Firman Allah :
فَــإِذَا قَـضَــيْــتُــمُ الصَّـلـو ةَ فَاذْكُــرُواالـلّــهَ قِــيَامًاوَ قُـعُـوْدً ا وَعَـلى جُـنُـوْ بِـكُـمْ
"Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, tetaplah selalu Mengingat Allah pada waktu Berdiri, Waktu Duduk, Waktu Berbaring”.
(Sirah An-Nisa’ : 103)
Imam Ibnu Kathir :
Dalam Tafsirnya pada Bab yang menerangkan bahawa erti Mendirikan Solat dengan mengemukakan pendapat-pendapat para Sahabat dan Tabi’in. (Tafsir Ibnu Katjir Juz I Hal 42) menerangkan, Berkata Ibnu Abbas Ra :
إِ قَـامَــةُ الـصَّــلاَ ةُ : إِ قَـا مَــةُ فُــرُوْ ضِــهَا
“Mendirikan Solat ialah melaksanakan segala "Fardhu-Fardhunya (Rukun-Rukunnya)”
Ibnu Abbas
Diterangkan oleh Ad-Dhoha. Bahwasanya Ibnu Abbas Ra. berkata :
إِ قَـامَـةُ الصَّــلاَ ةُ إِ تْـــمَامُ الـرُّ كُــوْعٍ وَ السُّـجُـوْ دِ
وَ الـتِّــلاَ وَ ةِ وَ الْخُـشُـوْ عِ وَ اْلإِ قْــبَالُ عَـلَــيْــهَا فِــيْــهَا
“Mendirikan Solat ialah Menyempurnakan Ruku’, Sujud, Tilawah (bacaan), Khusu’. Dan mengerjakan Solat dengan benar-benar sempurna”.
Imam Al-Qatadah Ra :
إِقَـامَـةُ الصَّــلاَ ةُ الْـمُحَافِـظَـةُ عَـلَى مَـوَ اقِــيْــتِــهَاوَوَضُـوْءِ هَاوَ رُ كُــوْعِـهَا وَسُـجُـوْ دِ هَا
“Mendirikan Solat ialah tetap memelihara Wudhu’nya. Memelihara Waktu-waktunya serta memelihara Ruku’ dan Sujudnya”.
Para ulama mengatakan ketiga-tiga pendapat ini apabila disatukan maka pendapat-pendapat ini adalah suatu yang kukuh dan teguh dalam mendirikan solat berdasarkan kepada Hadih yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
أَلـصَّـــلاَ ةُ عِـمَادُ الـدِّ يْـنِ فَــمَـنْ أَ قَا مَــــهَا فَــقَـدْ أَ قَـا مَ الــــدِّ يْـنَ وَ مَنْ تَــرَ كَــــهَا فَــقَــدْ هَـدَ مَ الـدِّ يْـنَ
“Solat adalah Tiang Agama. Barangsiapa mendirikannya, maka sesungguhnya ia telah mendirikan Agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya. Maka sesungguhnya ia telah merobohkan Agama."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Maka solat bukanlah suatu perbuatan zahir sahaja. Selepas Allah SWT mengatakan bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah SWT mengikat kenyataan tersebut dengan ‘dan mengingati Allah itu adalah lebih besar’. Secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita bahawa Allah SWT meletakkan proses hati dalam berhubung dengan Allah itu satu yang amat penting dalam maksud pensyariatan solat.
Menurut Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran.
Sebab itu Imam Ibnu Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatang mungkar.
Sebab itu perbuatan solat secara zahirnya sahaja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan. Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyu’, sambil lewa dalam solat, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin ianya dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riya’. Sudah pasti solat itu tidak seutuh benteng untuk mencegah kemungkaran.