.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 25, 2015

Himpunan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w (1)



1 Kelebihan Berdoa


Daripada Anas RA katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “ Doa-doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT”.


(Hadith Rwayat (Abu Daud dan at-Tirmizi) dan  at-Tirmizi mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)



2 Jauhi Sifat Sombong

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya  serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



3 Galakan Memberi Nasihat

Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.”

(Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)



4 Kepentingan Ilmu

Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


5 Makruh Makan Sambil Bersandar

Daripada Anas RA katanya, aku melihat Rasulullah SAW duduk, dengan merapatkan kedua punggungnya ke lantai dan mengangkat kedua lututnya ke atas sambil makan tamar.

(Hadith Riwayat Muslim)



6 Sentiasa Bersyukur dan Memuji Allah SWT

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Redha kepada hambanya yang apabila ia makan sesuatu makanan lalu ia memuji Allah atas makanan itu dan apabila ia minum akan minuman lalu ia memuji kepada Allah atas minuman itu”.


(Hadith Riwayat Muslim)



7 Harta Benda Adalah Perhiasan di Dunia

Daripada Ka‘ab bin ‘Iyadh RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian. Ujian ke atas umatku ialah harta benda”.


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)



8 Berat Sama dipikul Ringan Sama dijinjing

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kaum Asy‘irin apabila kehabisan atau hampir habis bekalan makanan di dalam peperangan atau bekalan makanan keluarga di Madinah berkurangan, mereka mengumpulkan apa yang ada pada mereka dalam sehelai kain, kemudian mereka membahagikan sesama mereka di dalam satu bekas dengan sama rata. Mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keterangan :

Asy‘irin adalah kaum Abu Musa al-Asy’ari, dinisbahkan kepada datuk mereka al-Asy ‘ari bin Qahtan.



9 Masa yang Paling Mustajab Untuk Berdoa

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).



(Hadith Riwayat Muslim)



10 Kelebihan Memberi Salam

Daripada Abdillah bin Amr bin al-‘As RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.”


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



11 Adab Menziarah Orang Sakit

Daripada Abu Musa RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ziarahilah orang sakit, beri makanlah orang lapar dan bebaskanlah tawanan”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari)



12 Berkasih Sayang kerana Allah

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)



13 Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin


Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”.

(Hadith Riwayat Muslim)



14 Sembahyang Sunat yang Mengiringi Sembahyang Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua bersembahyang jumaat, maka hendaklah kamu semua melakukan sembahyang sunat empat rakaat selepasnya”.

(Hadith Riwayat Muslim)



15 Wali yang Adil

Daripada ‘Iyadh bin Himar RA katanya, aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Antara ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu pemerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ianya mempunyai keluarga yang ramai.



16 Keutamaan Berwudhu'

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya, aku telah mendengar orang yang paling aku sayangi (kekasihku) Rasulullah SAW bersabda, “Perhiasan orang yang beriman (pada hari kiamat) akan sampai ke tempat sampainya air wudhu’ (pada tangan dan kakinya)”.



17 Bertimbang rasa

Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Baginda akan menuntut bela kerana Allah Taala.”



18 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.


19 Memberi Sedekah Kepada Yang Memerlukan

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.



20 Contoh Pemimpin Yang Baik

Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab “Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang.”

21 Menahan Diri Menghadapi Perkara Yang Menyakitkan Hati

Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.”


22 Larangan Bersifat Bakhil

Daripada  Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya kezaliman akan membawa kegelapan pada hari kiamat dan takutkanlah kamu daripada bersifat bakhil kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membinasakan umat-umat yang sebelum kamu, sifat bakhil mendorong mereka pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram.”



23 Kesempurnaan Iman


Daripada  Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Agama Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Makkah al-Mukarramah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.



24 Malu : Contoh Sifat Rasulullah SAW

Daripada  Abu Said al-Khudri RA katanya, “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu mengatasi malunya seorang perawan di dalam bilik tidur bersama suaminya yang belum dikenalinya, apabila Baginda melihat sesuatu yang dibenci kami akan nampak muka Baginda berubah”.



25 Amalan Yang Terbaik Dalam Islam

Daripada  Abdullah bin Amru  bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.



26 Sikap Sederhana Dalam Berpakaian

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat (dengan pandangan rahmat) orang yang memakai pakaian labuh hingga meleret ke tanah dengan tujuan bermegah-megah.”



27 Sifat Lemah Lembut : Lambang Keperibadian Muslim

Daripada Aisyah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah-lembut tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia menambah keelokan, dan tidak dicabut pada sesuatu perkara melainkan sebagai celaan padanya.



28 Sedekah Bukan Dengan Harta

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”


29 Menutup Mulut Ketika Menguap

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.”



30 Marah yang Dicela

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki berkata Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku”, lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang pemarah”, orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi SAW menjawab, “Pada setiap kalinya, janganlah engkau menjadi seorang pemarah.”



31 Menjaga Rahsia

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia disisi Allah Taala dari segi kedudukan pada hari kiamat ialah suami yang menyebarkan rahsia isterinya selepas disetubuhinya.”



32 Mimpi yang Baik

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada yang tinggal daripada kenabian melainkan membawa berita-berita yang menggembirakan”. Para sahabat bertanya, “Apakah pembawa berita yang gembira itu?” lalu Baginda pun bersabda, “iaitu mimpi yang baik (yang benar)”.



33 Kelebihan Mempelajari al-Qur'an

Daripada Uthman bin Affan RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah Taala di antara kamu semua ialah orang yang belajar al-Qur’an kemudian dia mengajarkan kepada orang lain”.



34 Adab Memberi Salam

Daripada Usamah RA bahawa Nabi SAW berjalan melalui sesuatu majlis, yang di dalam majlis itu bercampur antara orang Islam, orang musyrik yang menyembah berhala dan orang-orang yahudi lalu Nabi SAW memberi salam kepada mereka.



35 Nasihat dari Rasulullah SAW

Daripada Jarir bin Abdillah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku semasa Haji Wida’: “Minta orang ramai diam”, kemudian Baginda bersabda, “Janganlah kamu sekelian menjadi kafir selepas peninggalanku nanti dan janganlah kamu sekelian bermusuhan sesama kaum muslimin.”



36 Antara Kebajikan dan Dosa

Daripada an-Nawas bin Sam’an RA katanya, aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebajikan dan dosa, lalu Baginda menjawab, “Kebajikan itu ialah akhlak yang mulia. Manakala dosa itu ialah perbuatan yang diragui dalam hati kamu dan engkau tidak suka diketahui oleh orang lain.”



37 Komunikasi Yang Baik

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali.



38 Mengeratkan Silaturrahim

Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.



39 Mencari Rezeki Yang Halal

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.


40 Larangan Meninggalkan Solat Jumaat

Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)