.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, May 13, 2015

TANDA KIAMAT : SUATU KEGANJILAN DI AKHIR ZAMAN

TANDA TANDA KIAMAT, ISLAM MENJADI DAGANG, AKHLAK MANUSIA HILANG, BERAGAMA SEPERTI MENGGENGGAM BARA.

Baginda Rasulullah saw bersabda :
★ Akan tiba masanya ke atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dalam solat akan hilang.
★ Akan tiba masanya ke atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut. 
★ Akan Tiba masanya ke atas ummat ku  banyak berlaku gempa bumi.
★ Akan tiba masanya ke atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenali sahaja.
★ Akan tiba masanya ke atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
★ Akan tiba masanya ke atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ? Jawab Nabi saw menjawab, "Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan HARI KIAMAT.

☞ Hari-hari yang sangat Ganjil.... ibu dan  bapa hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yang cantik sahaja terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.

☞ Hari-hari yang sangat ganjil.... Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yang diberi tidak berpatutan /sedikit.  Namun mereka lupa sesungguhnya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan keberkatan dari rezeki yang haram.

☞ Hari-hari yang sangat ganjil..... Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat fardhu.

☞ Hari-hari yang sangat Ganjil..... Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika untuk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit...  sedang mereka tidak tahu bahawa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

☞ Hari-hari yang sangat ganjil..... Kita  bersungguh-sungguh berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yang enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayarnya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma ke dalam  tabung masjid, kita akan memilih wang kita yang paling kecil sekali untuk dimasukkan ke dalam tabung derma.

☞ Hari-hari yang  sangat ganjil..... Kita tentukan waktu sebelum tidur takut terlambat bangun untuk  bekerja.  Namun kita lupa tentukan waktu untuk bangun   menghadap Allah ketika solat subuh.

☞ Hari-hari  yang sangat ganjil....  Kita saling caci-mencaci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada  malaikat pengawas yang selalu hadir".

☞ Hari-Hari yang sangat ganjil....  Kita mengeluh dari banyaknya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

☞ Hari-hari yang sangat ganjil.... Ibu dan bapa membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah-fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur dan dosa serta pahala lain-lain sehingga kita lupa bahawa firman Allah "Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya tentang orang yang kamu pimpin"....

☞ Hari-hari yang sangat ganjil.... Buku agama semakin banyak, para ustaz semakin ramai tetapi keadaan agama tidak menjadi semakin baik dan masyarakat islam susah bersatu.

HAKIKATNYA, AGAMA SEMAKIN PELIK APABILA RUNTUHNYA ILMU-ILMU YANG MEMBERI KESAN KEPADA HATI. BERAGAMA SEPERTI MENGGENGGAM BARA KERANA ILMUNYA HANYA PADA TULISAN TETAPI TIDAK MERESAP KE DALAM HATI.

والله تعالى اعلم

YANG BENAR ITU ADALAH HAK ALLAH DAN KHILAF ITU ADALAH DARIPADA HAMBA NYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)