.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, May 9, 2015

Jangan Tipu Allah

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 142 mafhumnya:
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula membalas tipu daya mereka. Mereka pula berdiri hendak melakukan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka riya' kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali."

"Mereka menipu Allah seolah-olah yang mereka tipu itu adalah anak kecil."
(Imam As-Sakhtiyani)

Rasulullah saw bersabda:
"Janganlah kamu terjebak dengan apa yang dilakukan orang-orang yahudi, lalu kamu menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dengan tipu daya yang hina."
(Hadis Sahih:  Ibnu Taimiyah berkata di dalam Majmu' Al-Fatawa:  "diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dengan sanad yang hasan".

Ibnu Abbas r.a menceritakan bahawa Samrah telah memperniagakan arak sehinga Sayidina Umar berkata:
"Semoga Allah membinasakan Samrah. Apakah dia tidak tahu bahawa Rasulullah saw bersabda:  "Allah mengutuk kaum yahudi. Diharamkan ke atas mereka lemak, lalu mereka mengeringkannya dan memperniagakannya."
(Riwayat Al-Humaidi, Imam Bukhari dan Imam Muslim)

"Sepatutnya orang-orang yang bertaqwa kepada Allah dan takutkan hukuman Nya tidak berani menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dengan melakukan pelbagai jenis tipu daya. Dia sepatutnya mengetahui bahawa helah dan tipu daya samada berbentuk perkataan mahupun perbuatan tidak akan menyelamatkannya daripada Allah.
Dia sepatutnya mengetahui bahawa Allah memiliki hari di mana orang-orang terhormat menjadi hina, gunung-ganang dihancurkan, suasana mencengkam silih berganti, anggota tubuh badan menjadi saksi, rahsia akan terbongkar, sesuatu yang tersembunyi akan terzahir, sesuatu yang tertutup akan terbuka dan orang-orang yang tidak dikenali tiba-tiba dikenali. Apa yang tersembunyi di dalam dada akan dapat dilihat dan ia akan keluar sebagaimana isi kubur. Hukum Allah akan dijatuhkan berdasarkan maksud dan niat, sebagaimana ia dijatuhkan di dunia berdasarkan perkataan dan perbuatan yang zahir.
Pada hari tersebut wajah menjadi putih kerana hati pemiliknya dipenuhi dengan nasihat kerana Allah, rasul dan kitab Nya. Kebaikan, kejujuran dan keikhlasan kepada Allah. Ada juga wajah yang menjadi hitam kerana hati pemiliknya yang dipenuhi penipuan, pembohongan, helah dan tipu daya.
Di sana orang-orang yang menipu akan mengetahui bahawa mereka telah menipu diri mereka sendiri dan mempermainkan agama mereka. Tipu daya yang mereka lakukan hanyalah penipuan terhadap diri mereka sendiri, namun mereka tidak menyedarinya."
(Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah :  I'lam Al-Muwaqi'in 143)

Kata Muhammad bin Al-Hasan:
"Perbuatan melarikan diri daripada hukum-hukum Allah dengan menggunakan tipu daya yang membatalkan kebenaran tidak termasuk dalam akhlak orang-orang yang beriman."
(Fathul Bari 344)

Riwayat An-Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam setiap tubuh ada seketul daging. Jika ia baik, seluruh tubuh akan menjadi baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh akan menjadi rosak. Ketahuilah, ia adalah hati."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)