.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, June 4, 2015

Rahsia Iblis Yang Diberitahu Kepada Para Nabi

Riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululluah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang bermimpi melihatku dalam tidur, bermakna dia benar-benar melihatku seperti semasa bangun, kerana syaitan itu tidak menyerupai diriku"
(Riwayat Bukhari dan Musliml

Daripada Anas r.a menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Rapatkan barisanmu, dekatkanlah dan luruskanlah lehermu. Demi Zat yang menggenggam jiwaku,
sesungguhnya aku melihat syaitan itu memasuki celah-celah barisan sebagaimana kambing yang hitam dan kecil."
(Riwayat Abu Daud)

Salah satu kekuatan yang dimiliki oleh iblis adalah kemampuannya berubah bentuk sesuai dengan kehendaknya menjadi individu tertentu. Kekuatan ini sengaja Allah berikan kepada iblis sebagai usaha untuk menyesatkan manusia kepada keadaan yang hina dina. Maka bentuk penjelmaan iblis adalah beraneka ragam yang mana ianya bertujuan sebagai tipu daya terhadap manusia. Maka manusia yang terperangkap dengan godaan iblis, akan jatuh kedudukan atau darjatnya sebagai Khalifah Allah yang beribadah kepada Allah.


Suatu kisah :

" Barshisha' seorang hamba Allah yang sudah 220 tahun, belum pernah menderhakai Allah walau sedetik pun. Dia mempunyai murid sebanyak 60,000 orang yang mampu berjalan diudara oleh sebab keberkatan ibadah Barshiha', sehingga para Malaikat kagum terhadap keampuhan ibadahnya.
   
     Allah Ta'ala berfirman: "Mengapa kamu sekalian kagum terhadap Barshsiha', sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian tidak ketahui, bahawa Barsisha' akan kufur dan masuk Neraka untuk selama-lamanya sebab meminum khamar."
   
     Iblis terkutuk yang mendengar kata-kata itu, mengetahui bahawa rosaknya Barshisha' ada ditangannya. Maka dia datangi tempat ibadah Barshisha' dengan mengenakan pakaian tenun dan memanggil Barshisha'.


Kata Barshisha' kepadanya: "Siapakah engkau dan mau apa?"
Kata Iblis: "Saya seorang ahli ibadah, datang padamu untuk menemani engkau beribadah kepada Allah Ta'ala."
Kata Barshisha': "Barang siapa beribadah kepada Allah, maka Dia (Allah) mencukupinya."


     Maka Iblis pun beribadah kepada Allah Ta'ala tiga hari tidak tidur, tidak makan dan tidak minum.
Kata Barshisha': "Saya berbuka, saya tidur, saya makan dan saya pun minum pula, sedangkan engkau tidak makan dan tidak minum, padahal sebenarnya saya sudah beribadah selama 220 tahun, tidak pernah dapat meninggalkan makan dan minum."
Kata Iblis: "Saya pernah melakukan dosa, sehingga apabila saya teringat dosa itu, hilanglah rasa nak tidur dan makan."
Kata Barshisha': "Bagaiman caranya, supaya saya dapat pula seperti engkau?"
Kata Iblis: "Pergilah dan derhakalah engkau kepada Allah, kemudian taubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Dia(Allah) Maha Penyayang, sehingga engkau akan menemukan kelazatan taat."
Kata Barshisha': "Apa yang harus saya perbuat?"
Kata Iblis: "Zina"
Kata Barshisha': "Saya tidak dapat melakukan itu."
Kata Iblis: "Bunuhlah seorang yang beriman."
Kata Barshisha : "Saya juga tidak dapat melakukannya."
Kata Iblis: "Minumlah khamar yang memabukkan, kerana itu ringan dan engkau dimusuhi oleh Allah."
Kata Barshisha': "Dimana untuk mendapatkan itu?"
Kata Iblis: "Pergilah ke desa itu!"


