.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, May 23, 2015

Terjemah Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari (2)

22: Peluang mendekati Allah s.w.t:
Jangan menantikan selasai segala halangan, kerana yang demikian akan menujung kamu dari mendekati Allah s.w.t melalui sesuatu yang engkau didudukkan di dalamnya.


23 Sifat kehidupan duniawi:
Jangan menghairankan kamu lantaran terjadi kekeruhan ketika kamu berada di dalam dunia kerana sesungguhnya kekeruhan itu tidak terjadi melainkan
kerana begitulah yang patut terjadi dan itulah sifatnya (dunia) yang asli.


24: Permulaan dan kesudahan:
Tanda akan berjaya pada akhir perjuangan adalah kuat menyerah diri kepada Allah s.w.t pada awal perjuangan. Barangsiapa cemerlang permulaannya, akan cemerlanglah kesudahannya.


25: Batiniah mempengaruhi lahiriah:
Apa yang tersimpan dalam keghaiban rahsia hati berbekas nyata pada zahirnya.


26: Pandangan hati dan akal:
Berbeza antara orang yang mengambil dalil dengan Allah s.w.t dengan orang yang mengambil dalil atas Nya. Orang yang mengambil dalil dengan Allah s.w.t itulah yang mengenal haq dan meletakkannya pada tempatnya serta menetapkan terjadinya sesuatu dari asal mulanya. Mengambil dalil atas Allah s.w.t adalah kerana tidak sampai kepada Nya. Maka bilakah Allah s.w.t itu ghaib sehingga memerlukan dalil untuk menyatakan Nya dan bilakan Allah s.w.t itu jauh sehingga memerlukan alam untuk sampai kepada Nya.


27: Sebarkan kebaikan mengikut kemampuan:
Hendaklah berbelanja akan kekayaannya bagi mereka yang telah sampai kepada Allah s.w.t dan menurut kadar kemampuannya bagi yang sedang berjalan kepada Allah s.w.t.


28: Nur-nur kurniaan Allah s.w.t:
Dikurniakan petunjuk kepada orang-orang yang berjalan kepada Allah s.w.t dengan nur-nur tawajjuh (menghadap Allah s.w.t) dan bagi orang yang telah sampai bagi mereka ialah nur-nur al-muwaajahah (musyahadah atau saling berhadapan antara hamba dengan Allah s.w.t). Mereka yang pertama Itu adalah untuk nur-nur, sedangkan mereka yang telah sampai adalah nur-nur Itu buat mereka lantaran mereka ini adalah kerana Allah s.w.t bukan kerana sesuatu selain Nya. Katakanlah: Allah !” Kemudian biarkan mereka (orang banyak) bermain-main dalam kesesatan.



29:  Hijab menutupi diri dan alam ghaib:
Usaha kamu untuk menyingkap keaiban yang tersembunyi dalam diri kamu adalah lebih baik daripada usaha kamu untuk terbuka bagi kamu tirai ghaib.


30: Diri yang terhijab, Allah s.w.t tidak:
Al-haq ( Allah  s.w.t) tidak terhijab oleh sesuatu apa pun, sebaliknya Kamulah yang terhijab dari melihat kepada Nya. Jika Allah s.w.t dihijab oleh sesuatu tentu sesuatu itu dapat menutup Allah s.w.t. jika ada sesuatu yang menutup Allah s.w.t bermakna wujudnya dapat dikurung oleh sesuatu. Sesuatu yang mengurung adalah lebih berkuasa dari yang dikurung, Sedangkan Allah s.w.t berkuasa atas semua hamba Nya.


31: Sifat yang menyalahi ubudiyah:
Keluarlah dari sifat-sifat kemanusiaan yang bertentangan dengan ubudiyah supaya mudah bagi kamu untuk menyahut panggilan Allah dan mendekat ke hadrat Nya.


32: Redha atau tidak kepada nafsu punca maksiat atau taat:
Induk segala maksiat, syahwat dan kelalaian adalah redha terhadap nafsu dan sumber segala taat, terpelihara diri (dari syahwat) dan bangun (pada taat) adalah tidak redha kepada nafsu. Bersahabat dengan orang jahil yang tidak menurut hawa nafsu lebih baik Daripada bersahabat dengan orang alim yang tunduk kepada nafsu. Ilmu Apakah yang dapat dipanggil bagi orang alim yang ditawan oleh nafsunya, Sebaliknya kejahilan apakah yang dapat disebutkan bagi seseorang yang sudah dapat mengekang nafsunya.


33: Makrifat hati terhadap Allah s.w.t:
Terbuka mata hati memperlihatkan kepada kamu akan hampirnya Allah s.w.t. penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kamu akan ketiadaan kamu di samping wujud Allah s.w.t. penyaksian hakiki mata hati memperlihatkan kepada kamu hanya allah yang wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan kamu dan wujud kamu.


34: Allah Maha Esa, Sedia dan Kekal:
Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Nya. Dan, Dia kini adalah tetap sebagaimana adanya.



35: Al-Karim, tumpuan segala hajat dan harapan:
Jangan dilampaui niat tujuan kamu kepada selain Nya kerana Al-Karim tidak dapat dilampaui oleh sebarang harapan.


36: Hajat kepada Allah, hanya Dia dapat melaksanakannya:
Jangan diajukan hajatmu kepada selain Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mendatangkan hajat itu kepada kamu. Siapakah yang selain Allah s.w.t dapat mengangkat sesuatu yang diletakkan oleh Allah s.w.t? Barangsiapa yang tdak mampu melaksanakan hajat dirinya sendiri, bagaimana pula dia sanggup melaksanakan hajat orang lain.


37: Baik sangka terhadap Allah s.w.t:
Jika kamu belum mencapai baik sangka terhadap Allah lantaran Kesempurnaan sifat Nya, maka hendaklah kamu memperbaiki sangka terhadap wujud Nya kerana wujud Nya beserta kamu. Bukankah Dia tidak meletakkan kamu melainkan pada yang baik-baik dan tidak menyampaikan kepada kamu melainkan nikmat-nikmat Nya.


38:  Kesan daripada buta mata hati:
Keajaiban yang sangat ajaib adalah orang yang lari dari sesuatu yang tidak mungkin dia melepaskan diri daripada Allah dan dicarinya sesuatu yang tidak mungkin sentiasa menemaninya. Sesungguhnya bukan buta mata yang di kepala tetapi, buta mata yang dalam hati.


39:  Keluar daripada alam kepada Pencipta alam:
Jangan kamu berpindah dari satu hal alam kepada hal alam yang lain. Jika demikian kamu adalah umpama keldai yang berputar mengelilingi penggilingan, di mana ia menuju ke satu tujuan, tiba-tiba ia kembali kepada tempat permulaannya. Hendaklah engkau melintasi sempadan alam dan menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.


40: Sucikan maksud dan tujuan:
Perhatikan sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasul maka hijrahnya dalah kepada Allah dan rasul. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia Untuk mendapatkannya atau wanita untuk mengahwininya, maka hijrahnya terhenti pada tujuan hijrahnya itu”. Fahamilah sabda Rasulullah saw tersebut dan perhatikan persoalannya Jika kamu boleh memahaminya. Maka, selamatlah atas kamu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)