Ketika mana Sayidina Uthman bin Affan diceritakan tentang sifat-sifat neraka, beliau tidak berapa memikirkannya. Begitu juga ketika persoalan qiamat diutarakan, beliau nampak kurang mengambil berat. Namun, ketika membicarakan tentang kubur, beliau nampak lebih berminat.
Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Amirul Mukminin..! Kenapa ketika neraka dan kiamat dibincangkan kamu kurang mengambil perhatian, tetapi ketika kubur dibincangkan engkau begitu berminat ?"
Uthman menjawab : "Ya memang, kerana aku di neraka dan di hari qiamat berkumpul banyak orang. Tetapi ketika dikubur, aku tetap seorang diri dan tiada teman. Bahawasanya kunci kubur itu berada di tangan Malaikat Israfil. Maka Israfillah yang akan membukakan kubur di hari kiamat.
Sahabat Sayidina Uthman lalu berkata : "Sesiapa yang di dunia ini menjadi penjara baginya, maka kelak di alam kubur menjadi Syurganya. Sebaliknya sesiapa yang di dunia ini menjadi Syurganya, maka kubur sebagai penjaranya. Dan sesiapa di dunia ini menjadi talinya, maka maut itulah yang akan melepaskannya. Sesiapa yang meninggalkan bahagian dunia akan diberikan bahagian akhirat"."
Seterusnya Sayidina Uthman berkata : "Sebaik-baik manusia adalah orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya. Dan orang yang menyebabkan Tuhan redha kepadanya sebelum dirinya berjumpa Tuhannya. Dan orang yang mahu meramaikan kuburnya sebelum ia masuk ke dalam kubur dengan memperbanyakkan ketaatan".
والله تعالے اعلم