Suatu kisah daripada Rasulullah saw, sabdanya :
“ Berlaku sekumpulan Bani Israil sehingga mereka sampai ke satu tanah
perkuburan, lalu mereka berkata : Andai kata kita bersembahyang di sini
kemudian kita berdoa kepada Tuhan supaya keluar salah seorang
yang telah mati
di tanah perkuburan ini kemudian ia menerangkan kepada kami bagaimana keadaan
kematian, maka sembahyanglah mereka dan berdoa, tiba-tiba ada seseorang yang
mengeluarkan kepalanya dari salah satu kubur dengan rupa yang hitam. Lalu ia
bertanya : Hai kaum, apakah maksudnya, Demi Allah aku telah mati selama
sembilan puluh tahun, namun sehingga kini masih juga belum hilang kesakitan
rasa pedihnya mati, kerana itu berdoalah kamu kepada Allah untuk mengembalikan
aku sebagaimana tadi. Padahal orang itu di antara kedua matanya ada tanda bekas
sujud.”
Dan Abu Laits As-Samarqandi berkata :
“Siapa yang meyakini akan mati maka seharusnya bersiap sedia dengan
melakukan amal yang soleh dan meninggalkan amal kejahatan, kerana ia tidak
mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya. Sedangkan Nabi Muhammad saw
telahpun menerangkan kepada ummatnya supaya benar-benar bersedia untuk
menghadapinya dan supaya mereka bersabar dan tabah menghadapi penderitaan di
dunia, kerana penderitaan di dunia adalah termasuk seksa dunia, sedang seksa
dunia itu lebih ringan berbanding dengan seksa akhirat, sedang maut termasuk
dari seksa akhirat.”
Suatu peribahasa Persia
mengatakan :
“Jika engkau masih kecil, engkau bermain bersama anak-anak kecil dan
bila telah remaja lupa kerana banyaknya hiburan, lalu bila tua, lemah dan tidak
kuat, maka bilakah engkau akan beramal untuk Allah kerana bila telah mati tidak
akan dapat berbuat apa-apa bahkan semua amal perbuatan telah berhenti. Maka
itu, harus engkau gunakan sebenar-benarnya masa hidup untuk segala sesuatu yang
akan membawa keselamatan di dunia dan akhirat, dan bersiap sedia menghadapi mau
yang bila-bila masa saja akan datang kepadamu.”
Sayidina Umar r.a berkata kepada Ka’ab r.a:
“ Terangkanlah kepada kami tentang maut. Ka’ab berkata : Maut itu
bagaikan pokok yang berduri yang dimasukkan ke dalam tubuh anak Adam. Maka duri
itu berkait dengan urat, alu dicabut oleh seorang yang kuat dan gagah sehingga
dapat memutuskan apa yang terputus dan meninggalkan apa yang masih tinggal.”
Sayidina Ali bin Abi Talib r.a pula berkata :
“Rasulullah saw melihat Malaikat Maut di dekat kepala seorang sahabat
anshor, maka Baginda saw bersabda kepada Malaikat Maut : Kasihanilah sahabatku
ini, kerana dia seorang mukmin. Malaikat maut menjawab : Terimalah khabar baik
wahai Muhammad, bahawasanya aku sangat belas kasihan kepada setiap mukmin, demi
Allah wahai Muhammad, aku mencabut roh seorang anak Adam, maka apabila ada
orang yang menjerit dari kalangan keluarganya, aku katakan : Mengapa menjerit?,
demi Allah kami tidak berbuat aniaya dan tidak pula mendahului ajalnya, kami
kami tidak bersalah mencabut rohnya, maka bila kamu rela dengan hukum Allah
kamu akan mendapat pahala, tetapi jika kamu mengeluh dan murka maka kamu akan
berdosa. Janganlah kamu mencela kami, kerana kami tetap akan kembali, maka
berhati-hatilah kamu. Dan tiada penduduk di dalam rumah batu atau kayu, kain
bulu di darat atau di laut melainkan aku perhatikan wajahmu setiap lima kali,
sehingga aku mengenali mereka lebih dari diri mereka sendiri. Demi allah wahai
Muhammad, andai aku mencabut roh nyamuk, tiada dapat kecuali mendapat perintah
dari Allah untuk mencabutnya.”
