.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 11, 2015

Perintah wajib: Solat

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah :277)

Firman Allah lagi dalam surah Thoha ayat 132:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah swt sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa as:

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.
(Toha:
14)

Lalu mengikrarkannya pada setiap pengakuan kita ketika berdiri menunaikan solat sepertimana firman Allah:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-An'aam 6:162)

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
(Al-An'aam :163)

Maka ianya adalah perkara paling penting dan utama dalam setiap manusia yang muslim dan mukmin. Maka kerana kepentingannya itu, begitu banyak nas-nas dan dalil-dalil naqli daripada Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw sehingga difatwakan oleh para ulama tentang kemestian dan kepentingannya. Di antaranya:

Firman Allah:

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(Al-Muminun :9 -11)

Rasulullah saw bersabda:
"Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat."
(Rowayat Imam Muslim)

Dan Baginda saw bersabda lagi dalam hadis yang lain:
"Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat. Maka sesiapa yang meninggalkan solat maka ia telah kafir."
(Riwayat Imam An-Nasa'i, Imam At-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Lalu di atas kewajipan dan keutamaannya ssbagai tanggungjawab yang wajib ditunaikan, maka mengabaikannya adalah termasuk dalam golongan yang sesat. Malahan sehingga terus menerus mengabaikannya, menghinanya dengan apa cara sekalipun samada perlakuannya, bacaannya atau apa saja bentuk penghinaan termasuk dalam kekafiran. Ini dibuktikan di dalam firman Allah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
(Al-Mursalat :48)

Firman Allah lagi:

۞ فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
(Maryam :59)

Seterusnya dalam firman Allah:

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
(Al-Maida :58)

Manakala dalam hadis riwayat daripada Ibnu Mas'ud r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

تحترقون تحترقون فإذا صليتم الفجر غسلتها، ثم تحترقون تحترقون فإذا صليتم الظهر غسلتها، ثم تحترقون تحترقون فإذا صليتم العصر غسلتها، ثم تحترقون تحترقون فإذا صليتم المغرب غسلتها، ثم تحترقون تحترقون فإذا صليتم العشاء غسلتها، ثم تنامون فلا يكتب عليكم حتى تستيفظوا.

yang mana mafhumnya:
"Kamu sekalian berbuat dosa, maka kamu melakukan solat subuh, maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu berbuat dosa, kamu melakukan solat zohor, maka solat zohor itu memberaihkannya. Kamu berbuat dosa lagi, maka kamu melakukan solat asar, maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu berbuat dosa lagi, kemudian ku solat maghrib, maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu berbuat dosa lagi, kemudian kamu solat isya', maka solat isya' itu membersihkannya. Kemudian kamu tidur maka tidak lagi dicatat dosa bagi kamu sehingga kamu bangun."
(Riwayat Imam At-Tibrani)

Maka ianya adalah suatu perintah yang wajib. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang dirawikan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim:

ففرض الله على أمتي خمسين صلاة. قال:  فرجعت بذلك حتى أمرّ بموس عليه السلام:  ماذا فرض ربك على أمتك؟ قال:  قلت فرض عليهم خمسين صلاة. قال لي موسى عليه السلام:  فراجع ربك فإن أمتك لا تطيق ذلك. قال:  فراجعت ربي فوضع شطرها. قال:  فرجعت إلى موسى عليه السلام فأخبرته، قال:  راجع ربك فإن أمتك لا تطيق ذلك. قال:  فراجعت ربي. فقال:  هي خمس وهي خمسون لا يبدّل القول لديّ. قال:  فرجعت إلى موسى فقال:  راجع ربك فقلت قد استحييٌت من ربي.

Mafhumnya:  "Allah telah memfardhukan ke atas umatku lima puluh solat. Sabdanya lagi:  Lalu aku kembali dengan perintah ini sehingga sampai kepada nabi Musa a.s dan dia berkata:  Apa yang difardhukan oleh Tuhanmu ke atas umatmu?. Jawabku: Dia telah memfardhukan ke atas umatku lima puluh solat. Musa berkata:  Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Lalu aku kembali kepada Tuhanku dan Dia memerintahkan pengurangan sebahagiannya (menjadi lima). Sabda baginda saw lagi:  Lalu aku kembali kepada Musa a.s dan memberitahukan kepadanya apa yang diperintahkan. Musa a.s berkata:  Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Lalu aku kembali kepada Tuhanku. Dan firman Nya: Kewajipan lima waktu itu adalah sama dengan lima puluh waktu (balasannya). Kewajipan yang ditetapkan di sisi Ku tidak pernah diubah. Kemudian aku kembali kepada Musa a.s dan dia berkata:  Kembalilah kepada Tuhanmu. Tetapi aku katakan kepadanya:  Aku malu terhadap Tuhanku (untuk meminta dikurangkan jumlahnya)"

Firman Allah:

وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
(Maryam :31)

Firman Allah lagi:

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!
(Maryam :55)

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(An-Nisa': 103)

فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِير
ُ
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al-Hajj :78)

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
(Al-Bayyinah :5)

Sepertimana yang dinyatakan oleh Anas bin Malik r.a, bahawa :

فرضت على النبي صلى الله عليه وسلم ليلة أسري به الصلوات خمسين ثم نقصت حتى جعلت خمسا ثم نودي يا محمد إنه لا يبدل القول لدي وإن لك بهذه الخمس خمسين.

