Abu Darda' berkata:
"Semulia-mulia hamba Allah di sisi Allah ialah mereka yang memperhatikan perjalanan matahari dan bulan. Orang bertanya: Wahai Abu Darda', adakah mereka itu tukang azan (Muazzin)?. Abu Darda' menjawab: Mereka adalah orang yang memperhatikan dan benar-benar menjaga waktu solatnya."
Imam Hasan Al-Basri berkata:
"Berdoa meminta kepada Allah dalam keadaan selamat itu baik, ini bermakna berlindung kepada Allah dari turunnya bala, sehingga bila turun bala ia mempunyai sandaran yang kuat."
Wahab Bin Munabbih berkata:
"Tidak ada cara untuk meminta hajat kepada Allah seperti cara solat itu, dan terbukti bahawa bencana-bencana besar yang terhindar dari orang-orang terdahulu itu hanya dengan solat dan jarang seorang yang ditimpa bencana melainkan usaha menghindarkannya dengan mendirikan solat."
Saad dari Qatadah berkata:
"Nabi Danial a.s ketika menerangkan sifat-sifat ummat Nabi Muhammad saw: Mereka solat. Yang andainya solat itu dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s maka mereka tidak.akan tenggelam. Dan andainya dilakukan oleh kaum 'Aad, maka tidak akan dikirimkan kepada mereka angin taufan yang dahsyat itu, dan andainya dilakukan oleh kaum Tsamud, nescaya mereka tidak.akan binasa."
Kata Qatadah lagi:
"Jagalah solat kerana itu sebaik-baik akhlak bagi kaum mukminin (orang yang beriman)
Muhammad bin Sirrin mengatakan:
"Jika aku disuruh untuk memilih di antara solat dua rakaat dengan syurga, nesacaya aku akan memilih solat dua rakaat, sebab dengan dua rakaat itu tercapai redha Allah, sedang dalam syurga hanya kepuasan hawa nafsuku."