Seorang Hukama menyatakan :
“Tiga perkara yang tidak patut dilupakan oleh seorang yang berakal
iaitu :
1. Rosaknya dunia dan perubahan-perubahannya.
2. Maut
3. Kerosakan-kerosakan di dunia yang tidak dapat dielakkannya.”
“Empat perkara yang tidak dapat menilai dan merasakannya kecuali empat
:
1. Harga waktu muda tidak diketahui kecuali orang yang telah tua
2. Harga kesihatan tidak diketahui kecuali orang yang sakit
3. Harga keselamatan tidak diketahui kecuali yang yang terkena bala
4. Harga dan nilai hidup tidak diketahui benar-benar kecuali
orang-orang yang telah mati.”
(Hatim Al-Asham)
“Jika mengingati mati, maka ia tidak dapat berbuat apa-apa selama
beberapa hari. Bahkan jika ditanya masalahnya, hanya menjawab : Tidak tahu.”
(Sufyan At-Tsauri)
Syaqiq bin Ibrahim berkata :
“Orang sependapat denganku dalam empat perkara, akan tetapi perbuatan
mereka bertentangan dengan apa yang mereka bersependapat denganku itu;
1. Mereka mengaku hamba Allah, tetapi berbuat seperti orang yang bebas
merdeka
2. Mereka mengaku Allah menjamin rezeki, tetapi hati mereka tidak
tenang bila kekayaan tidak ada di tangan mereka
4. Mereka mengatakan akhirat lebih baik dari dunia, tetapi mereka
berlumba-lumba mengumpulkan harta untuk dunia semata-mata
5. Mereka mengaku yang mati itu adalah kepastian, tetapi mereka
berbuat seperti orang yang tidak akan mati.”
Abdullah bin Amr bin Al-Ash berkata :
“Ayahku sering berkata : Aku hairan terhadap orang yang sihat akalnya
dan lidahnya ketika dihinggapi maut, kenapa tidak suka menerangkan sifat maut
itu?. Kemudian ia dalam sakaratul maut, padahal masih sedar akalnya. Aku
berkata kepada ayahku: Ayah, ayah dahulu hairan terhadap orang yang sihat akal
dan lidahnya mengapa tidak menceritakan tentang hal maut?. Jawab ayahku :
Anakku, maut itu sangat negri dan dahsyat, tidak dapat disifatkan, tetapi aku
akan menerangkannya kepadamu. Demi Allah ia bagaikan Bukit Radhwa di atas
bahuku, sedang rohku seakan keluar dari lubang jarum, dalam tubuhku seolah-olah
ada pohon yang berduri, langit seakan rapat dengan bumi sedangkan aku berada di
tengahnya. Wahai anakku, sebenarnya aku telah mengalami tiga masa :
Pertama : Aku seorang yang kafir dan berusaha untuk membunuh Muhammad,
maka alangkah celakanya diriku jika aku mati ketika itu.
Kedua : Aku mendapat hidayah sehingga memeluk islam dan terlalu
mencintai Muhammad sehingga aku dilantiknya untuk memimpin tentera yang
dikirimkannya, maka alangkah bahagianya jika aku mati ketika itu, nescaya aku
mendapat doa restu dari Rasulullah saw.
Dan Ketiga : Kami sibuk dengan urusan dunia, maka itu aku tidak
mengetahui keadaanku di sisi Allah.
Maka aku berkata kepada ayahku : Maka aku belum bangun dari tempatnya
sehingga mati di ketika itu.”
Sahabat-sahabat Rasulullah saw, Abu darda’ atau Salman Al-Farisi atau
Abbu Dzar r.a berkata :
“ Tiga perkara yang mengagumkan aku sehingga aku tertawa dan tiga
perkara pula yang menyedihkanku sehingga aku menangis. Adapun yang mengagumkan
itu :
1. Orang yang panjang angan-angan hidupnya padahal ia dikejar maut dan
sama sekali tidak memikirkan tentang mati
2. Orang yang lupa terhadap maut padahal maut tidak pernah lupa
kepadanya
3. Orang yang sering ketawa padahal ia belumpun mengetahui apakah
Allah redha atau murka terhadapnya.