     Maka Barshisha' pun pergi dan bertemu dengan seorang wanita cantik penjual khamar (arak) yang kemudian dia membeli minuman arak itu daripadanya. Maka dia minum dan mabuk dan berzina dengan penjual arak itu. Lalu masuklah suami wanita itu dan memukuli Barshisha' sehingga separuh mati.


     Didalam kesempatan itu Iblis yang menyerupai manusia, membawa Barshisha kehadapan hakim. Maka mereka menangkap dan menjilidnya sebanyak 80 kali, kerana dosa meminum khamar dan untuk perbuatan zinanya dijilid 100 kali. Kemudian diperintahkan untuk menyalibnya sebagai ganjarannya.


     Tatkala Barshisha' disalib, Iblis datang menemuinya dalam rupa manusia seraya berkata: "Bagaimana keadaanmu?"
Kata Barshisha': "Barangsiapa mengikut kawan yang jahat, demikian inilah ganjarannya."
Kata Iblis: "Saya didalam musibah darimu (siksaan darimu) selama 220 tahun (kerana ketekunan dalam ibadah), sehingga sekarang engkau saya salib. Jika engkau ingin saya turunkan, maka engkau akan saya turunkan."
Kata Barshisha': "Saya ingin turun, dan apapun yang engkau inginkan akan saya kabulkan."


     Kata Iblis: "Sujudlah kepadaku sekali sahaja!"
Kata Barshisha': "Saya tidak dapat sujud padamu, kerana saya diatas kayu salib ini."
Kata Iblis: "Sujudlah dengan isyarat!"
Maka Barshisha' pun sujud. Dan sekaligus dia kufur kepada Allah  (kerana tunduk atau patuh dan sujud kepada Iblis), bahkan mati tanpa iman).




Maka hadis-hadis Rasulullah s.a.w di atas merupakan dalil yang menegaskan bahawa iblis boleh dan mampu menyerupai apa sahaja bentuk yang ia sukai demi menggoda dan menyesatkan manusia.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 27

 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

" Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."


Adakah iblis pernah memperlihatkan bentuk asalnya? Maka dari persoalan itu, maka jawapannya adalah YA. Ini berlaku kepada para Anbiya', wali-wali Allah dan orang-orang yang tertentu yang dipilih Allah.

Rasululullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Ifrit dan bangsa jin telah datang menemuiku semalam secara tiba-tiba untuk memutuskan solatku. Maka Allah menjadikalnku dapat nenguasainya. Pada mulanya aku mahu mengikatnya pada salah satu tiang masjid sehingga pagi supaya kamu dapat melihatnya. Namun aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman a.s dia pernah berdoa : Wahai Robbku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak diperolehi oleh seorang pun setelahku."

Abu Darda' berkata :
" Nabi Muhammad s.a.w berdiri untuk meenunaikan solat. Kami mendengar baginda bersabda : Aku berlindung kepada Allah darimu. Kemudian baginda bersabda lagi sebanya tiga kali : Aku melaknatmu dengan laknat Allah. Pada masa itu baginda membentangkan tangan seolah-olah menangkap sesuatu. Ketikq baginda selesai solat kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami mendengarmu mengatakan  sesuatu dalam solatmu yang tidak pernah kami mendengarnya dan kami juga melihatmu membentangkan tanganmu.
Baginda s.a.w menjawab dengan kata-kata yang menghairankan para sahabat :
"Sesungguhnya musuh Allah, iblis tekah datang dalam bentuk bola api yang mahu diletakkannya pada wajahku. Aku katakan kepadanya : Aku berlindung kepada Allah darimu, sebanyak tiga kali. Dan aku berkaga sebanyak tiga kali : Aku melaknatmu dengan laknat Allah yang zempurna, yang patut kamu perolehi. Lalu aku menangkapnya. Demi Allah, seandainya bukan kerana doa saudaraku Sulaiman a.s, maka iblis itu akan kamu temui pada waktu pagi dalam keadaan terikat sehingga dapat dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah."

