Tazkirah yg indah...
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Sayidina Umar Al Khattab..
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah(Saifullah) iaitulah Sayidina Khalid Ibnu Walid.
Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek yang tidak menawan iaitulah sahabat beliau Sayidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas Fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Sayidina Bilal bin Rabah Al-Habsyi kedengaran langkahnya kakinya di syurga.
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Amiinnn..