.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, December 23, 2014

Ubat Jiwa

Kesihatan jiwa memerlukan 4 syarat:


  1. Syaja'ah, berani pada kebenaran, takut pada kesalahan.
  2. 'Iffah, pandai menjaga kehormatan batin.
  3. Hikmah, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan.
  4. 'Adaalah, adil walaupun kepada diri sendiri.


Empat sifat inilah pusat dari segala budi pekerti dan kemuliaan. Dari yang empat inilah timbul cabang yang lain-lain. Keempat-empatnya yang dinamai keutamaan. 

Syaja'ah mempunyai dua pinggir, pinggir sebelah ke atas terlalu panas, itulah bernama tahawwur, berani-babi. Pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin, itulah yang bernama jubun, pengecut.

'Iffah mempunyai pula dua pinggir yang terlalu panas, iaitu syarah, ertinya tak ada kunci. Obral (suka bicara), bocor (kurang akal), belum diajak dia sudah tertawa, belum dipanggil sudah datang, satu yang
ditanyakan, 20 jawabnya. Pinggir yang sebuah lagi terlalu dingin, itulah khumud tidak peduli.
 

Hikmah mempunyai dua pinggir pula, pinggir sebelah ke atas terlalu panas, itulah safah, tergesa-gesa menjatuhkan hukum di atas suatu perkara. Pinggir ke bawah terlalu dingin, iaiatu balah, dungu, kosong fikiran, tolol. Sudah dapat ajaran berkali-kali tidak hendak mengerti. Sudah beratus kali pengalaman, tidak juga mahu faham.

'Adaalah mempunyai dua pinggir pula, pinggir sebelah atas, yang terlalu panas, ialah sadis, joor, zalim, aniaya. Pinggir sebelah ke bawah yang terlalu dingin, ialah muhanah hina hati, walaupun sudah berali-kali teraniaya, tidak bangun semangatnya. 

Condong ke bawah jadi penyakit hina, condong ke atas jadi penyakit zalim. Tegak di tengah itulah kesihatan jiwa.

Berani-Babi Dan Pengecut.

Perangai yang sihat ialah Syaja'ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Syaja'ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama Ghadab, ertinya marah.

Thawwur, berani-babi, ialah keberanian manusia menempuh suatu hal, padahal menuntut pertimbangan akal yang waras hal itu tak boleh ditempuh. Sebabnya timbul berani-babi, ialah lantaran darah marah yang mendidih, yang timbul dari nafsu pembalasan. 

Untuk mengubati penyakit tahawwur, hendaklah orang yang telah terkena penyakit ini, sedar akan akibat yang akan ditempuh jika tahawwurnya diteruskan juga. Sedari bahayanya, paksa diri surut ke belakang. Kalau ini telah dibiasakan, hati tidak akan merasa kecewa lagi jika ditimpa malapetaka, tidak tercengang melihat sesuatu yang baru. Hidup yang fana ini sekarang telah diajar menuruti jalan lurus dan di tengah-tengah (siratal mustaqim), kelak di akhirat akan biasa pulalah kaki menempuh jalan yang lurus (sirotul mustaqim) yang kekal. Sebab manusia itu mati di dalam bentuk perangainya, dan akan dibangkitkan di dalam perangai itu juga. Sebab itu setiap solat kita memohon kepada Tuhan, dengan doa:

"Ya Tuhanku, tunjuki apalah kiranya kami ini kepada jalan yang lurus".

Jubun, itulah penyakit yang di bawah dari darjat pertengahan. Pendeknya kalau diukur dengan termometer kehidupan, tabiat ini amat dingin. Kurang perasaan marah, sehingga tidak ada marahnya pada waktu patut marah. Tidak kuasa dia tampil ke muka pada waktu ia wajib tampil ke muka. 

Sebab-sebab Jubun:

Sama dengan yang menimbulkan Tahawwur ialah ghadab, kemarahan, maka yang menimbulkan Jubun ialah mati hati telah dingin darah kemarahan. Kematian hati itu ada sebabnya, iaitu rendah-gengsi (malu), tidak ada martabat, hina kehidupan. Kerana kurang kesabaran, kurang kemahuan, sebab itu jadi pemalas. Itulah pangkal segala perangai yang tercela. Bahaya Jubun itu amat besar. Orang yang jubun suka saja menerima kehinaan, asal kesenangan jasmani jangan terganggu.

Kerana ingin kesenangan, orang takut mati padahal kematian pasti datang. Dia tak peduli harta bendanya atau orang-orang yang patut dipeliharanya dianiaya orang, baik dirinya apalagi tanah air dan agamanya.

Ubatnya:

Mengubati penyakit jiwa yang berbahaya ini, ialah dengan jalan menimbulkan watak-watak yang terpendam di dalam diri. Kerana perangai-perangai itu sebenarnya masih belum hilang dari jiwa. Orang-orang yang pengecut itu, kadang-kadang hatinya masih berkata, dan jiwanya masih menyesali kesalahannya. Sebab-sebab itu di atas telah banyak kita terangkan misalnya kurang suka membaca, kurang pergaulan, kurang suka mendengar nasihat dan petunjuk orang tua. Jadi perangai-perangai yang baik itu, ada harapan timbul kembali bilaman dikorek-korek, atau dibersihkan dari zat-zat yang menimbunnya. 

Yang mengatur diri kita ialah kita sendiri. Bukan orang lain. Boleh kita ambil umpama, seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan, demam itu akan bertambah. Tetapi kalau dilawannya dengan: "Ah, aku tidak demam", dengan sendirinya demam itu hilang sebelum menjadi berat.

Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mulanya jantung berdebar memberani-beranikan diri, padahal awak pengecut. Tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan, debar jantung ituakan hilang sendiri. 

Ramai ahli falsafah dan ahli tasauf sengaja menempuh bahaya yang ngeri, untuk melatih agar punya keberanian. Ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar, atau bangun tengah malam dari tidurnya, untuk membiasakan keberanian menghndarkan malas. Dengan demikian timbullah perangai Syaja'ah, yang sejak agama Islam ditegakkan, mengajar umatnya dalam keberanian itu. Orang Islam sejak bermula didik, Syaja'ah disingkirkan daripada Jubun dan Thawwur. Mereka diajari mempercayai mati syahid, bahawasanya orang yang mati syahid itu laksana hidup juga. Janda seorang Islam yang mati, disuruh nikahi oleh temannya, supaya hatinya tidak bingung menempun mati. Anaknya dinamai anak yatim, disuruh pelihara oleh seluruh Muslimin. Kepadanya dijanjikan pula 'jannah', syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. 

Seorang Muslim yang sejati, amat lekat Syaja'ah itu dalam kalbunya. Dia amat kuat menolak kehinaan, takut agamanya akan rosak, takut darjatnya akan luntur, takut masuk neraka, takut hidup tidak akan berguna, takut umatnya akan hina. Lantaran takut akan ditimpa segala bahaya itu, maka dia berani mengadap mati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)