Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab RA berkata :
لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا
'Janganlah bersangka buruk terhadap kata-kata yang diucapkan oleh saudaramu sekiranya kamu mampu mencari penafsiran yang baik terhadap kata-katanya itu. [riwayat Baihaqi dan Ibn Hibban]
Begitu juga pesanan Ja'afar bin Muhammad RA yang berkata, ' Jika sampai kepada engkau tentang sesuatu perkara dari saudaramu yang engkau mengingkarinya maka carilah alasan (keuzuran) baginya yang engkau mampu perolehi dari satu sehingga kepada tujuh puluh alasan. Kemungkinan dia ada alasan yang benar atau pun paling kurang terdapat keuzuran/alasan yang tidak diketahuinya. [riwayatkan oleh Ibn Asakir]
Terdapat kata-kata yang sama dari Ibn Sirrin RA, bahawa apabila sampai kepada engkau tentang sesuatu perkara dari saudaramu maka carilah alasan baginya dan jika kamu tidak menemui alasan maka anggaplah boleh jadi terdapat padanya alasan.