal (Ramadhan), beliau bertanya: " Apakah kamu bersaksi bahawa tidak Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah?" Dia menjawab, Ya, Nabi berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, umumkan agar manusia mulai berpuasa esok hari." Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Husain Al Ju'fi dari Zaidah dari Simak seperti hadis di atas dengan sanad yang sama. Abu 'Isa berkata, di dalam hadis Ibnu Abbas terdapat perselisihan, Sufyan Ats Tsauri dan yang lainnya meriwayatkan hadis ini dari Simak dari Ikrimah dari Nabi saw secara mursal. Sebahagian besar shahabat Simak meriwayatkannya dari Simak dari Ikrimah dari Nabi saw secara mursal dan hadis ini diamalkan oleh kebanyakan ulama, mereka berkata, diterimanya persaksian seorang laki-laki dalam awal puasa ini juga merupakan pendapatnya Ibnu Al Mubarak, Syafi'i dan Ahmad dan Penduduk Kufah. Ishaq berkata, Tidak diterima kesaksian satu orang untuk awal puasa akan tetapi harus dua orang. Para Ulama tidak berselisih pendapat mengenai akhir Ramadhan, bahawa tidak diterima (persaksian ru'yah hilal) kecuali disaksikan oleh dua orang laki-laki.
(Sunan Imam At-Tirmizi)


Telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim telah bercerita kepada kami Al Auza'i telah bercerita kepadaku 'Umair bin Hani` bahawa Junadah bin Abu Umaiyah bercerita padanya dari 'Ubadah bin Ash Shamit dari Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah dan utusan Nya, Isa bin Maryam adalah hamba Allah dan utusan Nya dan kalimat Nya yang diucapkan ke dalam perut Maryam dan ruh (yang tercipta dari Nya), dan syurga adalah benar, dan bersaksi bahawa neraka juga benar, maka Allah Tabaaroka wa ta'ala akan memasukkannya ke syurga atas amalan yang ia kerjakan". Telah bercerita kepadaku Al Walid telah bercerita kepadaku Ibnu Jabir bahawasanya ia mendengar 'Umair bin Hani` bercerita hadis ini dari Junadah dari 'Ubadah dari Rasulullah saw sepertinya, hanya saja ia berkata dalam riwayatnya: "Maka Allah Tabaaroka wa Ta'ala akan memasukkannya ke syurga dari lapan pintunya, ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki."
(Musnad Imam Ahmad)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)