Firman Allah
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raf 179)
Dan sungguh Kami telah menciptakan banyak di antara jin dan manusia yang, di hari kiamat nanti, akan berada di api neraka. Hal itu kerana hati mereka tidak digunakan untuk menembus kebenaran, mata mereka tidak merenungi kekuasaan Tuhan, dan telinga mereka tidak mendengarkan ayat-ayat dan nasihat- nasihat untuk direnungi dan diambil pelajaran. Mereka layaknya
seperti binatang yang tidak menggunakan akal yang diberikan Allah untuk bertadabbur. Bahkan mereka sebenarnya lebih sesat dari binatang. Sebab, binatang itu akan selalu mencari kebaikan dan menghindari bahaya, sementara mereka yang menolak kebaikan dan kebenaran yang ada atau menggunakan kebaikan yang berikan sebagai nikmat kemudahan dengan cara yang salah dari maksud kegunaannya yang sebenar. Mereka itu memang orang-orang yang sangat bodoh!
Pengajaran :
Akal, penglihatan dan pendengaran hendaklah digunakan dgn sebaiknya utk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat
b)Penyalahgunaan akal, hati, penglihatan dan pendengaran boleh membawa kpd kesesatan dan kehinaan dunia serta akhirat
c)Allah menjanjikan neraka jahanam kepada orang yang tidak menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredai -Nya.
1. Peranan / fungsi nikmat-nikmat berikut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
a)Akal
b)Mata
c)Kesihatan
d)Harta kekayaan
2. Allah menyifatkan manusia lebih hina daripada binatang ternakan berdasarkan ayat 179 Surah Al- A'raf.
3. Akibat kepada diri seseorang jika tidak menggunakan nikat akal, hati dan pancaindera dengan sebaik-baiknya.
4. 0eranan / fungsi nikmat-nikmat berikut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
a)Akal
- Berfikir rahsia & keunikan ciptaan Allah
- Memahami dan mendalami ajaran Islam
b)Mata
- Melihat dan merenung kehebatan alam ciptaan Allah (untuk membuktikan kewujudan Allah)
-Mengawal pandangan dari melihat perkara dilarang oleh Allah
c)Kesihatan
-Menjauhi makanan dan minuman yang haram dan yang boleh memudaratkan diri
-Mempertingkatkan ibadat serta pekerjaan berfaedah ketika badan sihat
d)Harta kekayaan
-Mengeluarkan zakat
-Menberi bantuan kpd gol yang memerlukan dan untuk tujuan kegiatan dakwah Islam
5. Allah menyifatkan manusia lebih hina daripada binatang ternakan berdasarkan ayat 179 Surah Al- A'raf.
1.Kerana manusia dikurniakan akal tetapi tidak mahu berfikir tentang kebaikan
2.Manusia telah diberi petunjuk wahyu dengan mengutuskan rasul-rasul tetapi tidak mahu mentaati ajaran nya
6. Akibat kepada diri seseorang jika tidak menggunakan nimat akal, hati dan pancaindera dengan sebaik-baiknya
1.Lalai megingati Allah - kerana perhatian hanya untuk memenuhi kehendak haawa nafsu spt pangkat,kekayaan dan hiburan
2. Hidup dalam kesesatan -spt melakukan perbuatan syirik dan khurafat
3. Tidak dapat membezakan di antara yang hak dan batil seperti Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
4.Menghalalkan segala cara utk mencapai matlamat seperti menindas gol ongan lemah untuk kepentinga diri sendiri
5.Dimurkai Allah dan dijanjikan neraka jahanam
7. Pengajaran yang boleh diambil dari ayat :179 Surah Al-A'raf
i.Akal, penglihatan dan pendengaran hendaklah digunakan dengan Sebaiknya utk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat
ii.Penyalahgunaan akal, hati, penglihatan dan pendengaran boleh membawa kepada kesesatan dan kehinaan dunia serta akhirat
iii.Allah menjanjikan neraka jahanam kepada orang yang tidak menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredai -Nya.
DEBAT DI ANTARA IMAM ABU HANIFAH DGN GOLONGAN ATHIES
Beliau sengaja datang lewat dalam majlis perdebatan ini.
Imam Abu Hanifah:
Saya datang dari seberang sungai Dajlah,. Tadi saya menunggu lama dipengkalan
tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpang sehingga saya bercadang utk pulang ke
rumah. Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu di permukaan air sungai Dajlah.
Kayu itu terbelah menjadi kepingan papan yg tersusun rapi dan menjadi sebuah
kapal yg cantk. Saya menaiki kapal tersebut dan sampai disini
Orang Athies:
[Marah] Janganlah kamu mempermainkan kami! Adakah logik dan masuk di akal
kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal?
Imam Abu Hanifah:
Inilah jawapan dari persoalan yang kamu ingin perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tidak ada
penciptanya, adakah ini logik mengikut pandangan anda
[Golongan Athies terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka
menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya mereka memeluk Islam di
hadapam Imam Abu Hanifah.