.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, June 8, 2015

Solat: Suatu Wasiat Terakhir

Renungan buat anak-anak dan Ahli Keluarga

Pesanan Junjungan kita yang kita kasihi dan rindui Rasulullah s.a.w sebelum baginda pergi neninggalkan kita....baginda berpesan untuk kali yang terakhir....

الصلاة .... الصلاة....الصلاة....وما ملكت اينما كنتم

"Ingatlah solat...ingatlah solat....ingatlah solat. Dan budak-budak kamu"
Riwayat dari Ali bin Abi Talib, Anas bin Malik, Ummu Salamah dan beberapa orang sahabat yang lain.

Ummu Salamah berkata :
"Rasulullah s.a.w terus mengucapkannya (solat dan para budak) sehingga ucapan tersebut memenuhi lidahnya."


Itulah wasiat terakhir kekasih kita. Maka solat itu adalah suatu
yang paling agung dan wajib diambil berat.
Sebuah hadis riwayat Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Islam itu dibangun atas lima perkara iaitu bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad s.a.w pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Riwayat daripada Muadz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Yang paling pentingnya perkara adalah Islam dan tiangnya adalah Solat."
(Riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Dalam suatu sirah diriwayatkan bahawa Sayidina Ali bin Abi Talib r.a masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dan tinggal bersama-sama baginda. Kemudian dia melihat Rasulullah s.a.w sedang solat bersama-sama isterinya Ummul Mukminin Sayidatina Khadijah binti Khuwailid. Lalu dia bertanya, " Apakah ini wahai Muhammad?," maka baginda Rasulullah s.a.w menjawab : "Agama Allah yang dipilih untuk diri Nya."

Ini membuktikan Rasulullah s.a.w telahpun mendirikan solat sebelum solat itu diwajibkan kepada seluruh ummatnya. Dan baginda mendirikannya bersama-sama isterinya. Maka ini bermakna bahawa ketika mana baginda Rasulullah s.a.w di mi'rajkan Allah dengan kasih sayang Nya dan penuh keindahan, bukanlah menerima solat akan tetapi menerima perintah kewajipan mendirikan dan menunailan solat.
Di dalam suatu sirah juga disebutkan bahawa pada ketika dahulu orang yang Islam, apabila hendak menunaikan solatnya, maka ia pergi menuju ke gunung (tempat yang sunyi) agar solatnya tidak diketahui oleh orang-orang musyrik.

Dalam sirah sahabat (secara ringkasnya), di antara para sahabat yang memeluk Islam melalui Sayidina Abu Bakar r.a adalah Sayidina Uthman bin Affan r.a. Mereka datang menemui Rasulullah s.a.w ketika menerima dakwah baginda dengan memeluk Islam dan mendirikan solat.

Kembali kepada anugerah indah Allah yang diberikan kepada Baginda s.a.w dalam Isra' dan Mi'raj, baginda menerima perintah kewajipan solat lima puluh waktu yang akhirnya menjadi lima waktu yang mana lima
waktu itu telah dijanjikan Allah dengan ganjaran yang sama dengan lima puluh waktu.
Lalu pada hari berikutnya Jibril a.s datang dan mengimamkan solat lima waktu kepada Rasulullah s.a.w sambil menjelaskan waktu-waktu solat.

Maka kedudukan solat itu bukanlah perkara yang boleh diremehkan atau dipermainkan. Solat adalah suatu kedudukan yang tinggi. Ini dijelaskan melalui nas-nas tentang ketinggian kedudukan solat:

1. Kewajipan-kewajipan lain yang wajib dilakukan diturunkan kepada Rasullah s.a.w melalui wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibril, kecuali solat. Kewajipannya terus diterima daripada Allah  ketika Baginda s.a.w dimi'rajkan ke langit. Ini bermakna keistimewaan solat dan kepentingannya tidak didapati pada ibadah lain.

