PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W.
1. ISU
DAN MASALAH
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima surat aduan bertulis
mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad
S.A.W yang disiarkan
dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat).
Persoalan tersebut telah dijawab
secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari sebuah IPTS. Dengan
menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut menyimpulkan bahawa ibu
Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam keadaan bukan dalam Islam dan
kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab.
Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di
kalangan umat Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji
semula. Berikut adalah sanggahan terhadap isu tersebut.
2.
PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI
DI DALAM NERAKA
2.1. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh
Muslim dengan lafaz:
عَنْ حََمَّ ادِ بْنِ
سَلَمَةَ عَنْ
.یََارَ سُوْ لَ ﷲِأَ یْنَ أَبِِي؟ قَالَ : فِِي
النَّ ارِ، فَلََمَّ ا قََفَّ ى دَعَاهدَعَاهُ، فَقَالَ : َّ ِإِن أَبِِي وَأَبَاكَ فِِي النَّ ارِ :ثَابِتٍ عَنْ أَ نَسٍ أَ َّ َن رَجُلاً قَالَ
Daripada Hammad ibn Salamah daripada
Thabit, daripada Anas ibn Malik RA:
“Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W.
"Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab,
"Di dalam neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W.
memanggilnya lalu berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”
Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz
hadith secara harfiah: “Sesungguhnya
bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Tanpa meneliti dengan lebih mendalam
pelbagai disiplin ilmu, maka dengan tergesagesa beliau menyatakan bahawa
ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS menyanggah pandangan
tersebut di atas. Jika diteliti dalam kesepakatan para ahli hadith, mereka
mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. itu ialah
seorang A’rabi (Badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang
menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada Thabit.
Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang
diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai
lafaz: إِنَِّ أبَِِي وَأَبَاكَ فِِي النَّ ارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam
neraka.”
Berdasarkan maksud hadith berkenaan jelaslah bahawa lafaz di atas tidak
disepakati oleh para perawi hadith.
Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih
diyakini dari aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah
seorang yang lebih terpelihara hafazannya dan dia tidak menerima sebarang
kritikan dari ulama Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al-Bukhari dan Muslim
bersepakat dalam menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza
dengan situasi Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi
al-Bukhari.
Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sahih Muslim di atas adalah dari lafaz Nabi S.A.W. sendiri, maka ia
tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam menghukum kekufuran ayah Nabi S.A.W.
kerana ‘illah dari aspek matan
menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W. menggunakan teknik dan kaedah yang
membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan terkawal.
Rasulullah S.A.W. menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi kedua-dua bapa
untuk tujuan-tujuan tertentu. Di antaranya:
a) Tujuan
menyemarakkan semangat mendalami ajaran Islam. Apabila
Rasulullah S.A.W. menyatakan
persamaan kedudukan kedua-dua bapa mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan
tautan hati lelaki A’rabi terhadap Rasulullah S.A.W. dan lebih bersemangat
untuk mendalami ajaran
Islam.
b) Tujuan
mengelak kontroversi ke agama asal. Sekiranya Rasulullah S.A.W.
menyatakan bahawa bapa A’rabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa Baginda
S.A.W. di dalam syurga, maka lelaki A’rabi itu akan merasakan jurang perbezaan
di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan menyebabkan lelaki
A’rabi tersebut menjauhi Islam serta kembali murtad.
c) Tujuan
menang-menang. Sekiranya Rasulullah S.A.W. membezakan
kesudahan bagi kedua-duanya,
dikhuatiri lelaki A’rabi yang terkenal dengan sikap degil dan keras hati akan
mengeluarkan kata-kata sumpahan dan cacimaki terhadap Rasulullah S.A.W. yang
bakal mengundang laknat dan kemurkaan Allah S.W.T.
d) Tujuan
dakwah secara bijaksana. Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. bertujuan untuk mengelakkan
fitnah dan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap kaum A’rabi dan kaum
kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki
A’rabi tersebut memeluk Islam.
