Kepimpinan bukan kuasa tapi tanggungjawab..dalam Islam kepimpinan dilihat sebagai tanggungjawab..Hal ini kerana kepimpinan dalam islam wujud pada setiap peringkat..setiap peringkat mempunyai tahap kepimpinan yang tersendiri..sesuai dengan keadaan dan situasinya..
kerajaan bertanggungjawab mepimpin rakyat,
ketua mempimpin orang bawahan,
suami memimpin isteri,
ibubapa memimpin anak-anak,
Abang memimpin adik-adik,
para pelajar memimpin di kalangan mereka dan begitulah sehingga diri sendiri memimpin diri sendiri..
Berasaskan konsep,apa yang jelas ialah sikap bertanggungjawab yang dikehendaki oleh islam agar setiap pemimpin menjaga hak-hak yang dipimpin dengan sempurna..
Hal ini juga berasaskan sabda nabi saw,dalam hadith yang sahih yang dilaporkan oleh Ibnu Umar..
"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin..Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya..Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka..Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga,suami dan anak-anak,dia akan bertanggungjawab terhadap mereka..Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya..Ingatlah,kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin
[Riwayat Bukhari dan Muslim].