Bolehkah Iblis menyerupai dalam bentuk manusia?. Lalu jawapannya juga adala YA. Sepertimana yang berlaku kepada Rahmah isteri Nabi Ayyub a.s yang mana iblis datang bertemu dengannya dengan menjelma sebagai seorang lelaki yang berserban untuk menggoda Rahmah dengan menawarkan syarat agari suaminya Nabi Ayyub a.s sembuh dari penyakit yang dideritainya. Iaitu dengan meminta Rahmah agar Nabi Ayyub a.s bersujud di hadapan iblis yang menjelma sebagai lelaki berserban itu. Namun Nabi Ayyub a.s memberitahu isterinya bahawa lelaki yang berserban itu adalah iblis yang sengaja menggoda untuk menggoyahkan imannya terhadap Allah.

Iblis juga pernah menjelma sebanyak dua kali sebagai orang tua kepada kaum Quraisy. Pertamanya ketika kaum Qoraisy merancang konspirasi untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w dan keduanya, iblis menjelma sebagai orang tua ketika perang Badar. Ini telah dinyatakan di dalam surah Al-Anfal ayat 48.

RAHSIA IBLIS YANG DIBERITAHU KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Riwayat daripada Muaz bin Jabal dari Ibnu abbas r.a yang mengatakan bahawa ketika para sahabat sedang bersama Rasulullah s.a.w di rumah seorang Ansor, tiba-tiba terdengar panggilan dari luar rumah “ Wahai penghuni rumah, bloehkah aku masuk? Kerana kamu semua memerlukan aku”. Lalu baginda Nabi s.a.w bertanya kepada para sahabat : “Tahukan kamu siapakah yang memanggil itu?.” Maka para sahabat menjawab :” Hanya Allah dan Rasul Nya yang lebih tahu”. Maka Rasulullah s.a.w menjawab :” Itulah iblis, laknat Allah bersamanya”. Lalu Sayidina Umar Al-Khattab berkata : “ izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”. “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberikannya kesempatan sehingga kiamat? Alangkah baiknya jika kamu membukakan pintu untuknya dan fahamilah sesuatu yang mahu ia sampaikan dan dengarkanlah dengan baik”. Jawab Rasulullah s.a.w.
Lalu pintu dibuka, maka masuklah iblis seperti seorang tua yang cacat sebelah matanya. Pada janggutnya terdapat tujuh helai rambut memyerupai rambut kuda. Taringnya mirip taring babi dan bibirnya seperti bibir lembu sambil memberi salam untuk nabi dan para sahabat yang hadir. Nabi s.a.w menjawab : “ Salam hanya untuk milik Allah. Sebagai makhluk dilaknat, apa keperluanmu?.”
“Wahai Muhammad aku datang ke sini bukan atas kehendakku, tetapi aku terpaksa.”
“Siapakah yang memaksamu?.” Tanya Rasulullah s.a.w
 Lalu iblis menjawab : “Malaikat utusan Allah telah datang kepadaku dan berkata :” Allah memerintahkanmu pergi bertemu Naibi Muhammad s.a.w dan memberitahu kepadanya caramu menggoda manusia. Jawab dengan jujur semua pertanyaannya. Demi Kebesaran Allah, jika kamu berdusta satu kali sahaja, Allah akan menjadikanmu seperti debu yang ditiup angin.” Oleh kerana itulah aku datang padamu. Tanyalah apapun yang mahu kamu tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh seluruh musuhku. Tidak ada yang paling besar menimpaku daripada cacian musuhku”.
Lalu Rasulullah s.a.w  bertanya kepada iblis : “ Jika kamu sememangnya jujur, katakan kepadaku, siapakan manusia yang paling kamu benci?.”
Iblis menjawab :”Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“Seterusnya?”
“Pemuda yang bertaqwa dan beribadah kepada Allah.”
“Siapa lagi?”
Orang yang alim dan wara’.”
“Lantas siapa lagi?”
“Orang yang sentiasa bersuci.”
“ Siapa lagi?”
“ Orang fakir yang sabar yang tidak pernah mengeluh kesusahannya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabarannya?” Tanya Rasulullah s.a.w.
“ Wahai Muhammad, jika dia tidak mengeluh akan kesusahannya kepada orang lain selama tiga hari, maka Allah meberikan pahala kepadanya”.
“seterusnya apa?”
“Orang kaya yang bersyukur.”
“Apa tanda kesyukurannya?”
“Dia mengambil kekayaannya dari tempatnya, lalu dia mengeluarkannya juga dari tempatnya.”
“Memurut pendanganmu, orang seperti apa Abu Bakar itu?” Tanya Baginda s.a.w
“ Dia tidak pernah mengikutku ketika jahiliyah apalagi ketia dia islam.”
“Umar Al-Khattab?”
“Demi allah, setiap kali aku bertemu dengannya, aku pasti lari.”
“ Uthman Affan?”
“Aku malu kepada orang yang para Malaikat pun malu kepadanya.”
“ Ali abi Thalib?”
“Aku berharap agar kepalaku selamat, serta berharap dia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi dia tidak mahu melakukan itu.”

