.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, May 19, 2015

Tanbihul Ghafilin : Bab Ghibah

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu
jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)." jawab Rasulullah s.a.w.

                         Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

                 Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah."
Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

                    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: "Ya Jibril, siapakah mereka itu?" Jawabnya: "Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.

                         Abul Laits berkata: "Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:

                         Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: "Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami." Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: "Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?"

Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: "katakan kepada mereka: "Kamu kini telah makan daging." Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: "Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging." Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: "Mereka kini telah makan daging." Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: "Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu." Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit."

                         Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ada orang-orang munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk." Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya."

                         Ketika ditanya kepada seorang hakim: "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?" Jawabnya: "Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."

                         Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?" Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami." Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk." Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa." Salman berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur." Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba'dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh tabba'dhukum ba'dha, a yuhibbu ahadukum an ya'kula lahma akhihi maita fakarih tumuuhu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."

                         Ibn Abbas r.a. berkata: " Ayat(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.  Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh keduanya: "Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk." Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: "Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya." Maka ketika telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk." Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Kami tidak makan lauk pauk." jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut kedua kamu." Berkata kedua mereka itu: "Kami tidak punya lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan daging orang mati?" Jawab keduanya: "Tidak." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya."

                         Alhasan Albashri diberitahu: "Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu." maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata kepadanya: "Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."

                        Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama, tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: "Orang biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti."

                       Abu Umamah Albahili r.a. berkata: "Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: "Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?" Jawab Allah s.w.t.: "Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak merasa."

                         Ibrahim bin Adham berkata: "Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana kelomananmu."

                         Seorang hakim berkata: "Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa."

                         Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal (merosakkan) ialah:

    1. Ghibah

    2. Dusta

    3. Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya

    4. memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya

Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua dosa-dosa.

                 Ka'bul Ahbaar berkata: "Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu: "Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama yang masuk neraka."

                   Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: "Bagaimana jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu menutupinya?" Jawab mereka: "Ya." Berkata Nabi Isa a.s. "Bahkan bertambah kamu buka yang belum terbuka." Mereka berkata: "Subhanallah, bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?" Nabi Isa a.s. berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa auratnya."

                 Khalid Arrib'i berkata: "Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu berkata kepadaku: "Makanlah." Saya jawab: "Saya disuruh makan daging babi!, Demi Allah saya tidak akan makan." Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: "Engkau telah makan yang lebih keji dari ini." Lalu dipaksakan daging babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku."

                        Sufyan bin Alhushain berkata: "Saya duduk bersama Iyaas bin Mu'awiyah, tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata Iyaas kepadaku: "Diam." Kemudian ia bertanya: "Hai Sufyan, apakah kau pernah memerangi Rom?" Jawabku: "Tidak." "Apakah kau telah berperang dengan Turki?" tanya Iyaas lagi. Jawabku: "Tidak." Lalu ia berkata: "Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu." Maka sejak itu saya tidak lagi berani ghibah."

                        Hatim Azzahid berkata: "Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:

   1. Membicarakan soal keduniaan semata-mata

   2. Ketawa keseronokkan

   3. Ghibah

                        Yahya bin Mu'aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:

   1. Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)

   2. Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya

   3. Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya

                         Mujahid berkata: "Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: "Untuknya dan untukmu mendapat seperti itu." sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya, maka Malaikat itu berkata: "Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu."

                        Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang berkata: "(Fulan) tidak datang." Lalu disambut oleh yang lain: "Itu memang berat (tidak biasa bergaul)." Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: "Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.

                        Seorang hakim berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iaitu:

   1. Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan

   2. Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka

   3. Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia

                        Wahb Almakki berkata: "Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah fisabilillah." Kemudian ia membaca: "(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.  Qul lilmu'minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya."

                        Abul Laits berkata: "Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya."

                        Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: "Saya telah ghibah membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab Ibn Sirin: "Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t." Seolah-olah Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

                        Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:

    Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong

    Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannya

    Minta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar

                        Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang berbunyi: "Faj tani'bur rijsa minal autsaan, waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): "Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik."

                        Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya berkata: "Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu." Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: "Mengapakah kau menceraikan isterimu?" Jawabnya: "Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya."

                        Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:

   1. Menyebut kekejaman raja yang zalim

   2. Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang

   3. Menyebut kesalahan ahli bida'ah jika disebut faham madzhabnya

Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kejahatan orang lacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya."  

                        Ghibah itu ada empat macam iaitu:

   1. Menyebabkan kufur (kafir)

   2. atau Munafiq

   3. atau Dosa

   4. atau Mubah berpahala

                        Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: "Ini bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.", maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya Kafir.

                        Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara' (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.

                        Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida'ah, maka ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kehajatan orang yang lacur supaya orang-orang berhati-hati daripadanya."

                        Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa diantara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya." Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: "Saya telah melaksanakan perintah." maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi: "

    Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.

    Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak

    Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya

    Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantupadanya meskipun kepadamu sendiri berhajat

    Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)