Permintaan Rasulullah SAW Pada Siti Aisyah Sebelum Tidur
Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.
“Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )"
2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad” ( 3x )
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih” (3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar” ( 3x )
-Tafsir Haqqi-