Maka dari dialog di antara Rasulullah s.a.w dengan iblis dapatlah disenaraikan bahawa musuh-musuh iblis amat banyak. Orang-orang yang menjadi musuh Iblis adalah :
1. Nabi Muhammad s.a.w
2. Pemuda yang bertaqwa dan menghambakan diri kepada Allah yang di dalam dirinya :
a. Beriman kepada alam ghaib
b. Menunaikan solat
c. Menafkahkan rezeki pada jalan yang betul
3. Orang yang alim dan wara’
4. Orang yang sentiasa bersuci
5. Orang fakir yang sabar
6. Orang kaya yang sentiasa beryukur

SAHABAT DAN KEKASIH IBLIS

Iblis juga menyatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang orang-orang yang menjadi sahabat dan kekasihnya iaitu :
1. Orang yang makan riba (Teman iblis)
2. Orang yang berzina(Sahabat iblis)
3. Pemabuk ( Teman tidur)
4. Pencuri (Tetamu iblis)
5. Tukang sihir (Utusan iblis)
6. Bersumpah dengan cerai (Membuatkan kegembiraan iblis)
7. Meninggalkan solat jumaat (Kekasih iblis)
8. Meninggalkan solat dengan sengaja (Memberikan kebahagiaan kepada iblis)


RAHSIA IBLIS YANG DIBERITAHU KEPADA NABI MUSA A.S

“Wahai Musa, engkau telah dipilih Allah untuk menyampaikan risalah Nya. Engkau juga diberikan kelebihan untuk berkata-kata dengan Allah. Aku adalah salah satu makhluk Nya yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka, mohonkanlah kepada Tuhanmu agar Dia membukakan pintu taubat untukku.”
Itulah yang berlaku di zaman Nabi Musa a.s.
Maka Nabi Musa a.as bermohon kepada Allah untuk mendapatkan jawapan. Dan permohonan Nabi Musa telah diperkanankan Allah dengan memerintahkan iblis bersujud kepada makam Nabi Adam a.s, jika iblis bersujud kepada makam Nabi Adam a.s, maka Allah akan menerima taubatnya.
Mendengarkan saja nama Nabi Adam a.smaka marahlah iblis dengan Takabbur iblis berkata :” Aku tidak mahu bersujud kepada Adam ketika hidupnya, apakah patut aku bersusuj kepadanya setelah kematiannya?”

Sekelumit peristiwa itulah membawa kepada pembongkaran rahsia iblis Laknatullah tentang bagaimana iblis menggunakan tipu dayanya terhadap golongan manusia. Lalu iblis memberitahukan rahsia-rahsianya kepada Nabi Musa a.s iaitu:

1. Ketika marah : iblis membawa bisikan ke dalam hati, mata orang yang marah akan berada di dalam mata iblis dan iblis akan berjalan di dalam tubuh mengikut aliran darah.
2. Lari dari peperangan : Iblis akan mengingatkan tentang anak-anak dan ahli kluarga melalui bisikan sehingga timbul rasa ragu-ragu dan akhirnya lari dari peperangan.
3. Duduk berdua-duaan : Dengan wanita atau lelaki bukan mahram iblis akan menjadi utusan bagi kedua-duanya.

