.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 11, 2015

Al-Quran suatu keindahan Mukjizat

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quraan, dan sesungguhnya Kami (pulalah) yang memeliharanya."
(Al-Hijr:9)

Daripada ka’ab bin malik r.a.meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :

‘’ orang mukmin yang membaca al-quran dan mengamalkan isinya ibarat buah limau manis, rasanya sedap dan berbau harum. Sedangkan orang mukmin yang tidak membaca al- quran tetapi mengamalkan isinya ibarat buah kurma, rasanya sedap dan manis tetapi tidak berbau. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-quran ibarat minyak wangi yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orang munafik yang tidak membaca al-quran ibarat buah khanzalah yang rasanya pahit dan berbau busuk’’
(hadith riwayat al-bukhari, muslim, ahmad dan lain-lain)

Dan rumahtangga yang tidak membaca al-quran, rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

‘’banyakkan membaca al-quran di rumah-rumah kamu kerana sesungguhnya rumah di dalamnya tidak dibaca al-quran itu sedikit kebaikannya, banyak keburukannya dan menyempitkan atas yang mendiaminya’’
(hadith riwayat ad-daruquthni)

FADHILAT AL-QURAN

عن سعيد بن سليم رضي الله عنه مرسلا قال : قال رسول الله (ص) : ما من شفبع أفضل منزلة عند الله يوم القيامة من القرآن لا نبي ولا ملك غيره.
(قال العراقي رواه عبد الملك بن حبيب كذا في شرح الإحياء)

Dari Sa'id bin Sulaim rah. telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t melainkan Al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain"

(Riwayat 'Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya 'Ulumuddin)

Kenyataan bahawa Al-Quran pemberi syafaat dan kedudukan syafaat Al-Quran adalah tinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadith yang lain juga. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menjadikan al-Quran itu pemberi syafaat kepada saya dan anda juga. Semoga Allah s.w.t tidak menjadikan Al-Quran sebagai penentang atau pendakwa terhadap kita.Dalam kitab La-aalie Masnu'ah telah diriwayatkan daripada Bazzar bahawa terdapat sebuah hadith yang tidak termasuk dalam hadith maudhu' (palsu), "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan semasa keluarganya masih sibuk menguruskan pengkafanan dan pengkebumiannya, seorang yang sangat kacak akan berdiri di kepala mayat itu. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan berada di antara dada mayat dan kain kafan. Apabila mayat itu telah selesai di kebumikan, orang ramai pun pulang dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Mereka cuba memisahkan orang kacak itu daripada mayat tersebut supaya perantaraan dapat dibuat tanpa sebarang gangguan. Namun orang kacak itu akan berkata, "Dia adalah teman saya, dia adalah sahabat saya. Saya tidak akan meninggalkannya berseorangan dalam apa-apa keadaanpun. Sekiranya kamu diperintahkan untuk menyoalnya maka jalankanlah tugas kamu. Saya tidak akan berpisah dengannya sehinggalah saya membawanya masuk kedalam syurga." Selepas itu dia akan berpaling kepada temannya itu lalu berkata, "Sayalah Al-uran yang kadang-kadang kamu membaca dengan suara yang kuat dan kadang-kadang dengan perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas persoalan Munkar dan Nakir engkau tidak akan ada apa-apa kebimbangan lagi." Apabila pertanyaan selesai, orang kacak itu akan menyediakan hamparan dan sebagainya dari al-malai'l-A'ala (malaikat-malaikat di langit). Hamparan itu daripada sutera dan dipenuhi dengan kasturi.

FADHILAT AL-QURAN

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله (ص) : ان الله أهلين من الناس : قالوا  : يا رسول الله من هم ؟ قال : اهل القرآن هم أهل الله وخاصته.
(رواه النسائي وابن ماجه والحاكم واحمد )

Dari Anas bin Malik r.a  dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli daripada kalangan manusia." Para sahabat bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah?". Baginda menjawab : " Orang Al-Quran adalah ahli-ahli Allah dan orang Allah s.w.t yang istimewa."
(Riwayat An-Nasa'i, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Ahmad)

Orang Al-Quran:
Orang yang sibuk membaca Al-Quran dan mempunyai hubungan yang istimewa denam Al-Quran. Maka merekalah ahli-ahli Allah yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Apabila seseorang yang sibuk dengan Al-Quran, maka kasih sayang Allah akan sentiasa tertumpu kepadanya. Sesiapa yang sentiasa bersama Al-Quran maka dialah orang itu dan menjadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.

"sewaktu imam membaca ayat Al-Quran kepadamu, kamu seakan hidup bersamanya, menyemak bacaan Quran yang menakjubkan itu. Hendaklah kamu renungkan keadaan manusia pada hari kiamat dan di padang masyar seperti keadaan mereka pada waktu solat."
( Ibnul Qayyim r.a.)

Riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فيه سُورَةُ الْبَقَرَة
ِ
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”.
(Riwayat Imam Muslim)

Daripada Aisyah r.a; telah bersabda RASULULLAH SAW.

“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al Quran yang mulia.”

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding solat sebesar-besar ibadat dari segi geraklaku atau perbuatan.

2. Pahala membaca al Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

5. Pahala membaca satu huruf dari al Quran – Dalam solat – 100 kebajikan. Di luar solat berwuduk – 50 kebajikan, Tanpa wuduk – 10 kebajikan

6. Pembaca al Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.

7. Keselamatan daripada api neraka.

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.

9. Di hari kiamat, al Quran menjadi pembela.

10. Pembaca akan memperolehi keamanan.



Dari Ubay bin Ka'ab ra. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berada di Bani Ghifar, datanglah Jibril as. berkata : Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau untuk membacakan Al-Quran kepada umatmu atas satu huruf (Qira'at). Baginda s.a.w bersabda : Aku memohon kepada Allah akan maaf dan keampunan Nya, kerana sesungguhnya umatku tidak mampu atas yang demikian itu. Jibril datang untuk kedua kalinya dan berkata : Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau agar membacakan Al-Quran kepada umatmu atas dua huruf (Qira'at). Beliau bersabda : Aku mohon kepada Allah akan maaf dan keampunan Nya, kerana umatku tidak mampu atas yang demikian itu. Kemudian Jibril datang pada beliau untuk ketiga kalinya, lalu berkata : Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memerintahkan engkau untuk membacakan Al-Quran kepada umatmu atas tiga huruf (Qira'at). Beliau bersabda : Sesungguhnya umatku tidak mampu atas yang demikian itu. Kemudian Jibril datang kepada beliau keempat kalinya, lalu ia berkata : Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memerintahkan engkau untuk membacakan Al-Quran kepada umatmu atas tujuh huruf (Qira'ah), huruf (Qira'ah) manapun (dari tujuh itu) yang mereka baca maka mereka telah betul. (Hadits ditakhrij oleh An Nasa'i.)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)