Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
Baginda ditanya: Siapa orang-orang yang terasing wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: “ Yang menghidupkan Sunnahku dan mengajarkannya kepada orang lain”
Dalam kehidupan, dengan menerapkan Sunnah-sunnah Kekasih kita Nabi Muhammad SAW kita akan memperoleh tujuan kita yang terbesar iaitu kasih dari Allah SWT. Keindahan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW adalah hubungan Sunnah-sunnah itu dengan pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita samada dalam Ibadat (Ibadah), Mu’amalah (Transaksi) dan Adat (kebiasaan seharian) dan Sunnah-sunnah itu sangat mudah untuk dikerjakan.
Malah kadang-kadang tanpa kita sedar, kita telah pun mengerjakan suatu sunnah tanpa kita mengetahui bahawa ia adalah sunnah. Padahal jika kita tahu ia adalah sunnah, dan niat kita dalam melakukannya itu untuk mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapat pahala yang besar.
وقد أتانا خاتم الرسالة، بكل ما جاءوا به من حله، فعم كل الخلق بالدلالة، وأشرقت مناهج الكمال .. فكله فضل أتى ورحمة، وكله حكم هدى وحكمة، وهو إمام كل ذي مهمة، وقدوة في سائل الخصال .. فما مضى حتى أقام الدين، وصار سهلا واضحا مبينا، فلم تخف أمته فتونا بل عصموا في الجمع عن ضلال