.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, June 12, 2015

Ihya Ramadhan 25 Sya'ban 1436 (12 Jun 2015)

Ihya Ramadhan 25 Sya'ban 1436 (12 Jun 2015)

✅ Baginda Rasulullah saw bersabda :
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dalam solat akan hilang.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut. 
✅ Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyaknya gempa bumi.
✅ Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
✅ Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.
Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir semua yang disebut itu berlaku di zaman kita.

Lalu berlakulah keganjilan:

��Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.
Para ibu dan bapa hanya mementingkan makanan yang sedap dan pakaian yang cantik-cantik sahaja terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.

��Hari-hari yang ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yang diberi tidak berpatutan atau sedikit.  Namun mereka lupa sesungguhnya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

��Hari-hari yang ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di pusat membeli belah atau di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya dua rakaat.

��Hari-hari Ganjil.
Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika untuk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahawa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

��Hari-hari sangat ganjil.
Kita  bersungguh-bersungguh berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yang enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayarnya walau berapa harganya sekalipun, namun ketika kita ingin menderma ke tabung masjid, kita akan memilih wang kita yang paling kecil sekali untuk dimasukkan ke tabung derma.

��Hari-hari yang  ganjil.
Kita tentukan waktu sebelum masuk tidur  kerana takut terlambat bangun untuk pergi kerja.  Namun kita lupa untuk tentukan waktu untuk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

��Hari-hari  sangat ganjil
Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

��Hari-Hari yang ganjil.
Kita mengeluh dari banyaknya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

��Hari-hari yang ganjil.
Para ibubapa membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing-masing serta bermacam alasan lain.

��Hari-hari yang ganjil.
Pada saat pesan ini sampai kepadamu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.
Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian berlakulah penyebaran sunnah-sunnah Rasulullah saw.
Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)