Sekiranya dikaji dengan lebih luas lagi, terdapat banyak lafaz-lafaz
dari hadith Nabi S.A.W. yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi
S.A.W. adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia
sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya. Apabila berurusan dan berbicara
dengan orang Arab Badwi, maka mu’amalah Nabi S.A.W. lebih lembut, mengalah,
bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama memahami
serta mendalami Islam.
Selanjutnya jika dikaji secara teliti,
terdapat pandangan daripada Hafiz al-Suyuti mengatakan bahawa hadith sahih yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim ini diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan
makna, bukan dengan lafaz.
إِِنَّ أبَِِي وَأبََاكَ فِِي النَّ ارِ :Manakala lafaz itu
berbunyi
Ianya merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan
hadith yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak
kedapatan lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.
Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan
oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-
Tabrani di dalam
kitab al-Mu’jam al-Kabir dengan sanad
rijal yang sahih,
أَنََّ أَعْرَابِیًّّا أتَََى النَّ بِيَِّ (ص) فَقَالَ : یََارَ سُوْ لَ ﷲِأَ یْنَ
أبَِيِ؟ قَالَ : فِيِ daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas:
.النَّ ارِ . قَالَ :
فَأیَْنَأ بَُوْ كََ؟ قَالَ : حَیْثُمَ رَرْتَبِ قَبْرِ كَافِرٍفَ بََشِّ رْهُ
بِِالنَّ ارِ
Maksudnya, “Sesungguhnya seorang A’rabi datang bertemu Nabi S.A.W. lalu bertanya,
"Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab,
"Di dalam neraka." Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, "Di
mana pula bapamu?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tatkala kamu berjalan
berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam neraka.”
Hadith yang diriwayatkan dari Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas
menerangkan bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah S.A.W. ini
adalah seorang badwi. Disebabkan oleh Badwi tersebut dikhuatiri akan murtad
kerana imannya belum mantap, kefahamannya mengenai Islam masih cetek. Kerana
itu, secara psikologi Rasulullah S.A.W. menjawab sedemikian.
Para
ulama menyatakan bahawa lafaz “Abi”
di dalam riwayat Muslim bukanlah ditujukan kepada Abdullah kerana tradisi
masyarakat Arab ialah mereka memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan
gelaran “Abi”. Ini yang harus
difahami dengan jelas oleh para penafsir hadith.
3.
RUMUSAN
3.1. Jika
diteliti kesimpulan yang diberikan oleh pendakwah dari IPTS itu, beliau
menegaskan bahawa berdasarkan hadith-hadith sahih yang dipetik dari Bukhari dan
Muslim, jelaslah ibu bapa Nabi meninggal dunia berstatus kafir. Walaupun hadith
tersebut sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadith
ini tidak boleh difahami secara zahir
semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku ketika penafsir
berinteraksi dengan hadith. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum
daripada sesuatu hadith. Terdapat juga kaedahkaedah tertentu dalam memahami
teks hadith itu sendiri yang perlu dipatuhi.
3.2.
Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami sesuatu teks hadith, jelaslah
bahawa penafsiran hadith di atas tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa
Nabi S.A.W. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir
hadith ini tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Antaranya, ayat-ayat
yang mensabitkan bahawa Nabi
S.A.W. adalah berasal daripada
keturunan yang mulia dan terpelihara seperti dalam Surah al-Syu’ara' 26 : 219
yang bermaksud, "dan (Allah melihat)
pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a,
seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam
tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa
Nabi sa.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek
moyang yang sujud dan beriman.
3.3. Maksud
zahir hadith ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran.
Hal ini menurut satu kaedah bahawa
Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya
untuk menyampaikan agama yang benar. Lihat al-Qur’an Surah al-Isrā' 17 : 15,
Surah al-An’ām 6 : 131, Surah al-Syu’arā' 26 : 208 dan Surah al-Nisā' 4 : 165.
Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim
kepada kaum Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kebangkitan Baginda. Lihat juga Surah
Sabā' 34 : 44 dan Surah al-Qasas 28 : 46. Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi S.A.W. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul
yang terdahulu ataupun tergolong dalam
kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka
yang berada di zaman yang tiada rasul,
menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak
akan diazab.
3.4. Adalah
menjadi suatu kewajipan bagi semua umat Islam termasuk para pendakwah hendaklah
meneliti sesuatu hukum itu dengan mendalam dan mengambil kira kesan positif
terhadap umat Islam sejagat. Pandangan yang bersifat membina kekuatan umat
Islam lebih afdal berbanding mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat
merendahkan maruah umat Islam di kalangan bukan Islam. Adalah lebih baik dan
berakhlak dengan mencontohi akhlak seperti yang ditunjukan dalam al-Qur`an.
Jika
diteliti dalam al-Qur`an, terdapat satu ayat berbunyi: إِ َّ ِن الَّ ذِیْ یُنَؤْ ذُوْ نَ ﷲَوَ رَسُوْ لَھُ
لَ عَنَھُمُ ﷲُ فِِي الدُّ
نْیََا وَالآخِرَةِ وَأَعََدَّ لَھُمْ
عَذَابًًا مُّ ھِیْنًًا
Maksudnya “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat
oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang
menghinakan.”
Dalam
satu kenyataan yang lain disebut : Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan
Rasulullah S.A.W. selain menyatakan bapa Baginda diazab di dalam neraka.
Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa
umat
Islam diperintahkan supaya sentiasa
menjaga adab dan menghormati Nabi S.A.W. dan ahli keluarga termasuk kedua ibu
bapanya. Umat Islam tidak dibenarkan untuk menyakiti hati Rasulullah S.A.W.
dengan mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara tulisan mahupun secara
lisan. Adalah amat tidak beradab bagi orang yang sanggup mengeluarkan kata-kata
yang secara langsung menyakiti ibu bapa Rasulullah S.A.W. dengan berpandukan
hadith-hadith seperti yang dinyatakan di atas.
3.5. Justeru, JAIS berpandangan, ibu bapa
Rasulullah S.A.W. mati dalam keadaan tidak
diazab dan tidak dimasukkan dalam neraka kerana berpandukan ayat
al-Qur`an Surah Al-Isra 17 : 16 yang maksudnya : “Dan Kami tidak akan mengazab seseorang pun kecuali telah sampai padanya
utusan (dakwah) dan dia enggan menerima”.
3.6. Dalam
istilah yang lebih mudah difahami, dapat dikatakan bahawa kedua ibu bapa Nabi Muhammad iaitu
Aminah dan Abdullah termasuk dalam golongan ahli fatrah iaitu golongan manusia
yang tidak sampai dakwah dan golongan tersebut
tidak diazab oleh Allah S.W.T.
Sementara itu, kebanyakan ulama Shafie berpendapat bahawa ibu bapa Nabi
dan ahli keluarganya sebelum kedatangan Islam, adalah berpandukan kepada agama
al-Hanifiyyah dan tiada bukti mereka menyembah berhala. Sila lihat Fatwa Mantan
Mufti Mesir Asy-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’iy dalam Al-Fatawa Al-Islamiyyah, 1982.
4.
PENUTUP
4.1. Adalah
dicadangkan supaya umat Islam tidak membincangkan hadithhadith yang menjurus
kepada timbulnya isu percanggahan pendapat di kalangan para ulama secara
terbuka. Dikhuatiri ianya boleh memberi impak negatif terhadap masyarakat awam
yang kurang memahami tentang percanggahan pendapat tersebut.
4.2.
Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di
kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat digalakkan,
tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media massa seperti surat
khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah dihentikan serta merta.
4.3. Semua
pihak hendaklah berhati-hati dengan mana-mana media yang didapati mempunyai
tendensi yang kuat bagi membuka ruang dan peluang memperagakan lslam dengan
permasalahan remeh temeh dan sensitif.
Disediakan oleh,