2. Kepentingan dan ketinggian solat.
Sebuah hadis riwayat daripada Jabir r.a katanya:  Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
" Yang membezakan antara  seorang lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat."
(Riwayat Muslim)


Dalam riwayat Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Yang membezakan di antara kita dengan mereka (kuffar) adalah solat. Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka ia telah kafir."
(Riwayat At-Tarmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Maka daripada nas-nas tadi, Abdullah bin Syaqiq berkata: 
"Menurut pandangan para sahabat Rasulullah s.a.w, bahawa tidak ada perbuatan yang ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat."
(Riwayat At-Tarmizi)


3. Riwayat daripada Abu Hurairah r.a katanya: 
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat. Jika solatnya baik maka ia beruntung dan berjaya, jika solatnya buruk, maka ia telah benar-benar rugi."
(Riwayat At-Tarmizi dan An-Nasa'i)

Maka solat adalah amat penting kerana solat adalah perhitungan manusia yang pertama di akhirat.


4. Solat adalah ibadah persendirian bagi setiap muslim yang tidak ada kaitan dengan orang lain dan tidak boleh digantikan (seperti dam atau fidyah). Orang lain tidak boleh menggantikan solat orang yang lain sebagai contoh si anak menggantikan solat bapanya atau sebaliknya, si ibu menggantikan solat anaknya atau suaminya atau sebaliknya. Betapa pentingnya solat sehingga wajib ditunaikan dan didirikan dengan cara apa sekalipun dan di mana sekalipun. Sehingga Allah memberikan kemudahan mengikut kemampuan hamba Nya untuk mendirikan solatsamada berdiri bagi yang berkuasa, duduk, berbaring bahkan jika tidak boleh bergerak sekalipun solat tetap wajib didirikan dengan isyarat mata kecuali pengsan. Sehingga kewajipan itu, para ulama mewajibkannya walau dalam keadaan menaiki kenderaan sekalipun samada pemandu atau menumpang.

"Solat seperti halnya iman, tidak boleh diganti dengan apa keadaan sekalipun. Seseorang tidak boleh menggantikan solat fardhu orang lain, samada uzur atau tidak, seperti halnya seseorang tidak boleh menggantikan iman orang lain. Solat tidak gugur dengan suatu keadaan seperti tidak gugurnya iman, bahkan seseorang diwajibkan mendirikan solat selagi akalnya hadir dan ia mampu mengerjakan sebahagian pekerjaan solat."
(Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:  Al-Fatwa 10/439)


5. Imam Ahmad Rahimullah berkata :
"Ketahuilah, bahawasanya Allah mengagungkan keutamaan dan perkara solat di dalam al-quran. Allah memuliakan solat dan orang-orang yang melakukannya dan secara khusus menyebutkan di antara pelbagai ketaatan dipelbagai surah di dalam al-quran, dan secara khusus Allah mewasiatkannya (solat)."

Allah menjanjkkan Syurga Firdaus bagi orang-orang yang mendirikan solat. Di dalam surah Al-mukminun Allah menyebutkan kewajipan beberapa perkara yang diawali dan diakhiri dengan perbuatan solat untuk kekal di dalam Syurga Firdaus. (Rujuk surah Al-mukminun ayat 1-2 dan 8 -11)

Semua manusia adalah buruk, lemah dan susah di atur menurut pandangan Allah kecuali yang mendirikan solat. Mereka yang mendirikan solat mendapat pengecualian dari Allah sepertimana fiman Nya yang mefhumnya: 
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh mesah lagi berkira. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (kesenangan) ia amat berkira."
Dan kemudian Allah memberikan pengecualian terhadap orang-orang yang mendirikan solat: 
"Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya."
(Surah Al-Ma'arij:  19-21)


Secara khusus Allah menyebutkan keutamaan solat dar semua bentuk ketaatan (ibadah) sepertimana yang terdapat di dalam surah Al-Ankabut ayat 45 (rujuk surah Al-Ankabut)

Allah juga menyebutkan dan mewasiatkan solat kepada Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yaakub a.s dan Nabi Ishaq a.s tentang perkara yang umum dan khusus sepertimana dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 72: 
"Dan kami telah memberikan kepadanya (Ibrahim), Ishaq dan Yaakub, sabagai anugerah (daripada Kami) dan masing-masing Kami jadikan orang-orang yang soleh."


Manakala di dalam surah Thoha ayat 13 dan 14, Allah memberitahu kepada Nabi Musa a.s sepertimana firman Nya: 
"Dan Aku telah memilih kamu, maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya Aku adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)