.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, May 11, 2015

Diam dan suatu hikmah (Dari Laman 1)

Seorang hakim berkata : Diam mengandungi 7 ribu kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam setiap kalimat seribu.


1) Diam itu ibadah tanpa susah payah.

2) Perhiasan tanpa berhias.

3) Kehebatan tanpa kerajaan.

4) Benteng tanpa pagar.

5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.

6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.

7) Menutup segala aib.


Diam itu keindahan bagi orang yang alim dan penutup kebodohan bagi orang yang bodohRasulullah s.a.w bersabda:

"Bahawasanya, dusta itu satu daripada pintu-pintu munafik."

"Apabila berdusta seorang hamba ALLAH swt. sekali dusta nescaya jauh daripadanya oleh Malaikat satu batu kerana busuk dusta didatangkannya."

Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dengan Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar,  mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang kedua-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya daripada yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyak diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Halaman 1938)

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. 

HIKMAH DIAM 
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2. Perhiasan tanpa berhias. 
3. Kehebatan tanpa kerajaan. 
4. Benteng tanpa pagar. 
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang. 
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7. Menutupi segala aib. 

Hadis-hadis Rasullulah saw mengenai kelebihan diam yg bermaksud: 
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM ) 
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI dan MUSLIM ) 
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( Riwayat AT-TARMIZI ) 

Madah Dari Hukama: 
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARIPADA ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. 
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.. 
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. 


Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.


Sifat kebodohan kita yang paling jelas....

1. Membesarkan dirinya.

2. Banyak berkata-kata dengan perkara yang tidak memberi manfaat.

3. Mengaibkan segala perbuatan manusia dan ia turut melakukan perkara tersebut.

Kitab Muhimmah


Bakar As-Siddiq RA. Pernah memegang lidahnya sambil menangis dan berkata, "Inilah yang mendatangkan pelbagai bencana padaku."

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai”

 (Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” 

(Riwayat Al-Baihaqi)





والله تعالى اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)