.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, March 8, 2015

SUATU TUNTUTAN ISLAM : TOLERANSI

Agama Islam adalah agama yang sempurna, Islam telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia. Termasuk di dalamnya adalah konsep toleransi dan cara hidup dalam
masyarakat majmuk. Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik. Untuk itu pula Allah SWT mengajarkan konsep toleransi, dengan tujuan wujudnya perdamaian umat manusia di muka bumi ini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108:

Maksudnya : “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa umat Islam wajib menghormati masyarakat bukan Islam. Kita ditegah mencemuh atau mengejek mereka, kerana mereka akan membalas penghinaan tersebut. Inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam.

Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berbeza akidah sekalipun.





Allah SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak penganut agama lain. Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan akidah. Sebaliknya jika hak Islam digugat, maka baharulah Islam mengizinkan tindakan yang lebih keras. Ini disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa Islam menyuruh umatnya menghormati penganut agama lain. Oleh yang demikian, sebarang tindakan kekerasan terhadap masyarakat bukan Islam dengan alasan berbeza agama adalah tidak dibenarkan secara syariat.

Sememangnya al-Quran ada menyebutkan tentang prinsip orang Yahudi dan Nasrani yang tidak akan menerima dan terus membenci umat Islam sehingga kita mengikut agama mereka. Namun, sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat sekalian alam, kita tidak dibenarkan memusuhi dan memerangi mereka tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.

Penghormatan terhadap masyarakat bukan Islam juga telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW, tatkala baginda membuat Piagam Madinah. Baginda secara jelas menyebut bahawa orang Yahudi sebagai satu umat. Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim (makar), hendaklah dilindungi dan diberi keamanan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:

“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud)

Sebagai umat Islam, kita dilarang menghakimi mereka. Tetapi kita hendaklah tegas dalam menyatakan keesaan Allah SWT. Toleransi bukan bererti kita mengakui kebenaran keyakinan mereka. Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada toleransi.

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar menyeru marilah kita merenung kembali pemahaman agama kita. Semoga dengan itu, kita mampu mencapai misi Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia.

Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Kita perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam. Oleh itu, menghormati mereka memberi peluang besar kepada kita untuk berdakwah.

         Bersempena dengan kemeriahan bulan Syawal ini kita dapati ada sebahagian umat Islam mengadakan rumah terbuka. Justeru, mimbar menyeru sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan bukan Islam.


Firman Allah : “Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (Surah Al-Kaafirun: 1-6)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)