.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, May 12, 2015

BERSABAR KETIKA MENGHADAPI MUSIBAH

Imam Hasan al-Basri berkata :
“Sesungguhnya Allah memaafkan kamu dalam kekeliruam dan kealpaan dan yang dipaksakan kepadamu, dan apa yang kamu tidak kuat untuk melaksanakannya, dan dihalalkan kepadamu dalam keadaan darurat apa-apa yang diharamkan ke atas kamu, dan telah memberi kamu lima :

1. Memberi kepadamu kekayaan dari kurnia Nya kemudian Allah meminjam dari kamu, maka kamu berikan dengan rela hati, maka apa yang kamu berikan dengan relah hati itu dilipat gandakan kepadamu dari sepuluh hingga tujuh ratus bahkan sehingga tidak dapat dihitung.
2. Mengambil daripadamu dengan paksa, tetapi kamu rela dan sabar, maka Allah memberikan kepadamu salawat dan rahmat.
3. Jika kamu bersyukur maka akan ditambah.
4. Andaikan kamu berbuat dosa sehingga kafir, kemudian bertaubat kepada Allah, maka Allah tetap mengampunkan dan mencintaimu. Sebagaimana firman Allah : “Inna Allaha yuhibbut tawwabina wayuhibbul mutathohirin (Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat dan suka pada orang-orang yang suci).
5. Andai Jibril dan Mikail diberi sebagaimana yang diberikan kepadamu, nescaya akan berasa luar biasa mendapat pemberian itu, iaitu : “Ud’uuni astajib lakum ( Mintalah kepada Ku, nescaya Aku terima permintaanmu).

Rasulullah saw bersabda :
“Sabar itu ada tiga :
1. Sabar menjalankan taat
2. Sabar menghadapi musibah
3. Sabar meninggalkan maksiat
Maka siapa yang sabar atas penderitaan musibah sehingga ditolaknya dengan hiburan yang baik, maka dicatatkan bagi tiga ratus darjat. Dan siapa yang sabar berbuat taat, maka dicatat baginya enam ratus darjat. Dan siapa yang sabar meninggalkan maksiat dicatat baginya sembilan ratus darjat.”

Kata Ibnu Abbas r.a :
“Pertama yang tertulis di Luh Mahfuz ialah : Akulah Allah yang tiada Tuhan kecuali Aku, dan Muhammad utusan Ku, siapa yang menyerah kepada keputusan Ku, Aku catat ia seorang Siddiq dan Aku bangkitkan pada hari kiamat bersama Siddiqiin. Dan barangsiapa yang tidak menerima keputusan Ku dan tidak sabar dengan ujian Ku dan tidak mensyukuri nikmat Ku, maka hendaknya ia mencari Tuhan selain Aku.”

Ali bin Abi Talib r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
‘Sesiapa yang berasa tertimpa musibah, maka hendaklah mengingati musibah (kehilangan) aku, kerana itu termasuk musibah yang terbesar.”

Ali bin Abi Talib r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang rindu kepada syurga segera berbuat kebaikan, siapa yang takut dari neraka lupa pada salawat, dan siapa yang ingat mati meninggalkan kesenangan, dan siapa zahid di dunia ringan baginya segala musibah.”

Dalam kitab lain yang mempunyai pernyataan enam baris :
“1. Siapa yang berpagi-pagi susah memikirkan dunia, maka ia pagi-pagi mendapat murka Allah.
2. Siapa yang mengeluh kerana musibah, maka ia mengeluhkan Tuhannya.
3. Siapa yang tidak menghiraukan dari mana datang rezeki, maka Allah tidak menghiraukan dari mana pintu neraka ia aian masuk.
4. Siapa yang berbuat dosa sambil tertawa, maka dia akan masuk ke neraka sambil menangis.
5. siapa yang sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah akan mencabut rasa takut kepada akhirat dari hatinya.
6. Siapa yang merendah diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka akan selalu terbayang di matanya akan kemiskinannya.

Abu Laits (Nasher) bin Muhammad bin Ibrahim As-Samarqandi berkata :
“Seharusnya orang yang berakal memikirkan pahala musibah kelak jika diterimanya pada hari kiamat, yang mana ketika itu, andaikan semua keluarga dan kerabatnya mati sebelumnya supaya mendapat pahalanya musibah yang telah dijanjikan Allah kepada tiap orang yang sabar. Sepertimana firman Allah :
 وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦ أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ﴿١٥٧


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 155 - 157 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)