Apakah Qazak?
Mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain namanya Qaza'.
Abdullah bin Umar melaporkan, "Rasulullah saw melarang daripada melakukan qaza'." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim). )
Imam Nawawi:
القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح
Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.
Imam An Nawawi menyatakan Ijmak Ulama adalah dilarang, makruh karahah tanzihiyyah, melakukan Qaza' ini.
Imam al-Nawawi menjelaskan, qaza' bermaksud mencukur sebahagian rambut di kepala dan dibiarkan sebahagian yang lain. (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295). Para ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, hukum melakukan qaza' adalah makruh (al-Syirazi, al-Tanbih fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 14; al-Syirazi, al-Muhazzab, jil. 1, hlm. 439; al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 2, hlm. 269; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295; al-Nawawi, Raudot tolibin wa umdat muftin, jil. 3, hlm. 234; Ibn Ruslan, al-Zabad fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 40; Zakariyya al-Ansari, Asna al-matalib fi syarh raudot tolib, jil. 1, hlm. 491; al-'Abbadi, Hasyiah al-'Abbadi 'ala al-ghurar al-bahiyyah, jil. 2, hlm. 304; Ibn Hajar al-Haytami, al-Minhaj al-qawim, jil. 1, hlm. 22; Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; al-Syarwani, Hasyiah al-Syarwani 'ala tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; Shihabuddin al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 8, hlm. 148; Qalyubi & 'Umayrah, Hasyiata Qalyubi wa 'Umayrah, jil. 1, hlm. 333; al-Jamal, Hasyiah al-Jamal, jil. 2, hlm. 466; al-Bujairami, Hasyiah al-Bujayrami 'ala al-Khatib, jil. 4, hlm. 346)
Walaupun hukum mencukur sebahagian rambut di kepala (qaza') hukumnya makruh, namun menggayakan rambut mengikut style golongan yang kafir adalah termasuk dalam larangan Nabi Muhammad saw. Abdullah bin 'Amr melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Bukanlah dalam kalangan kami sesiapa yang menyerupai golongan selain kami. Janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Kristian." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi).
Kesepakatan ulama:
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):
وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه
Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)
PENDAPAT MAZHAB:
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.
DALIL MAKRUH
ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع
Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]
عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].
Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”
Maka sebagai umat Islam yang sayang kepada Nabi Muhammad saw dan memerlukan syafaat (bantuan) baginda di padang Mahsyar kelak, maka sewajibnya tidak meniru mana-mana gaya yang diperkenalkan oleh orang Yahudi dan Kristian.
Allah SWT memberikan peringatan bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan sekali-kali redha dengan Nabi Muhammad saw dan umatnya, sehingga umat Islam meniru gaya hidup mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud, "Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."