.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, December 21, 2014

PESANAN BERDAKWAHLAH

Dalam peperangan Yarmuk Khalid Ibn Walid berkata:
“Ini adalah hari dari hari-hari Allah. Tidak sepatutnya pada hari ini ada kebanggaan dan kezaliman. Bersihkanlah jiwa kamu kepada Allah. Tumpukanlah semua kerja kamu kepada Allah kerana ia akan menentukan masa depan kamu.”
Khalid telah berijtihad, selepas menghadapi Rom yang besar, orang mukmin perlu disatukan di bawah satu pimpinan dan arahan. Yang mana sebelum ini didapati tentera-tentera Islam dipimpin oleh beberapa ‘commander’. Pada usaha inilah beliau menyeru untuk membersihkan niat kepada Allah.
Hasan Al Banna
Hasan Al Banna pernah berpesan yang mafhumnya, sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW telah berjaya membersihkan aqidahmereka.Usaha mereka lahir dari aqidah yang betul. Apabila dilihat, mereka itulah fikrah dan fikrah itulah mereka. Jika kamu mahu yang demikian maka berfikirlah bersungguh-sungguh. Kalau ada dikalangan kamu jiwa yang sakit, maka ubatilah. Orang ini akan menyekat nikmat dan taufik Allah kepada Jemaah.
Tersekatnya rahmat Allah merupakan gangguan pada jemaah. Gangguan ini boleh menghilangkan ‘hakikat jemaah’ yang sebenarnya.
Ibnul Qayyim :
Bahawa di dalam jemaah perlu ada ‘qalban wahidan’ (kesatuan hati).
Dalam hal ini kita perlu melihat kepada maslahat jamaah keseluruhannya. Firman Allah Yang bermaksud :
“Dan ( Dialah ALLAH) yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang ada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.” (Al-Anfal :63)
Abdul Qadir Jailani :
“Ya ghulam, walaupun engkau pintar tetapi jika tanpa amal qalb, tidak akan membawa engkau maju selangkah pun dalam perjalanan. Perjalanan ini adalah perjalanan hati. Yang kita bimbang ialah panjang lidah semata-mata.
Abdul Wahab ‘Uzam :
“Kalau kita perhatikan orang petah bercakap semata-mata(tanpa amal) maka semuanya bermuka jernih belaka. Tetapi kalau kita perhatikan hatinya maka tak ubah seperti bunga yang layu tidak berbau.
Hasan Al Basri :
“Kita dapat menilai manusia dengan amalan mereka. Ini kerana Allah tidak merestui percakapan tanpa dalil(yakni dalil dari sudut amal)”
Fiman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” ( As Shof :2-3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)