.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, June 9, 2015

Zikir dan Doa : Al-Quran

Zikir dan Doa :   Al-Quran

Firman Allah di dalam surah Al-Furqan ayat 30:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

" Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

(Berkatalah Rasul) Nabi Muhammad, ("Ya Rabbku! Sesungguhnya kaumku) kabilah Quraisy (menjadikan Al-quran ini suatu yang diasingkan") ditinggal begitu saja. Maka Allah swt. berfirman,
("Dan seperti itulah) sebagaimana Kami telah menjadikan bagimu musuh dari kalangan orang-orang musyrik kaummu sendiri (Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi) sebelum kamu (musuh dari orang-orang yang berdosa) yakni orang-orang musyrik maka bersabarlah sebagaimana mereka bersabar. (Dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi petunjuk) bagimu (dan Penolong") yang menolong kamu terhadap musuh-musuhmu.

Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa orang-orang musyrik tidak memperhatikan dan mendengarkan Al-quran.

Lalu persoalannya adakah sebahagian kita tidak mempercayai firman Allah di aras?

Rasulullah s.a.w mengharamkan orang-orang yang mukmin untuk mendiamkan dan mengasingkan saudaranya di atas tiga hari.
(Riwayat Muslim)
Lalu apakah hukum bagi orang yang melakukan perkara yang sama terhadap Al-quran?

Sesungguhnya sebagai seorang muslim seharusnya untuk duduk di hadapan Al-quran membacanya, memahaminya dan mentadabburinya kerana kandungan di dalamnya adalah pesanan untuk kita. Jadi, bagaimana jika sebahagian kita yang tidak terlintas langsung difikiran untuk melakukannya?...marilah kita bermuhasabah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mensunnahkan untuk khatam Al-quran sekali dalam sebulan. Sabda Baginda s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Amru:
"Bacalah Al-quran dalam sebulan."
Abdullah bin Amru berkata:  "Lebih dari itu saya masih kuat wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: " Kalau demikian, bacalah dalam dua puluh hari."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w membaca Al-quran pada waktu malam. Riwayat daripada Sayidina Umar Al-Khattab katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang tidur sebelum mengerjakan hizibnya (iaitu amalan yang dibaca oleh seseorang dan sudah menjadi kebiasaanya seperti membaca Al-quran, bertasbih, bersalawat dan sebagainya) atau sebahagian darinya, maka hendaklah ia membaca di antara solat subuh dan zohor, maka ia diberikan ganjaran seperti ia membacanya di malam hari."
(Riwayat Muslim)

Maka jika kita ingin mengikuti sunnah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menunjukkan Al-quran dua kali kepada Malaikat Jibril a.s di bulan Ramadhan yang terakhir di dalam hidup baginda s.a.w.

Riwayat daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-quran, maka ia akan mendapat satu kebaikan dan kebaikan dengan sepuluh kebaikan yang sama, aku tidak mengatakan bahawa Alif Laam Miim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf."
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Kemudian riwayat dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah memiliki dua ahli dari kalangan manusia." Para sahabat bertanya:  "Siapakah mereka wahai Rasulullah?". Baginda s.a.w menjawab: "Mereka adalah ahli quran Ahlullah (kekasih Allah) dan orang pilihan Nya."
(Riwayat Ibnu Majah dan Ad-Darimi)

Maka marilah kita bersama-sama mempelajarinya, memahaminya dan mentadabburnya. Kerana itulah penduan perlembagaan kita yang HAQ (sebenar-benarnya). Ajarilah diri kita, isteri kita, suami kita, anak-anak kita supaya tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang rugi.

والله تعالى اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)