Maka dengan itu, melalui pertemuan iblis dengan Nabi Musa a.s dapatlah :
1. Marah adalah senjata iblis untuk menyesatkan manusia
2. Iblis menanamkan keraguan di dalam peperangan
3. Iblis menyuburkan sikap ujub di dalam hati manusia
4. Iblis menjadi makhluk ketika ketika lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk berdua-duaan.
5. Iblis menghalang manusia untuk berbuat kebaikan dan bertaubat.

RAHSIA IBLIS YANG DIBERITAHU KEPADA NABI NUH A.S

Nabi Nuh a.s adalah di antara makhluk manusia yang diberikan Allah dengan umur yang panjang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Nabi Nuh a.s diberikan umur sehingga sembilan ratus lima puluh tahun untuk menyeru umatnya menuju ke jalan Allah. Namun seruan Nabi Nuh a.s hanya sedikit yang menerimanya. Kaumnya sentiasa ingkar terhadap seruan Nabi Nuh a.s dan perintah Allah sehingga Nabi Nuh a.as memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada kaumnya. Maka Nabi Nuh a.s diperintahkan Allah untuk membina sebuah bahtera yang besar.

Ketika bahtera siap dibina, Nabi Nuh a.s memerhatikan umatnya yang beriman naik ke atas bahtera satu demi satu. Ketika itu terdapat seorang tua yang tidak dikenali hadir di dalam bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh a.s, Ketika ditanya siapakah dia, orang tua memperkenalkan dirinya sebagai Iblis.

Nabi Nuh a.s bertanyakan tujuannya berada di atas bahtera tersebut, iblis dengan sombong memberitahu bahawa kedatangannya adalah untuk menggoda pengikut Nabi Nuh a.s yang berada di atas bahtera. Iblis menggoda mereka walaupun jasad mereka berada di atas bahtera namun hati mereka berada bersama dan mengikuti iblis Laknatullah. Pada ketika itu Nabi Nuh a.s menghalau iblis dari bahteranya.

Setelah beberapa lama, iblis menyatakan kepada Nabi Nuh a.s tentang rahsianya untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Iblis memberikan lima strateginya untuk menggoda manusia. Namun iblis hanya memberitahukan tiga sahaja strateginya untuk mencelakakan manusia. Walau bagaimanapun Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s supaya tidak mendengar yang ketiga. Lalu Nabi Nuh a.s hanya mahu mendengar dua strategi iblis laknatullah itu sahaja.

Maka iblis mendedahkan dua strateginya iaitu :
1. Sifat dengki : Kerana sifat dengki iblis maka iblis dilaknat Allah dan dijadikan sebagai syaitan yang terkutuk.
2. sifat serakah : Kerana sifat ini Nabi Adam a.s menghalalkan semua makanan yang berada di dalam syurga. Dan kerana sifat ini jugalah Nabi Adam a.s dan iblis dikeluarkan dari syurga.

Ketika bahtera Nabi Nuh a.s berlabuh, iblis berpesan kepada Nabi Nuh a.s agar jangan sekali-kali bersifat dengki dan bersifat serakah.


RAHSIA IBLIS YANG DIBERITAHU KEPADA NABI YAHYA A.S

Iblis pernah menemui Nabi Yahya a.s dan memberitahu tentang perangkap yang digunakan oleh iblis untuk menyesatkan dan mencelakakan umat manusia.

Riwayat dari Abu Muqatil daripada Soleh bin Sa’id daripada Abu Sahl dan Al-Hasan yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan bahawa iblis laknatullah pergi menemui para Nabi dan bercakap dengan mereka. Bermula dari Nabi Nuh a.s hingga kepada Nabi Isa a.s serta para nabi-nabi yang hidup di antara keduanya. Tiada seorang nabi pun yang paling banyak dan seronok diajak berbual kecuali Nabi Yahya a.s.