Adapun yang membuatkan aku menangis :
1. Berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw
2. Memikirkan dahsyatnya maut bila tiba waktunya
3. Memikirkan apabila di hadapan Allah kelak, akan diperintahkan ke
mana aku?, apakah ke syurga ataukah ke neraka.”
Abu Hamid Allafaf berkata :
“Siapa yang sering ingat mati, maka akan dimuliakan dengan tiga
perkara : Segera bertaubat, menerima terhadap rezeki (tidak tamak) dan kuat
beribadah. Sedang yang selalu lupa akan mati pula akan diberikan tiga perkara :
Menunda-nunda taubatnya, tamak dalam rezekinya dan malas beribadah.”
Sesungguhnya Nabi Isa bin Maryam a.s diberikan mukjizat oleh Allah
boleh menghidupkan orang yang telah mati. Maka baginda ditegur oleh orang kafir
:
“Engkau hanya boleh menghidupkan orang yang baharu mati, kemungkinan
orang itu belum benar-benar mati, cubalah engkau hidupkan orang yang telah mati
dulu-dulu itu. Nabi Isa a.s berkata : Kamu pilihlah sendiri siapa yang kamu
minta aku hidupkan. Mereka berkata : Hidupkanlah Sam bin Nuh a.s. Maka Nabi Isa
a.s pergi ke makamnya dan bersolat dua rakaat serta berdoa kepada Allah. Maka
Allah menghidupkan Sam bin Nuh a.s yang mana rambut serta janggutnya telah
putih. Maka mereka bertanyakan Sam bin Nuh a.s : Kenapa engkau beruban padahal
pada waktu kematianmu engkau tidak mempunyai uban?. Lalu Sam bin Nuh a.s
menjawab : Ketika aku mendengar panggilan untuk keluar dari kuburku ini, aku
fikir telah tiba hari kiamat, kerana itu rambutku menjadi putih kerana takut
yang amat sangat. Mereka bertanya lagi : Berapa lama engkau mati?. Sam bin Nuh
a.s menjawab : Sejak empat ribu tahun dan kesakitan serta kepedihan maut masih
belum hilang.”
Seorang ulama sufi yang terkenal dan hebat Ibrahim bin Adham R ketika
ditanya :
“Kenapa engkau tidak mengajar? Dia menjawab : aku masih sibuk empat
urusan, bila selesai empat urusan ini, maka aku akan mengajar. Ditanya : apakah
empat urusan itu?, dia menjawab :
1. Aku sedang memikirkan Yaumul Mitsaq ketika Allah menentukan anak
Adam : Mereka ini untuk syurga dan mereka ini untuk neraka, aku tidak
mengetahui aku termasuk golongan yang mana.
2. Aku sedang memikirkan kejadian manusia ketika berada dalam rahim
ibunya, ketika diberikan roh, Malaikat disuruh mencatat untung atau celaka, aku
juga tidak mengetahui dari dari golongan mana.
3. Ketika Malaikat Maut datang kepadaku lalu bertanya kepada Allah,
apakah roh orang ini digolongkan roh orang muslimin atau roh orang kafir, aku
juga masih tidak mengetahui bagaimana jawab Allah kepada Malaikat Maut terhadap
rohku.
4. Aku memikirkan ayat :
|
“Berpisahlah kamu hari ini wahai orang-orang yang derhaka.”
(Surah Yasin : 59)
Aku belum mengetahui golongan yang manakah aku ini.”
Sahabat Rasulullah saw, Abu Darda’ r.a berkata :
“ Aku suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tanda Tawadhu’
merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka kepada penyakit kerana itu sebagai
penebus dosaku. Aku juga suka kepada mati, kerana rindu kepada Tuhan ku.”
Abdullah bin Mas’ud r.a berkata :
“ Tiada seorang yang hidup melainkan mati itu lebih baik baginya. Jika
ia baik, maka firman Allah : “Wama indAllahi khoirun lil abrar.” Apa yang
disediakan Allah lebih baik bagi orang yang berbuat taat. Dan ia derhaka, maka
firman Allah : “ Innama numlii lahum liyazdaaduu itsma walahum ‘adzabun muhim”.
Seseungguhnya kemi membiarkan mereka supaya mereka bertambah dosa dan untuk
mereka tersedia seksa yang sangat hina.”