"Diwajibkan ke atas Nabi saw pada malam isra' solat lima puluh waktu. Kemudian dikurangkan menjadi lima waktu. Setelah itu diseru "Wahai Muhammad dia tidak mengubah perintah di sisi Ku, bagimu pada solat lima waktu ini pahala lima puluh waktu.""
(Riwayat Imam At-Tirmizi:  Kitab Solat: Bab bilangan fadhu solat)

Maka, solat adalah suatu kefadhuan kewajipan dan kemestian kepada setiap umat islam yang mukallaf. Betapa berat tanggungjawab untuk mendirikannya mengatasi segala ibadah-ibadah lain. Tanpa keimanan, suatu yang mustahil seseorang itu sanggup mengerjakan amanah dan tanggungjawab yang berat ini. Sepertimana dalam kata-kata Imam Ghazali yang mafhumnya di antara perkara yang paling ringan untuk ditinggalkan adalah meninggalkan solat. Maka bagi golongan munafik, sanggup berbelanja besar untuk zakat dan bersedekah, malah menunaikan haji dan umrah setiap kemampuannya tetapi dia tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan solat dengan sempurna. Sepertimana firman Allah:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(An-Nisa':142)

Maka marilah kita bersama-sama bermuhasabah mencari Nur dan Hidayah Allah di atas perintah wajib ini. Sehingga di atas kewajipan ini Rasulullah saw sering mengingatkan kita dalam banyak hadis-hadis baginda. Malah seluruh ahli keluarga kita diperintahkan wajib melakukannya.

Telah meriwayatkan dari Amr bin Syu'aib, dari bapanya dari datuknya, dia berkata, "Rasulullah saw bersabda,

 مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ  (وصححه الألباني في "الإرواء"، رقم 247)

"Perintahkan anak-anak ku untuk mendirikan solat ketika berumur  tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan tempat tidur mereka."
(Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Disahihkan oleh Imam Al-Albany dalam Irwa'u Ghalil, no. 247)

Bermakna berumur tujuh tahunpun sudah diwajibkan mendirikannya sebagai Tarbiyah dan dipukul ketika sepuluh tahun bermakna solat adalah perkara paling utama dan penting.

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata dalam kitab Al-Mughni (1/357)

"Perintah dan pengajaran ini berlaku bagi anak-anak agar mereka terbiasa melakukan solat dan tidak meninggalkannya ketika sudah baligh."

As-Subki pula berkata, "Wali bagi anak diwajibkan memerintahkan anaknya untuk melakukan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan memukulnya (apabila masih belum melaksanakan solat) ketika mereka berusia sepuluh tahun.Kami tidak mengingkari wajibnya perintah terhadap perkara yang tidak wajib, atau memukul terhadap perkara yang tidak wajib. Jika kita boleh memukul binatang untuk mendidik mereka, apalagi terhadap anak? Hal itu semata-mata untuk kebaikannya dan agar dia terbiasa sebelum masuk usia balig."
(Fatwa As-Subki, 1/379)

Syekh Ibn Baz rahimahullah berkata,

 "Perhatikanlah keluarga dan jangan lalai dari mereka wahai hamba Allah. Hendaknya kalian bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka. Perintahkan putera puteri kalian untuk melakukan solat saat berusia tujuh tahun, pukullah mereka saat berusia sepuluh tahun dengan pukulan yang ringan yang dapat mendorong mereka untuk taat kepada Allah dan membiasakan mereka menunaikan solat pada waktunya agar mereka istiqomah di jalan Allah dan mengenal yang haq sebagaimana hal itu dijelaskan dari riwayat shahih dari Nabi saw."
(Majmu' Fatawa Bin Baz, 6/46)

Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata,

"Nabi saw telah memerintahkan agar kita memerintahkan anak-anak kita melakukan solat saat mereka berusia tujuh tahun, atau kita memukul mereka saat mereka berusia sepuluh tahun. Padahal ketika itu mereka belum berusia baligh. Tujuannya adalah supaya mereka terbiasa melakukan ketaatan dan akrab dengannya. Sehingga terasa mudah dilakukan apabila mereka telah besar dan mereka mencintainya. Begitu pula dengan perkara-perkara yang tidak terpuji, tidak selayaknya mereka dibiasakan sejak kecil meskipun mereka belum balig, agar mereka tidak terbiasa dan akrab ketika sudah besar."
(Fatawa Nurun ala Darb, 11/386)

Beliau berkata lagi:

Perintah ini bermakna wajib. Akan tetapi dibatasi apabila pemukulan itu mendatangkan manfaat. Karena kadang-kadang, anak kecil dipukul tapi tidak bermanfaat pukulan tersebut. Hanya sekedar jeritan dan tangis yang tidak bermanfaat. Kemudian, yang dimaksud pukulan adalah pukulan yang tidak melukai. Pukulan yang mendatangkan perbaikan bukan mencelakakan."
(Liqo Al-Bab Al-Maftuh, 95/18)

Daripada Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad."
( Riwayat Imam At-Tirmizi )

“Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Lalu kita sama-sama memikirkan dan muhasabah terhadap firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahrim :6)

والله تعالى اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)