Suatu ketika iblis datang menemui Nabi Yahya a.s, setelah selesai iblis dan ingin pergi, Nabi Yahya a.s memanggilnya dengan “ABU MURRAH”. Nama sebenarnya adalah Al-Harts dan Abu Murrah adalah gelarannya. Allah menyebutnya dengan nama iblis kerana ia telah terputus dari seluruh kebaikan ketika diperintahkan bersujud kepada Nabi Adam a.s. Lalu Nabi Yahya a.s meminta sesuatu perkara dari Abu Murrah. Makhluk terlaknat itu bersetuju dengan permintaan Nabi Yahya a.s.

Lalu Nabi Yahya a.s meminta agar Abu Muurah menunjukkan rupa bentuknya yang asal serta perangkap-perangkap yang digunakannya untuk membinasakan dan mencelakakan manusia. Iblis mengakui bahawa permintaan Nabi Yahya a.s itu adalah suatu permintaan yang berat namun iblis tidak berupaya untuk menolaknya malah berharap ada orang lain akan dapat meihat bersama-sama.

Pada keesokan harinya ( riwayat mengatakan bahawa ianya adalah di waktu siang), Nabi Yahya a.s dan iblis bertemu, pada ketika itu tiba-tiba muncul iblis sambil berdiri di hadapan Nabi yahya a.s. Iblis telah merubah wajahnya menjadi binatang yang amat buruk dan menakutkan. Bentuknya seperti babi, wajahnya seperti kera, matanya memanjang seperti mulutnya dan ia tidak mempunyai janggut. Manakala rambutnya tidaklah panjang dan lebat ( iaitu jarang ) dan mengarah ke atas. Mempunyai empat tangan, dua tangannya pada bahu dan dua lagi pada keningnya. Jari-jarinya pula ada enam dan  hidungmya pula mengadap ke atas. Memiliki belalai. Wajahnya pula mempunyai tengkuk, manakala kedua matanya kabut. Berkeadaan bongkok, picang dan mempunyai sayap. Baju yang dipakainya berkedut dan koyak. Di atasnya ada berhala orang majusi. Beberapa cangkir (cawan) kecil tergantung di pengikat pinggangnya. Di sekeliling bajunya terdapat enam jenis minuman yang mempunyai pelbagai warna. Manakala di tanggannya ada loceng besar. Dan di kepalanya terdapat telur yang ditengahnya ada besi panjang. Itulah wajah sebenar iblis.

Lalu nabi Yahya a.s meminta iblis menjawab beberapa pertanyaan umum yang ingin diketahui oleh Nabi Yahya a.s. Maka iblis bersetuju untuk menjawab pertanyaan Nabi yahya a.as dalam bentuk asalnya itu. Maka Nabi Yahya a.s meminta penjelasan tentang :

1. Apakah benda yang berada di atas baju iblis yang dipakainya ;
Iblis menjelaskan bahawa benda di atas bajunya itu adalah menyerupai benda milik orang majusi. Dialah yang membuat agama majusi dan dia juga memeluk agama majusi.

2. Cangkir (cawan) yang tergantung pada pengikat pinggang di bahagian hadapan ;
Dinyatakan iblis bahawa di dalam cangkir (cawan) itu terdapat pelbagai syahwat dan jerat pengkap. Ada yang digunakan untuk memerangkap wanita mukminah yang taat beribadah kepada Allah. Lalu dia datang melaklui harta yang haram agar timbul ketamakkan untuk mendapatkan harta. Jika ianya tidak berjaya, maka dia akan datang melalui minuman yang haram dan memabukkan sehingga dia dapat membawa semua syahwat itu kepada wanita yang mukminah itu sehingga benar-benar berjaya memperdaya dan memerangkapnya walau sewara’ mana sekalipun.

3. Bentuk-bentuk jerat ;
Iblis memberitahu bahawa jeratnya kepada wanita adalah pelbagai bentuk perhiasan wanita samada perhiasan pakaian, tubuh badan, bau-bauan sehingga sesuai dipakai oleh wanita yang memakainya. Sehingga para lelaki terpikat dan terpesona dengan perhiasan-perhiasan yang dipakai oleh wanita-wanita tersebut.

