.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, June 29, 2015

Kata Hikmah dan Madah Imam Syafi'i


Menuntut 'ilmu lebih utama daripada solat sunat.

Barangsiapa menginginkan dunia, ia harus berbekal 'ilmu dan barangsiapa menginginkan akhirat, juga harus berbekal 'ilmu.

Tidak ada amalan yang lebih afdhal setelah melaksanakan kewajiban daripada menuntut 'ilmu.

Seseorang tidak akan berjaya menuntut 'ilmu yang didasari kekuasaan dan kebanggaan, namun ia hanya akan berjaya menuntutnya dengan usaha keras, himpitan hidup, mengabdi kepada ilmu dan bersikap kerendahan hati.

Belajarlah sebelum memimpin kerana saat memimpin tidak ada lagi jalan untuk belajar.

Barangsiapa menuntut 'ilmu, maka bersikap telitilah agar tidak mensia-siakan bahagian ilmu yang terkecil.

Orang yang tidak mencintai 'ilmu tidak akan memperoleh kebaikan dan tidak memiliki hubungan dekat dengan 'ilmu itu sendiri dan pengetahuan.

Madahnya : 

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman 
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang 
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan 
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang 
Aku melihat air menjadi rusak kerana diam tertahan 
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang 
Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan dapat mangsa 
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran 
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam 
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang 
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang 
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)