4. Loceng di tangan iblis ;
Ianya adalah sumber dan kumpulan alat-alat muzik seperti yang diteangkan iblis seperti kecapi (gitar), rebab, seruling (alatan yang ditiup), gendang, rebana dan bermacam alat muzik yang digunakan oleh manusia. Mereka akan berkumpul dengan alatan-alat muzik di tempat-tempat maksiat lalu mereka menyanyi dan bersukaria. Iblis akan memainkan loceng yang ada di tangannya sehingga bunyi loceng itu bercampur dengan bunyi alatan muzik yang dimainkan oleh manusia. Maka pada ketika itu mereka akan lebih bergembira, bersemangat sehingga mengoyang-goyangkan kepala dan bertepuk tangan dan ianya berterusan sehingga mereka lalai dan puas yang tidak mencukupi. Pada setiapkali manusia melakukan pesta kemaksiatan, maka iblis akan memainkan locengnya.

5. Telur yang ada di kepala ;
Iblis berpesan kepada nabi yahya a.s agar menjauhkan diri daripadanya serta godaannya dan maksiat sepertimana yang dipesankan oleh para Anbiya’ sebagaimana kepalanya (iblis) menjaga telur itu dari segala bencana. Ketika ditanyakan apakah bencana yang dimaksudkan, iblis memberitahu bahawa ianya LAKNAT dan KUTUKAN.

6. Besi panjang yang terdapat di tengah telur ;
Iblis menyatakan bahawa ianya adalah alat yang digunakannya untuk membolak-balikkan hati orang-orang yang soleh.

7. Rupa binatang  yang amat buruk ;
Iblis menyatakan bahawa rupanya yang sebegitu adalah disebabkan oleh Nabi Adam a.s. Sedangkan sebelum itu iblis adalah penghuni syurga dan dari golongan malaikat yang tidak pernah mengangkatkan kepalanya dari sujud kepada Allah selama empat ratus tahun. Kerana kesombongan tidak mahu bersujud kepada Nabi adam a.s maka Allah telah melaknatnya dari rupa malaikat menjadi iblis. Sedangkan sebelum itu, iblis menyatakan bahawa tidak ada rupa yang lebih bagus selain daripada rupanya.

Ketika Nabi Yahya a.s bertanya samada iblis pernah memperlihatkan wajahnya dan perangkapnya kepada orang lain, iblis mengakui bahawa dia tidak pernah melakukannya tetapi Nabi Yahya a.s lah satu-satunya manusia yang pernah melihat wajahnya.

Pertanyaan Khusus Nabi Yahya a.s  kepada iblis ;

1. Harapan yang paling menguatkan belakang iblis, yang paling menghiburkan juru tulis iblis, yang paling menyenangkan mata iblis dan yang paling menggembirakan hati iblis ;

Perkara yang paling diharapkan iblis : Wanita. Kerana ianya perangkap dan jerat paling mudah dan anak panah yang paling tepat sasarannya. Wanita digunakan sebagai tentera yang menyenagkan, menenangkan iblis ketika gagal menjerat orang-orang yang soleh melalui tentera-tenteranya. Sehingga iblis menyatakan kepada Nabi yahya a.s, seandainya para wanita itu bukan dari keturunan Nabi Adam a.s, maka sudah pasti dia akan sujud kepadanya kerana wanita  adalah madu iblis. Tangkal wanita ada pada iblis. Iblis akan membantu memenuhi keperluan dan kehendak wanita kerana para wanita adalah harapannya, saudaranya, tempat bergantungnya, orang kepercayaannya dan pembantunya.

Ketika diminta menjelaskan manafaat yang diperolehinya, iblis menyatakan bahawa Allah telah menciptakan kesenangan dan kesedihan, halal dan haram. Dan Allah telah memberikan pilihan kepada iblis, maka iblis telah memilih kesenangan dan syahwat dan haram, keji dan mungkar sehingga ianya menjadi selera iblis. Berbanding dengan Nabi Adam a.s yang memilih kesedihan dan ibadah dan perkara-perkara yang halal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)